Memaparkan catatan dengan label Aidiladha. Selamat Hari Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aidiladha. Selamat Hari Raya. Papar semua catatan

Sabtu, 10 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H

Assalamualaikum, selamat petang semua !


Apa khabar harini ? Harap2 semuanya sihat2 saja ya. Raya, raya jugak kesihatan kena jaga sama ya. Haha. Aku dan keluarga alhamdulillah semuanya masih sihat2 saja, walaupun telan makanan sikit punya banyak. Hehe. 

Syukur alhamdulillah, Ramadan telah pergi meninggalkan kita beberapa hari yang lalu, dan kini Syawal pula menjengahkan diri untuk sama2 kita raikan. 30 hari kita berpuasa, tibalah masa untuk kita raikan kemenangan di bulan Syawal, bulan Aidilfitri ini. Macam mana dengan puasa bulan Ramadan kalian ? Semoga semuanya berpuasa dengan penuh ya. Dan semoga, amalan kita sepanjang kita di bulan Ramadan ini diterima oleh Allah. InsyaAllah, amin :)

Puasa aku untuk tahun ini alhamdulillah penuh, seronok kemain hah puasa tahun ni, hehe. Dan puasa kali ni macam penat sikit lah sebab dah mula bekerja kan. Bukan sikit, banyak jugaklah kan. Haha. Tapi alhamdulillah, Allah berikan kepada aku kekuatan untuk mengharungi liku2 hari di bulan Ramadan ni. Harapnya, masih ada peluanglah untuk aku dan kita semua untuk merasai Ramadan akan datang, insyaAllah, sama2 kita doakan. 

Kuih dan muih, beraneka macam, makanlah jangan hanya dipandang ~~

Soooooo, hampa semua raya dekat mana tahun ni? Aku macam biasa lah, semestinya beraya di Penang. Penang tanah tumpah darahku, HAHA. Hmm, tahun ni tak balik Perak sebab semua adik beradik abah kat Perak turun mai Penang. Uuuu, meriahhh oooo~ Lagipun, tahun ni raya rumah baru kan, so mestilah diorang datang nak mai tengok rumah sini, sambil jalan2 sikit. 

Raya tahun ni jugak penat sikit melayan tetamunya. Almaklumlah, memasing nak datang beraya di rumah. Kalau sebelum ni, bila buat makan2 ja baru rumah kami penuh, sebab sebelum ni rumah macam jauh sikit dari orang, HAHA. Dari hari raya pertama lagi hah rumah asyik full houseee je, harini baru lengang sikit sebab kami memasing sibuk kan. Hehe. 

1st day raya ! 
Okaylah, nak stop merepek dah ni. Sebab banyak lagi kerja nak buat ni. Kejap lagi nak pi merewang pulak dengan kengkawan. Bukan selalu dapat peluang kumpul dengan kawan2 reramai sekali, hehe. 


Jadi, kepada semua, 







SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434H

MAAF ZAHIR DAN BATIN :) 



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 27 Oktober 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha ! ^-^


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kita dah pun selamat merayakan hari raya haji yang pertama semalam kan? Haha. Maaflah tak dapat nak update awal awal dan wish dekat hampa semua. Bukan apa, busyy sikit raya raya macam ni. Sejak sejak aku update yang aku habis final haritu, aku dah tak update kan? Uhuk3. Bukan takmau update apa2, nak sangat sangat. Tapi, ada benda yang menghalang dan juga aku memang sibuk sikit sebab kakak dan abang aku tak dak kat rumah sebelum raya. Jadi, banyak kerja dah jadi tanggungajawab aku. Haha. Kira masa aku update ni, aku kira dah free la jugak. Takdak apa nak fikir lagi dah. Erm, tapikan lepas hari raya haji ni, aku akan jadi bertambah sibuk ! Wuaaaa~ Nak tau kenapa. Nanti aku akan ceritakan di entry yang lain. InsyaAllah. 

Apa apa pun, aku ingin mengucapkan 

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA ! 

HAYATI DAN FAHAMILAH ERTI PENGORBANAN YANG SEBENAR AGAR KITA TURUT MERASAINYA. :')

Rasanya, sampai sini dulu update. Almaklumlah, bila dah lama tak menaip, rasa janggal pulak kan. Dah tu, tak tau nak tulis apa lagi. Ngeh3. So, jumpa lagi next entry tentang perancangan cuti semester ini ! :) Babai~



p/s: Gambar ihsan Mr Google. :))




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM