Ahad, 8 Januari 2012

Selamat tinggal dan Semoga berjaya Kakakku.. ^^

Assalamualaikum semua.
Harini dah masuk 8hb Jan 2012. Bermakna kakak tersayang akan memulakan pengajian di UniKL dalam Bachelor of Accountancy. Sekarang ni, keluarga dan kakak telah pun selamat berada di sana, di Kuala Lumpur. Dan untuk mkluman ye, Alyaa tak dapat ikut serta untuk hantar kakak disebabkan minggu yang datang jadual Alyaa penuh dengan test dan juga quiz. Lagipun, memang mak tak benarkan Alyaa ikut dari awal lagi. Sedih jugak tapi takpelah. Nak buat macam mana kan. Sabar je la demi belajar. :))
So, berbalik kepada tajuk asal, selamat jalan, selamat pergi dan semoga berjaya Alyaa ucapkan kepada Kakna. Semoga Kakna dapat menempuh sesi pengajian ini dengan baik. Ingat, ini je peluang yang ada. Gunakan sebaik mungkin. Buat mak dan abah bangga dengan Kakna. Buktikan yang kita juga mampu berjaya, okey? ^-^
Dan satu nasihat dari akak, hiraukan mulut2 busuk yang berbunyi di belakang kita. Tak payah nak ambik peduli, buat donno je. Sakit hati pun dak, belajar pun senang. Hihi. Lagi satu, pilih kawan yang betul dan baik kat sana supaya tak tersesat nanti. Yelah, nama pun ada di Kuala Lumpur kan. Yang penting sekali, jaga solat. InsyaAllah, semuanya akan okey. ^-^

So, rasanya sampai sini saja entry kali ini, kepada Kakna:
#Selamat datang ke alam Universiti. Selamat menjadi warga KL, selamat menjadi warga UniKL dan semoga berjaya dalam bidang ni.#
Sekian..

Published with Blogger-droid v2.0.2

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM