Jumaat, 30 Ogos 2013

Kamu saja . .

Assalamualaikum , selamat malam.


Taktahu kenapa mood malam ni macam kelaut sikit. Mungkin sebab rindu pada AM sudah bercambah sikit sikit. Entah kenapalah dengan aku ni pun lah. Memacam hal. Haha. Saja nak melayan perasaan yang makin lama makin ke arah pelik. Pelik lah sangatttt kan, haha

Ok, disebabkan mood jiwang2, nak gatal saja, so pergilah layan lagu Ainan Tasneem - Kamu Saja ni. Kemain milih lagu hah. Eh, sebenarnya lagu ni ja tetiba macam sweet gitu. Muehehe. Mula2 dengar macam hape lagi, lelama dah suka pulak. MTV pun macam best, bagi aku lah. 


Oh btw, aku dah habis attach untuk bahagian clinical pharmacy practice ! I'm sooo happy being with them so far. Nice people around me, thank God ! Dan rasa paling bahagia bila dapat 'abang' baru masa minggu ke dua di TDM. Kuasa Allah, entah macam mana kami jadi rapat sangat, tak sampai dua minggu kenal pun, memasing dah boleh join satu kepala, mesra kemain dengan aku dan juga Ika. Disebabkan dia pangkat 'abang' so, hati ini masih kebal takmau crush2 bagai, kahkah. Overrrrr kau !

Dan sepanjang kenal dengan dia lah, TL twitter aku rajin benar aku cerita pasal dia. Haish, takdalah rajin sangat, cubalah adalah dalam sehari tu empat, lima tweet. Haha. Sajaa aaaa, kot2 nanti tetiba rindu, boleh bukak balik tweet2 yang lama tu, ihiks. Takdak maknanya nak rindu2 bagai. Haish, tetiba tetiba teringat yang dia macam jeles bila aku bagitau aku rindu kawan dia yang pernah attach sebelum ni tu. *gelak jahat*

Hah , sudah. Aku ni kalau dapat menaip ni kemain lagi nak bercerita bagai, baik stop sebelum entry menjadi bertambah panjang lebar. Terima kasih sudi baca bebelan aku untuk harini. Selamat malam. Semoga mimpi yang indah2 saja untuk aku dan semuaaa. :)




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 29 Ogos 2013

Ujian dan cabaran, lumrah kehidupan

Hai semua, assalamualaikum.

Entah kenapa tetiba saja rasa nak update blog thru tabs waktu2 macam ni. Rasa macam nak sangat luah semua benda yang tak terluah kat sini.

Siang hari aku gembira, happy, bergelak ketawa dengan kawan2, staff hospital dan semuanya lah. Tapi bila balik rumah, semuanya bertukar seolah2 menjadi mimpi ngeri bagi aku. Aku sendiri taktau kenapa aku rasa macam tu. Ibaratnya pepatah "rumahku syurgaku" itu tiada dalam diari kamus hidup aku. Mungkin hanya aku yang berperasaan begini, atau aku terlalu melayan emosi yang kadang2 betul kadang2 tidak. Entah, aku sendiri takdapat nak tafsirkan.

Tapi, semua ini aku anggap ujian dan cabaran yang Allah turunkan buat aku, untuk uji sejauh mana aku boleh bersabar dan redha atas semua kejadian dan peristiwa yang telah ditakdirkan untuk berlaku. Aku tahu ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku pada aku hari demi hari.


Sebenarnya, aku rasa emosi aku memang tunggang langgang sikit minggu ni sebab penat yang overdose, tambah pula kena bersabar dengan karenah orang yang kita sayang, yang semakin hari rasa semakin hilang sayang itu. Aku respect, sabar dengan semua kehendak dia, tapi dipijak2nya aku, cakap dengan aku mcm cakap dengan kuli yang bayar gaji RM20 seminggu, dan rasa itu sangat tak besttt tahuuu.



Ya, aku mungkin ada buat salah atau silap, tapi apa salahnya cakap dengan baik, tegur sopan2, sekurang2nya ianya boleh diterima dengan baik. Aku ni pun manusia, dan manusia sememangnya tiada yang sempurna ! Jadi, janganlah cari kesempurnaan dalam diri aku kerna semestinya memang tiada !

Pernah dengar frasa "orang yang paling banyak gelak, orang itulah yang paling sedih sebenarnya". Ya, itu aku. Aku tkmahu kesedihan aku dipandang oleh orang lain, hmm sebenarnya tak sedih mana pun, cuma makan hati saja. Hehe. Kalau sedih, mesti menangis kan ? Tak, aku tak menangis, mungkin kerana hati ini sudah cukup kebal untuk menepis segala macam benda yang ada. Dan aku cuba untuk kuat, dengan berdoa selalu agar Allah pinjamkan sedikit kekuatan buat aku hari demi hari.

Ok, selamat malam, semoga mimpi yang indah2 belaka.
Dan semoga hari esok lebih baik dari harini. InsyaAllah, amin. :)


posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 24 Ogos 2013

Jemputan ke Kenduri Doa Selamat dan Jamuan Hari Raya

Assalamualaikum, selamat petang


Alhamdulillah, harini hari Sabtuuuu. Bolehlah nak rehat2 lebih sikit setelah penat berperang bekerja Isnin sampai Jumaat. Chewaaaah, macam dia sorang yang kena kerja kan. Haha

Okey, malas nak panjangkan cerita, tujuan aku buat entry ni adalah untuk menjemput mereka mereka yang mengenali aku tak kira dari FB, Twitter, mahupun blog ke rumah aku, pada esok hari , 18 Syawal sebab ada buat makan2 dan jamuan hari raya sikit. Haha. Silalah rajinkan diri anda sekiranya mahu berjumpa dengan tuan empunya blog ini. Haha. Rumah dekat Pulau Pinang, maklumat lanjut boleh tanya aku. Manalah tau ada yang kenal2 aku dari sini, bolehlah jadi geng nanti. Haha

So, sekarang ni aku sangatlah dan teramat sibuk, hmm minggu lepas lagi rasanya buat persediaan untuk majlis ni. Kad jemputan semuanya dah diedarkan. Alhamdulillah. Dan aku sangat berharap program dan majlis esok berjalan dengan lancar. InsyaAllah, amin. 

Hah, sampai sini dulu, kena sambung buat kerja. Sangaaaattt banyak kerja kena buat lagi. Chaw cin chaw ! Baaaiii ~





Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 18 Ogos 2013

Makin hari , makin malas.

Assalamualaikum, selamat malam semuaaa . . .


Wahhh, aku rasa aku ni dah macam chipsmore ! Sekejap ada , sekejap hilang. Haha. Aku pun taktahu lah apa nak jadi dengan aku ni. Makin hari makin liat dan malas jadinya. Tetambah bila nak kena pergi kerja. Hmm, bukan malas apa, masih mood raya katakan. Tapi, insyaAllah minggu ni dah start stabil balik semua emosi dan semangat kemalasan itu. Cewaaaah ! Kita tengoklah nanti macam mana.

Nak tau kenapa aku kata aku pemalas sikit jadinnya minggu yang baru lepas ni? Sebabnya pukul 7 pagi aku baru siap2 nak pi kerja. Fuh, tak pernah2 aku siap lewat macam tu. Ada sekali tu, pukul 7 baru terjaga, seee bajet2 macam tengah cuti raya lagi taknak bangun kan. Haha. Nasib sempat sampai hospital sebelum pukul 8. Lagipun kan, time2 orang cuti raya ni, jalan dah clearrrrr, so 20minit dari rumah, aku dah sampai hospital. Pheww ~ Cepat kan. Sebab tu berani2 pukul 7.26 pagi baru nak keluaq rumah. Kalau tak, hareem aku mengamuk. Haha. 
Jumpa dekat google images, macam awesome wording dia. Haha

Tapi, minggu ni sekolah pun dah start bukak balik, orang2 pun dah banyak start kerja dah, so kebarangkalian untuk jalan sesak kembali menjadi mimpi ngeri aku tiap2 pagi. Haha. Start esok, aku dah kena keluaq awai lah. Takleh buat2 eksperimen lagi nak kuaq lambat2, kang sampai lambat, parah aku. 

Selain itu (dah macam taip karangan BM pulak), aku juga makin malassss untuk menaip entry di blog. Wuawuawua, aku pun taktahu kenapa. Nak kata tak on9, aku on9 ja, tapi bila time nak menaip tu, zassss idea hilang. Padahal time sebelum bukak dashboard blogger tu kemain idea mencurah2. Haha. Nak menaip di bloggeroid pun macam masalah sikit sebab broadband ada masalah. Soo, sangat complicated ceritanya. Hehe. 

Ini belum masuk cerita aku kena attach di department baru dah minggu lepas raya ni. Macam2 dugaan hah yang menimpa aku dan member2 minggu pertama kena attach kat sana. Teringin jugaklah nak bercerita kat sini pengalaman minggu pertama yang agak tragis kat tempat attach aku tu. Haha. But after all, still alhamdulillah, aku dah berjaya harungi minggu pertama , tinggal lagi dua minggu. Yippi ! Semoga semuanya berjalan lancar sampai ke hujungnya, insyaAllah amin :)

Peringatan untuk diri sendiri. Hehe



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 11 Ogos 2013

Cuti dah habis, esok sudah kerja !

Assalamualaikum, selamat malam..


Huwaaaaa, mood tengah tak berapa nak best ni, sebab esok dah start kerja balik. Sobsob. Oh btw, kerja yang aku maksudkan ni ialah praktikal ya. Aku lebih selesa guna term "kerja" tu dari praktikal sebab kami memang BEKERJA pun sebenarnya, haha. Cuma yang bezanya kami kerja takda gaji, takdak OT. Dan juga takdak cutiii, so sebelum atau selepas raya memang tak bercuti lah kami. Melainkan kalau aku nak cuti, boleh, apply dengan isi borang dan sebagainya, lepas tu nanti kita ganti time hujung minggu. Wiwiwi, itulah yang aku tidak mahunya. Sebab family aku ni kekadang jenis yang pergi mana2 hujung minggu, so spoil lah kan kalau tetiba family ada plan, then aku kena kerja. Haha. Takmau ah. Jadinya, terpaksa pasrah bila tak cutiii ~



4 hari bercuti kalau ikutkan, memang lah tak cukup sebenarnya. Tapi, dah tuntutan kerja, aku ikutkan sajalah. Lagipun, mak dengan abah pun dah start bekerja balik esok. Jadinya, kira fair lah memasing kena pergi kerja. Hehe. Cumanya, mak aku ambik cuti sehari sebelum Raya, tapi aku dengan abah tak ambik cuti. Haish, tetiba rasa malas yang amat nak pi kerja esok. Almaklumlah, staff masih ada yang tengah bercuti lagi sekarang ni, jadinya mesti macam takcukup staff tetambah dekat OPD tu. Harap2nya patient tak ramailah esok yaa, sebab aku kena lunch call kalau ikutkan esok. Entahlah, aku ni bukan ingat sangat jadualnya, esok pepagi baru pergi tengok. Haha

Selamat tinggal unit CDR ! Unit multitasking bagi aku ! Haha

So, malas nak merapu lagi panjang, jadinya SELAMAT BEKERJA lah untuk diri sendiri dan untuk sesiapa juga yang akan mula bekerja esok. Juga untuk mereka yang akan memulakan kuliah esok hari. Hmm, esok dah masuk ke unit lain dah. Therapeutic Drug Monitoring (TDM), please be nice to me in this 3 weeks, okay ? Harap2 tak banyaklah sample darah yang datang minggu2 orang beraya ni. Hihi.

Selamat hari raya ke 4 semua ! :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 10 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H

Assalamualaikum, selamat petang semua !


Apa khabar harini ? Harap2 semuanya sihat2 saja ya. Raya, raya jugak kesihatan kena jaga sama ya. Haha. Aku dan keluarga alhamdulillah semuanya masih sihat2 saja, walaupun telan makanan sikit punya banyak. Hehe. 

Syukur alhamdulillah, Ramadan telah pergi meninggalkan kita beberapa hari yang lalu, dan kini Syawal pula menjengahkan diri untuk sama2 kita raikan. 30 hari kita berpuasa, tibalah masa untuk kita raikan kemenangan di bulan Syawal, bulan Aidilfitri ini. Macam mana dengan puasa bulan Ramadan kalian ? Semoga semuanya berpuasa dengan penuh ya. Dan semoga, amalan kita sepanjang kita di bulan Ramadan ini diterima oleh Allah. InsyaAllah, amin :)

Puasa aku untuk tahun ini alhamdulillah penuh, seronok kemain hah puasa tahun ni, hehe. Dan puasa kali ni macam penat sikit lah sebab dah mula bekerja kan. Bukan sikit, banyak jugaklah kan. Haha. Tapi alhamdulillah, Allah berikan kepada aku kekuatan untuk mengharungi liku2 hari di bulan Ramadan ni. Harapnya, masih ada peluanglah untuk aku dan kita semua untuk merasai Ramadan akan datang, insyaAllah, sama2 kita doakan. 

Kuih dan muih, beraneka macam, makanlah jangan hanya dipandang ~~

Soooooo, hampa semua raya dekat mana tahun ni? Aku macam biasa lah, semestinya beraya di Penang. Penang tanah tumpah darahku, HAHA. Hmm, tahun ni tak balik Perak sebab semua adik beradik abah kat Perak turun mai Penang. Uuuu, meriahhh oooo~ Lagipun, tahun ni raya rumah baru kan, so mestilah diorang datang nak mai tengok rumah sini, sambil jalan2 sikit. 

Raya tahun ni jugak penat sikit melayan tetamunya. Almaklumlah, memasing nak datang beraya di rumah. Kalau sebelum ni, bila buat makan2 ja baru rumah kami penuh, sebab sebelum ni rumah macam jauh sikit dari orang, HAHA. Dari hari raya pertama lagi hah rumah asyik full houseee je, harini baru lengang sikit sebab kami memasing sibuk kan. Hehe. 

1st day raya ! 
Okaylah, nak stop merepek dah ni. Sebab banyak lagi kerja nak buat ni. Kejap lagi nak pi merewang pulak dengan kengkawan. Bukan selalu dapat peluang kumpul dengan kawan2 reramai sekali, hehe. 


Jadi, kepada semua, 







SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434H

MAAF ZAHIR DAN BATIN :) 



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jumaat, 9 Ogos 2013

Masih di sini, bernyawa lagi :)

Assalamualaikum dan salam Maghrib semuaaaa . . .


Alhamdulillah, Alyaaaa masih bernyawa hingga ke hari ini. Hehe. Mesti ramai kan yang tertanya tanya kemana aku menghilang begitu lama kali ni. Ya Allah, maaf sesangat sebab lama tak menghupdate blog ni. Ada beberapa kekangan yang tak dapat dielakkan oleh aku, salah satunya ialah tiada internet connection ! Oh, sungguh sengsara hidup ku tanpa ada internet connection ni. Haha.

Sebenarnya kan, baru2 ni, dalam bulan Ramadhan, aku telah berpindah ke rumah baru (nanti aku ceritakan lebih detail di entry lain ) , jadinya internet connection Streamyx dari rumah lama masih belum dipindahkan lagi. Disebabkan oleh itu, aku takdapat lah nak update blog ni memandangkan tabs aku pun takdak internet, hanya BB saja ada BIS , dan sedihnya BB takboleh guna untuk update blog ! Haha. Jadinya aku guna BB tu untuk twitter dan FB saja. 

Jadinya, sekarang ni di kala aku dapat menaip entry di blog ini, bermakna telah kembalilah internet connection dalam hidupku. Yeay me ! Haha. Saban hari jugak fikir apalah dah jadi dengan blog aku ni bila tak berupdate. Hehe. Walaupun tahu bukannya ada orang yang membacanya, tapi aku suka menaip kat sini, sebab boleh merapu meraban sesuka hatiku . Haha


So, untuk dipendekkan entry ini, maka untuk kali ke 3 nya aku mengumumkan yang aku akan kembali aktif berblogging seperti sedia kala. Haha. Memasing dah muak kan bila aku ulang ayat yang sama tiap kali aku menghilangkan diri dari dunia blog ni. Kihkih. Jangan risau, insyaAllah kali ni aku bebetul serius nak jadi aktif balik berblogging sambil berkongsi cerita merepek meraban aku di tempat kerja setiap hari. Mehmeh.

Ok, sampai sini dulu aku merepek. Lepas Maghrib nanti nak merepek pasal entry bulan Ramadhan yang baru saja meninggalkan kita, dan bulan Syawal yang baru menjengahkan diri ini. Bubyeee ~

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM