Assalamualaikum semua.
Okey, sebenarnya dah lama nak buat entry ni, since hari Ally Iskandar akad nikah tu. Tapi, tak berkesempatan dan last sekali terus terlupa. Haha. So, apa yang membuatkan Alyaa kembali teringat untuk nak buat entry ni bila ada kawan Alyaa yang post kat FB tentang video pernikahan Ally dan Farah ni. Katanya sweet sangat. Haha.
Jom kita tengok video yang Alyaa ambik dari kawan Alyaa, Najah.
Seriuosly, sooo sweet. Betul lah apa yang kawan Alyaa cakapkan tuh. Hihi.
So, nampaknya bertuahlah si Farah ni sebab dapat Ally Iskandar. Dan begitu juga Ally Iskandar kerana dapat Farah sebagai peneman duka dan lara. Erm.. Apa2 pun baguslah adik Ally Iskandar ni. Pandai pulak dia recommendkan senior sendiri. Haha.
Oh, dari sumber2 yang Alyaa dapat, Ally dikatakan akan berjauhan dengan isterinya ini selepas dua bulan berkahwin. Ini kerana Farah akan menyambung pengajiannya dalam Kejuruteraan Mekanikal di Korea Selatan dan akan menamatkan pengajian pada tahun hadapan.
Kecian pulak kat Ally Iskandar ni kan. Hihi. Apa2 pun, ini semua atas dasar tanggungjawab. Dan Ally Iskandar pun mempunyai tanggungjawabnya selepas ini.
Dan untuk mengakhiri entry ini, Alyaa doakan semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat.
p/s: Lepas tengok video nih, ramai kawan2 Alyaa yang nak ibu yang carikan pasangan. Haha.
Sekian.
0 ulasan:
Catat Ulasan