Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah, akhirnya julung2 kalinya satu family gathering berjaya dilaksanakan oleh MakSu Ila setelah beberapa halangan yang berlaku. Acara utama dalam family gathering kali ini ialah bermain bowling. Pada asalnya, hanya tujuan untuk main suka-suka sahaja sebab family member yang lain tak pernah main bowling kan. Tapi alih-alih masa main sponsor datang ada satu hamper dan beberapa hadiah chocolate. Haha. Apa lagii, semua pakat dok aim hadiah tu. Hehe.
Kami main dua game dan kami dipecahkan kepada 4 group dan setiap group ada 4 orang. Permainan berjalan lancar. Namun, masa game 1 Alyaa kalah dengan abah. Beza 3 mata je.. Sabar je lah. Dan alhamdulillah, masa game 2 Alyaa menang keseluruhan game. Akhirnya, dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan. Best sangat2 dan group Alyaa menang hamper besar sebab antara group yang paling banyak score. Hehe. Rezeki2. Yang bestnyaaa lagi, Alyaa dapat satu lagi hadiah yang diluar jangkaan. Hadiah ape? Jeng2. Teruskan baca okeyh? ^^
Game tamat lebih kurang 3 jam lepastu. Lepas habis game, kami semua pergi makan ramai-ramai dekat Ikan Bakar. Makanannya boleh tahan but quite expensive. Seriusly, terkejut dengar harga yang dibayar. Tapi, nasib baik orang belanja. Haha. Kami sembahyang Maghrib dekat Hotel Park Avenue. Dan selesai solat kami pi ambik hadiah. Yeay! Seronok. ^-^
Family Gathering~~ |
Hadiah Set Bowling.. *maaf gambar kecik* |
Okeylah, rasanya dah merapu banyak sangat ni. Tibalah masa untuk berehat sebab esok dah kena balik UiTM dah~~ Wuawua~ Tak sanggup rasanya. Huhu.
p/s: Hope dapat gather lagi next time. Thanks to Maksu Ila. ^-^
Sekian.
2 ulasan:
Set bowling kot. Lepas nie kene register ahli lar kt pusat bowling lar.
@Lizzie Yasmin
hihi. iinsyaAllah. kalau ada rezeki. =)
Catat Ulasan