Sabtu, 10 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H

Assalamualaikum, selamat petang semua !


Apa khabar harini ? Harap2 semuanya sihat2 saja ya. Raya, raya jugak kesihatan kena jaga sama ya. Haha. Aku dan keluarga alhamdulillah semuanya masih sihat2 saja, walaupun telan makanan sikit punya banyak. Hehe. 

Syukur alhamdulillah, Ramadan telah pergi meninggalkan kita beberapa hari yang lalu, dan kini Syawal pula menjengahkan diri untuk sama2 kita raikan. 30 hari kita berpuasa, tibalah masa untuk kita raikan kemenangan di bulan Syawal, bulan Aidilfitri ini. Macam mana dengan puasa bulan Ramadan kalian ? Semoga semuanya berpuasa dengan penuh ya. Dan semoga, amalan kita sepanjang kita di bulan Ramadan ini diterima oleh Allah. InsyaAllah, amin :)

Puasa aku untuk tahun ini alhamdulillah penuh, seronok kemain hah puasa tahun ni, hehe. Dan puasa kali ni macam penat sikit lah sebab dah mula bekerja kan. Bukan sikit, banyak jugaklah kan. Haha. Tapi alhamdulillah, Allah berikan kepada aku kekuatan untuk mengharungi liku2 hari di bulan Ramadan ni. Harapnya, masih ada peluanglah untuk aku dan kita semua untuk merasai Ramadan akan datang, insyaAllah, sama2 kita doakan. 

Kuih dan muih, beraneka macam, makanlah jangan hanya dipandang ~~

Soooooo, hampa semua raya dekat mana tahun ni? Aku macam biasa lah, semestinya beraya di Penang. Penang tanah tumpah darahku, HAHA. Hmm, tahun ni tak balik Perak sebab semua adik beradik abah kat Perak turun mai Penang. Uuuu, meriahhh oooo~ Lagipun, tahun ni raya rumah baru kan, so mestilah diorang datang nak mai tengok rumah sini, sambil jalan2 sikit. 

Raya tahun ni jugak penat sikit melayan tetamunya. Almaklumlah, memasing nak datang beraya di rumah. Kalau sebelum ni, bila buat makan2 ja baru rumah kami penuh, sebab sebelum ni rumah macam jauh sikit dari orang, HAHA. Dari hari raya pertama lagi hah rumah asyik full houseee je, harini baru lengang sikit sebab kami memasing sibuk kan. Hehe. 

1st day raya ! 
Okaylah, nak stop merepek dah ni. Sebab banyak lagi kerja nak buat ni. Kejap lagi nak pi merewang pulak dengan kengkawan. Bukan selalu dapat peluang kumpul dengan kawan2 reramai sekali, hehe. 


Jadi, kepada semua, 







SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434H

MAAF ZAHIR DAN BATIN :) 



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM