Isnin, 30 Januari 2012

Tahniah Hafiz dan Awan Nano.. ^-^

Assalamualaikum semua. 

Alhamdulillah, akhirnya sesi LDK yang diadakan dari pagi sampailah ke petang berjaya Alyaa tempuhi dengan jayanya walaupun dalam sesi kali ini Alyaa berasa sedikit kebosanan dek kerana tiada yang menarik dalam group kali ini malah menyakitkan hati lagi adelah. Aish... Ditambah dengan keberuntungan kerana mendapat fasilitator yang merupakan ketua coordinator LDK, PPKP ni, Puan Lia.

Okey, berbalik kepada tajuk asal. Rasanya ramai yang dah tahu tentang kemenangan Hafiz AF7 dalam AJL 26 malam tadi, kan? So, tak payah Alyaa olah terlampau-lampau sebab Alyaa pun bukan tengok. Act, bukan taknak tengok, tapi takde TV nak tengok + penat sangat. So, just dapat info ni daripada member-member yang kecoh di FB. berguna tak FB? hihi.


#google images#
Jadi, untuk memendekkan entry yang rasanya akan jadi panjang tak lama lagi, TAHNIAH diucapkan kepada   HAFIZ AF7 di atas kejayaannya dalam Anugerah Juara Lagu ke 26 ini. Kalau nak diikutkan, memang selayaknya lagu ini diangkat sebagai juara kerana ianya mempunyai maksud-maksud yang tersirat di sebalik lirik-lirik itu. Walaupun, Alyaa minat dengan lagu 3 Suara tu, tapi nak buat macam mana. Dah takde rezeki nak menangkan. Huhu. Apa-apa pun, tetap tahniah kerana dapat jadi Naik Juara.

Hafiz AF7-Awan Nano
TAHNIAH juga buat HAFIZ AF7 kerana turut merangkul Anugerah Vokal Terbaik. Perghhhh.. Memang terbaikkklah Hafiz AF7 ni. Rezeki melimpah ruah betul la Hafiz malam tadi. Hihi. Dan untuk yang sekelian kalinya, Tahniah, Tahniah, dan Tahniah Hafiz AF7.... ^-^

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 28 Januari 2012

..Kad Kahwin Yusry dan Lisa..

Assalamualaikum semua.

So, nilah entry yang terakhir untuk hari ini. Tentang Lisa dan Yusry. Alhamdulillah, tak lama lagi mereka berdua akan mendirikan rumah tangga. Alyaa doakan semoga perjalanan majlis nanti berjalan dengan lancar. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua. ^-^

Kad kahwin yang simple tapi sweet. =p

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Status Seorang Muslim Perempuan

Assalamualaikum semua.

Selamat malam. Entry ni pendek je. Nak share satu gambar dengan korang semua yang membawa seribu satu makna buat kita terutamanya kepada seorang muslim perempuan.


" Kalau semua org tahu status sebenar seorang muslim Perempuan,Lelaki pun nak jadi Perempuan "
 [ Syeikh Akram Nadwi ]

p/s: Betapa indahnya seorang muslim perempuan. ^-^

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

True Meaning of Friendship.

Assalamualaikum..

Today, I'll like to share something with you guys which is True Meaning of Friendship. Got this one from one of my classmates. So, I think it is a good idea if I share it in this blog since I've no idea to update this blog.


#googleimages#

But, I'll not write down all the entry. Just take a few quotes that have deep meaning for me. If you guys want to know more, please take a look at HERE


The best quotes that I wanna share here is:

Friendship is when people know all about you but like you anyway regardless of size, how much money you have, color, species, or age. 

Real friends won't let you do stupid things
I'm sure that most of us have read this at 9GAG.com, right? Yes, I took all this quotes from there. Seriously, I love all the entry at 9GAG.com. So, take a minute to look there. See you soon..
Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 25 Januari 2012

...Hari Korporat itu Hari Rabu...

Assalamualaikum semua.
Alyaa sedang cuba menaip entry ni secepat mungkin dan sependek boleh. Hihi. Ok guys, entry ni just nak share dan maklumkan yg setiap hari Rabu merupakan hari korporat di Kampus Bertam. So, kami semua diwajibkan pakai baju korporat yang ala2 baju kolej kristal tuh. Haha. Walaupun ada juga segelintir yang tak pakai atas sebab2 tertentu, tapi majoritinya memang pakailah baju yang campuran purple, white and black tu.
Baju korporat bagi fakulti farmasi memang seperti yang dinyatakan di atas. Namun, bagi fakulti sains kesihatan, untuk course meltech, baju korporat mereka berwarna biru dengan campuran putih. Untuk course environmental health pula, baju korporat mereka berwarna putih bercampur hijau,hitam dan coklat.
Oklah, rasanya sampai sini dulu. Btw, Alyaa dah pun selamat sampai di kolej malam tadi setelah penat membeli belah di Jusco. ^-^
Sekian.
Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 24 Januari 2012

...Nuffnang oh Nuffnang...

Assalamualaikum semua.

Oklah, alang2 Alyaa tengah on9 sambil buat assignment CTU, so rasanya naklah update sikit tentang Nuffnang ni. Lagipun, dah lama rasanya tak buat entry pasal Nuffnang. Sunyi je rasanya ka. Hihi.



So, mesti korang nak tanya berapa income yang Alyaa dah dapat kan. Erm. setakat ni bolehlah tahan. Takdelah banyak sangat sebab Alyaa tak active sangatkan sebelum ni. Dalam suam2 kuku je. Kadang-kadang Alyaa terfikir, macam mana blogger2 lain boleh dapat income yang banyak? Bila difikirkan balik, rupa2nya entry mereka kebanyakannya berkualiti dan diorang aktif sangat nak compare dengan Alyaa.

Haha. Alyaa ni macam mana la nak aktif sangat. Dekat kolej tuh, bukan senang nak dapat access internet. Kadang-kadang ada, kadang-kadang takde. Nak kata pakai broadband, memang taklah. Takde duit nak pakai broadband. Huhu. Erm. Lagipun Alyaa ni bukannya blogger tegar sangat, just saja2 nak jadi blogger untuk mengisi masa lapang yang ada.

Oh, rasanya dah melalut sangat2 ni. So, berbalik kepada tajuk asal. Nuffnang oh Nuffnang. Bilakah lagi nak bagi BE kepada blog ni. Dah lama menanti ni. Hihi. Btw, member blogger pernah bagitahu kalau nak BE selalu, kita kena selalu buat entry yang berkaitan dengan Nuffnang dan update apa yang selalu berlaku di Nuffnang. Jdi, Alyaa ingat kalau dah blur sangat taktaw nak update apa kat blog ni, maka Alyaa akan update pasal Nuffnanglah. Hihi.

Rasanya sampai sini dululah. Mata dah rasa mengantuk balik ni. Esok dah nak kena balik kolej. Assignments dan assignments masih banyak lagi. Huhu.

Sekian

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 23 Januari 2012

Tahniah Ally Iskandar dan Farah Lee

Assalamualaikum semua.

Okey, sebenarnya dah lama nak buat entry ni, since hari Ally Iskandar akad nikah tu. Tapi, tak berkesempatan dan last sekali terus terlupa. Haha. So, apa yang membuatkan Alyaa kembali teringat untuk nak buat entry ni bila ada kawan Alyaa yang post kat FB tentang video pernikahan Ally dan Farah ni. Katanya sweet sangat. Haha.



Jom kita tengok video yang Alyaa ambik dari kawan Alyaa, Najah.

Seriuosly, sooo sweet. Betul lah apa yang kawan Alyaa cakapkan tuh. Hihi.


So, nampaknya bertuahlah si Farah ni sebab dapat Ally Iskandar. Dan begitu juga Ally Iskandar kerana dapat Farah sebagai peneman duka dan lara. Erm.. Apa2 pun baguslah adik Ally Iskandar ni. Pandai pulak dia recommendkan senior sendiri. Haha. 

Oh, dari sumber2 yang Alyaa dapat, Ally dikatakan akan berjauhan dengan isterinya ini selepas dua bulan berkahwin. Ini kerana Farah akan menyambung pengajiannya dalam Kejuruteraan Mekanikal di Korea Selatan dan akan menamatkan pengajian pada tahun hadapan.

Kecian pulak kat Ally Iskandar ni kan. Hihi. Apa2 pun, ini semua atas dasar tanggungjawab. Dan Ally Iskandar pun mempunyai tanggungjawabnya selepas ini. 

Dan untuk mengakhiri entry ini,  Alyaa doakan semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat. 

p/s: Lepas tengok video nih, ramai kawan2 Alyaa yang nak ibu yang carikan pasangan. Haha.

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2012



SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2012 [TAHUN NAGA]

KEPADA SEMUA KAUM CINA YANG MERAYAKANNYA DAN 

KEPADA RAKAN2 CINA YANG PERNAH MENGENALI DIRI SAYA INI. 


P/S: Bingit benar bunyi mercun kat Penang ni. Dum Dam Dum Dam. Cantik pula tengok bungapi tu. Hihi. ^-^


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 21 Januari 2012

..Syiling 20sen versi 2012...

Assalamualaikum semua.

Okey, untuk malam ni saja Alyaa dah tak tahu berapa kali update. Erm,, Entahlah. Tiba2 mood nak update tu datang menyeru2. Haha.. Ok, kali ni nak share tentang duit syiling 20sen versi baru. Versi 2012. Rasanya ramai yang dah sedia maklum yang Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit baru pada tahun ini kan. Oh, tiba2 rasa terexcited. Haha. Bukan sahaja duit syiling, malah duit kertas pun begitu juga.

Dan alhamdulillah, mungkin rezeki Alyaa harini dapat tengok duit syiling 20sen yang baru tu. Warna macam keemasan sikit dan lebih kecil dari yang sebelum ini.. Actually, Alyaa dapat syiling ni masa dapat baki duit lepas order McD tadi. Lepas mak ngan abah datang ambik kat UiTM, terus gerak ke McD. Both my parents lapar katanya. So, sebagai anak yang baik, Alyaa ikut je. Haha..

maaf kalau gambar blur sikit. 

Korang agak2 kan, apa reaksi Alyaa masa dapat syiling tu? Haha.. Kalau nak tahu, masa dapat baki tu, Alyaa macam pening2 sikit. Eh, betul ke cashier ni bagi duit Malaysia. Macam duit Singapore pun ada. Alyaa yang sebelum ni jarang cek baki dan duit yang dapat dr mana2 cashier, terus tengok duit syiling tu. Manalah tahu, kot2 salah bagi. Haha. Macam sengal je kan. maaf, bila sibuk krg tgok berita. hihi. So, bila dah belek2 syiling tu baru perasan ada tulis Bank Negara Malaysia dan tahun 2012. Waaaa. Lepas tu terus rasa excited. Haha. Erm.. Masa tengah belek2 tu kan, muka Alyaa berkerut2 sekali sampaikan cashier tu kata, "Dik, duit Malaysia tu dik. Duit baru. Haha.."

Warna yang agak keemasan~

Oklah, sampai sini je nak cerita. Sorry kalau rasa boring masa baca cerita yang agak sengal pada malam hari ini. Hihi. Selamat malam semua. ^-^

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Mega Giveaway By Cik Bunny

Assalamualaiikum dan selamat malam semua.

Okey, rasanya sekarang ni waktu yang sesuai untuk join giveaway Cik Bunny ni. Act, dia dah invite Alyaa lama dah. Cuma tak berkesempatan nak buat entry. Nasib baik tarikh tutup penyertaan lambat lagi. Hehe.

So, without wasting time, lets proceed to the terms and regulations. maaf, speaking sikit. hihi.


Syarat untuk join:

(sila ikuti syarat tanpa banyak songeh okey, hihi)

1. Mempunyai alamat di Malaysia
2. Buat entry dan copy banner macam kat entry ni. Tajuk entry tu sama je macam yang Alyaa buat ni.
3. Letak link sponsor dalam entry. Oh, banyakknya sponsor. Rugi you all kalau tak join. Haha. Mana taw,  rezeki2. Hehe.. Dan, jangan lupa like dan follow sponsor2 ni okeh? ^-^


  • Amely Afandi: Blog



  • Herba Tihara: Blog




Tarikh tutup: 31 Januari 2012
Juri Giveaway: Encik Random.org & Cik Bunny

Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke blog tuan punya GA ini dengan klik banner di atas. ^-^

So, done with all these things. Hope ada luck lah kali ini. Melepaslah kalau takdapat. Haha. 

p/s: Senarai hadiah boleh dirujuk di SINI

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Takziah Buat Izwan Pilus Sekeluarga. Al Fatihah.

Assalamualaikum semua. 

Sayu rasanya masa menaip entry ni. Yelah, mula2 Alyaa seakan2 tak percaya akan berita ni yang mana Alyaa dah pun baca masa tengahri tadi waktu blogwalking ke blog junior Qber ni. Then, masa balik, abah pun sampaikan benda yang sama. That time baru realize yang benda ni bukan main2. Tapi, memang betul. Berita yang Alyaa maksudkan ialah tentang pemergian Izwan Pilus, seorang artis yang rasanya dikenal oleh ramai orang, pulang ke rahmatullah. Allahyarham Izwan Pilus telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira2 jam 6.45 pm kelmarin. Adiknya, Aril telah memaklumkan perkara ini di twitternya.


Makluman yang Alyaa dapat daripada mak Alyaa tadi, Allahyarham dipercayai dijangkiti kuman dalam darah. Dan telah mengalami demam panas serta dimasukkan ke wad selama sehari sebelum dijemput Illahi. Takziah Alyaa ucapkan kepada keluarga arwah dan semoga kuat menghadapi ujian ini. 



Kepada rakan2 yang terbaca entry ini, mari sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Izwan Pilus. 

p/s: setiap yang hidup, pasti akan mati jua. 

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rx Family Day Part 2

Assalamualaikum semua.

Akhirnya ada masa jugak untuk Alyaa update entry yang seterusnya mengenai Rx Family Day ni. Lama sungguh Alyaa menantikan saat2 ni. Haha. *Ayat macam mintak penampaq ja.* Okeylah, kalini pun taknak cerita banyak2. Just nak share beberapa lagi gambar hasil sentuhan Alyaa. Hihi.

WARNING
Entry kalini mungkin berat sikit. Jadi loading maybe lama. Harap bersabar~~

Menunggu giliran untuk naik bas. ^^

Antara exco yang bertanggungjawab. Great job guys. ^^
Selamat sampai di PKSA Tanjung Bungah

Model2 hamper. Haha..

Kawasan yang indah dipagi hari sebelum dipenuhi oleh ramai orang.

Laut yang tenang, langit yang cerah. SubhanaAllah.
Kawasan yang sudah dipenuhi orang ramai dan bersiap sedia untuk beradu tenaga.
Antara cameraman yang berganding bahu bersama2 Alyaa. ^^
Jejaka2 hot Part 2 Farmasi. Mostly, dah berpunya. Haha..

Ketua program Farmasi baru: Madam Suraya
Sukaneka ~~
Sukaneka yg disertai oleh pensyarah2. =)
Solat Zohor dan Asar di sini. Masjid Terapung,

Teman2 seperjungan yg memang best! ^^
Water confidence.
Mereka memang suka bergambar! ^^

Classmatesss yang terbaikkk...
Prepare untuk lawan Dragon Boat.

Pertandingan Dragon Boat.

Okeylah, rasanya macam dah banyak masuk ni. Takut nnti berat sangat, hang pulak laptop ni. Kepada sesiapa nak tengok lagi*bajet orang nak tengok la tuh.*, boleh pergi kat SINI

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 16 Januari 2012

Rx Family Day 14 Januari 2012 [Part 1]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak update blog ni setelah beberapa hari ditinggalkan. Hehe. Al-maklumlah, sekarang ni sibuk sikit. Banyak sangat benda yang nak kena disettlekan lepas balik dari 'berfoya-foya' tu. Haha. Fuh, sebenarnya, penat pergi Family Day masih terasa lagi sampai sekarang. Walaupun tak main sangat, tapi Alyaa ni secara tak rasminya dah jadi photographer sambilan. Hihi. So, kena jalan sana-sini. Agak penat la sebab kena naik turun dari darat ke laut untuk rakam aktiviti. Nasib baik guna kamera Canon yang besar tu. Best sikit naik buat shot. ^-^

Ok, taknak melalut lebih2 lagi. Sekarang back to the point. Korang mesti nak tahu apa yang kami buat kat PKSA Tanjung Bungah sana tu. Hihi. Jom teruskan baca.. =) Okey,  Kami naik bas ke sana dan lebih kurang 1jam lebih dah sampai sana. Sampai2 je matahari dah tegak atas kepala. *well, lari dari tentatif la katakan* . Haha. Sepatutnya, aktiviti pertama adalah dragon boat. Tapi disebabkan laut takberapa nak tenang dan ombak agak kuat, so kami mulakan dengan aktiviti lain dulu. Aktiviti yang dimaksudkan ialah pertandingan bola tampar, sukaneka dan tarik tali. Semua acara ini dipertandingkan mengikut kumpulan yang telah disenaraikan kecuali bagi aktiviti tarik tali yang mana dipertandingkan mengikut batch. Dan alhamdulillah, akhirnya semua berjalan dengan lancar dan cuaca pun memberikan kerjasama yang baik kepada kami pada hari itu. Ermm.. Dah laaa.. Rasanya taknak cerita panjang2 sebab nak korang bosan jugak kan? So, jom kita tengok gambar. Gambar ni nanti ada sambungannya... Hihi.


Pagi yang cerahhhh. Sebelum bertolakk ke Penang.
Bola tampar. ^^
Bro Muz dengan gayanyaaa.. Haha.~~

Tarik taliiii.. Tarikkkkkkkkkk....

Dragon boat~~~

Seronoknyaaa sukaneka! ^^
Oklah, rasanya smpai sini dulu. Lagipun, Alyaa tak berapa sihat ni. InsyaAllah, Entry Family Day ni akan bersambung lagii.

Sekian...



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 14 Januari 2012

Selesai Semua Untuk Minggu Ini

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, akhirnya minggu yang sibuk dapat ditempuhi jugak dgn jayanya. Walaupun rasa macam xcukup rehat bagai kan. Oh, btw just a short entry sebab sekarang ni tengah on the way nak ke Rx Family Day. Aktiviti wajib utk every sem. Act, Alyaa xnak pergi pun sebab tak berapa sihat. Tapi atas pujukan rakan2, Alyaa pergi jugak, tapi xjoin aktiviti sangat. Takut makin melarat. Erm, Family Day diadakan di Tanjung Bungah.
Oklah, dah nak sampai ni. Nantikan entry Alyaa selepas ini dengan cerita tentang Family Day. Hihi.
Published with Blogger-droid v2.0.3

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 12 Januari 2012

Minggu Yang Sibuk!

Assalamualaikum semua..



Harap maaf sebab tak dapat nak update blog dalam beberapa hari ni. Alyaa sangatttt2 lah sibuk dengan quiz dan test dicampur dengan assignment yang makin bertambah dari hari ke hari. Almaklumlah, dah nama pun student kan. Memang tak akan lari dari kehidupan sibuk ni. Boleh dikatakan everyday akan menghadap buku, sampaikan nak on9 blog pun susah. Paling2 kurang pun Alyaa hanya on9 twitter dan FB. Sebab kat FB lecturer banyak tinggalkan pesanan dan ingatan. Jadi, taknak ketinggalan kena selalu buka tengok update terbaru.

InsyaAllah, kalau ada kelapangan lagi lepas ni, Alyaa akan update paling kurang 1 hari 1 entry supaya blog ni takdelah rasa sunyi sangat. Dan Alyaa teringin jugak nak update pasal Churp2 ngan Nuffnang kat sini. Asyik baca email je kan, sekali sekala share dekat sini apa salahnya. Kan? ^-^

Oklah, rasanya sampai sini dulu. Esok masih ada satu lagi test, Pharmaceutical Chemistry 2. Doakan Alyaa okey? Subject ni quite tough for me sebab memerlukan pemahaman yg sangatlah tinggi. Hihi..

Sekian. 

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 9 Januari 2012

Tahniah Dr Ezani.. ^-^

Assalamualaikum dan salam malam semua.

Okey, nampaknya MasterChef Malaysia telah pun melabuhkan tirainya. So, tahniah diucapkan kepada Dr Ezani kerana berjaya dinobatkan sebagai MasterChef Malaysia yang Pertama. Waaa.. nampaknya doktor gigi ini amat berkebolehan ye. Bukan setakat jadi doktor, memasak pun pandai. Kat sini pun dah jelas yang doktor ni multi tasking. Hihi..

Dr Ezani telah berjaya menewaskan pesaing terdekatnya iaitu Wahidan, seorang pekebun. Apa yang Alyaa nak katakan, Wahidan pun tidak kurang hebatnya. Cuma rezeki tidak berpihak padanya pada malam itu. Dr Ezani telah mendapat hadiah sebanyak RM 100,000 dan berpeluang menerbitkan buku masakannya sendiri. Memangggg masyukkk la Dr Ezani malam tu. Tahniah3.

Act sebenarnya memang dah jangka yang Dr Ezani nak menang sebabnya dia selalu maintain prestatsi dia. Dan kalau taksalah jarang masuk ke peringkat penyingkiran malah namanya yang pertama diumumkan untuk ke peringkat Final.


p/s: Follower makin berkurang. =(

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 8 Januari 2012

Selamat tinggal dan Semoga berjaya Kakakku.. ^^

Assalamualaikum semua.
Harini dah masuk 8hb Jan 2012. Bermakna kakak tersayang akan memulakan pengajian di UniKL dalam Bachelor of Accountancy. Sekarang ni, keluarga dan kakak telah pun selamat berada di sana, di Kuala Lumpur. Dan untuk mkluman ye, Alyaa tak dapat ikut serta untuk hantar kakak disebabkan minggu yang datang jadual Alyaa penuh dengan test dan juga quiz. Lagipun, memang mak tak benarkan Alyaa ikut dari awal lagi. Sedih jugak tapi takpelah. Nak buat macam mana kan. Sabar je la demi belajar. :))
So, berbalik kepada tajuk asal, selamat jalan, selamat pergi dan semoga berjaya Alyaa ucapkan kepada Kakna. Semoga Kakna dapat menempuh sesi pengajian ini dengan baik. Ingat, ini je peluang yang ada. Gunakan sebaik mungkin. Buat mak dan abah bangga dengan Kakna. Buktikan yang kita juga mampu berjaya, okey? ^-^
Dan satu nasihat dari akak, hiraukan mulut2 busuk yang berbunyi di belakang kita. Tak payah nak ambik peduli, buat donno je. Sakit hati pun dak, belajar pun senang. Hihi. Lagi satu, pilih kawan yang betul dan baik kat sana supaya tak tersesat nanti. Yelah, nama pun ada di Kuala Lumpur kan. Yang penting sekali, jaga solat. InsyaAllah, semuanya akan okey. ^-^

So, rasanya sampai sini saja entry kali ini, kepada Kakna:
#Selamat datang ke alam Universiti. Selamat menjadi warga KL, selamat menjadi warga UniKL dan semoga berjaya dalam bidang ni.#
Sekian..

Published with Blogger-droid v2.0.2

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 5 Januari 2012

UiTM Bertam. [Farmasi dan Sains Kesihatan]

Assalamualaikum semua.

Update untuk kali ke dua harini. Hihi. Kalini just nak update tentang UiTM Bertam, tempat yang Alyaa sedang menuntut sekarang ini. Takde banyak benda yang nak cerita, just nak share gambar! ^-^

Blok Makmal

Tanah lapang belakang blok akademik
Ni Library~~

Pintu depan Kampus Bertam

Oklah, nak update yang tu je. Untuk gambar2 lain sila layari ke SINI.

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 4 Januari 2012

Wordless Wednesday #7




source: BoBoiBoy

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 3 Januari 2012

Hadiah Ke 2

Hai semua.

Alhamdulillah, lepas dapat set bowling haritu, semalam dapat lagi hadiah dari mak. Hadiah jam tangan. Hehe.

Act sebelum tu abang yg nak beli jam tangan sebab jam dia bagi kat adik. Masa abang cakap kat mak, Alyaa pun kata, "Erm, akak pakai jam murah ja. RM 10. Senang, boleh bawak masuk air sekali, haha." Even masa tu memang takdak jam sebab jam tangan dah rosak, boleh gi cakap camtu. Hihi. Ayat spontan tu. Tanpa dsedari terkeluar dari mulut.:)

So, masa abang gi belek2 jam, Alyaa pun gatal2 tangan tengok jam. Berkenan la satu. Hihi. Alih2 mak kata ambiklah. Wah... Seronok gilerr. Hakhak.. Dan part yg best sekali, jam tu harga lebih RM 10.. Perghh. Habis kena perli. Hoho..

Last2, abang tak beli pun. Sabar je lah. Erm, jam tangan ni kena jaga elok2. Sayanggg. ^-^

Oklah, malas nak taip dh. Jmpa lagi nnti.

p/s: Sory kalau Alyaa ada xreply comment sebab agak sukar nak balas cmment guna phone. Huhu.

Published with Blogger-droid v2.0.2

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM