Tuesday, February 10, 2015

Cerita En Nuffnang

Assalamualaikum selamat malam

Alhamdulillah dapat menaip lagi malam ni. Haha. Ini sebab dan akibat bila mana rasa bosan teramat sangat berada di rumah sewaktu cuti semester. Hah, gittew ceritanya. 

Harini terasa nak cerita pasal Nuffnang. Rasanya macam dah lama tak up entry pasal Nuffnang ni. Haha, macam mana lah nak dapat income kalau buat entry pun malas, hihi. Ok secara keseluruhannya aku bersyukur sangat sebab tahun lepas, income Nuffnang aku sangatlah membahagiakan aku. Walaupun taklah banyak macam blogger2 lain tapi aku bersyukur sebab setelah sekian lama, akhirnya ada peningkatan juga dalam income kat situ hihi. 

Untuk sepanjang tahun 2014, boleh dikatakan setiap bulan aku akan dapat CPUV paling kurang pun adalah satu setiap bulan. Alhamdulillah ;) Tapi kalau tak silap, dua bulan terakhir dalam tahun 2014, aku takdapat langsung CPUV sebabnya masa tu kan aku tengah busy dekat kampus. Busy dengan study lagi tak payah cakap lah kan haha. Sampai terabai terus blog ni. Sobs



Dan harini, aku kembali menaip entry mengenai Nuffnang ni sebabnya aku baru dapat CPUV baru untuk harini. Haha, tak sangka pun sebenarnya. Sebab asalnya nak menaip pasal CPUV yang lepas ja. Tup2 bila bukak ada juga baru masuk harini, alhamdulillah rezeki ;) Terimakasih Maggi Kari sebab sudi nak tayang iklan dekat blog yang biasa2 ni hehehe. Macam tahu sangat yang aku memang suka Maggi walaupun tak berapa bagus untuk dimakan. Tengah cuba elak sekarang sebab kawan baik asyik marah tak bagi makan haha. 

Hasil carian Google

Hasil carian Google

Terimakasih juga untuk Lactacyd 150ml Promo. Ok, untuk pengetahuan Lactacyd ni merupakan produk penjagaan wanita yang tengah glamer sekarang ni. Kebetulan, aku memang merupakan pengguna Lactacyd ni. Tapi masih baru lagi. Haha. Hujung tahun lepas baru start guna tak silap aku. InsyaAllah berbaloi dengan harga yang kita bayar. ;)


Seterusnya, dari pihak Physiogel. Ini kali pertama aku dengar pasal Physiogel ni. Jadinya aku Google lah sikit apa benda ni, kegunaan dia dan sebagainya. Rupa rupanya Physiogel ni produk untuk rawat kulit kering lebih kurang mcam lotion lah. Untuk kulit sensitif pun jugak sebab dia boleh bertindak sebagai intensive cream untuk kulit. Untuk maklumat lanjut, bolehlah google sendiri yer, hihi. Bukan apa takut juga andai aku tersilap beri info kat sini kan. 

Hasil carian Google 
Dan last sekali ialah dari pihak Nike. Ya ya siapa yang tak kenal dengan brand Nike? Tipu tipu. Orang yang tak main sukan sangat pun tahu Nike tu apa. Haha. Ringkasnya, Nike meruupakan syarikat pengeluar barangan sukan macam kasut sukan, baju, dan lain2 lagi. Dan yang terbaru mereka perkenalkan Nike Running Tight iaitu seluar sukan tight yang boleh dipakai untuk pelbagai acara sukan. Biasanya orang lelaki suka pakai seluar tight macam ni sebab senang katanya tambah2 masa main bola. Haha, betul kan? Jadi, bolehlah try dapatkan produk terbaru dari Nike ni, mana tahu kena dengan diri, aku promote saja HAHA

Hasil carian Google. Hah macam ni rupanya Nike Running Tight ni
Ok sampai sini dulu. Apa2pun terimakasih sesangat Nuffnang. Moga ada rezeki lebih lagi tahun ni. InshaAllah amin :) 



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA