Ahad, 9 Mac 2014

Teruskan berdoa wahai rakyat Malaysia | #prayforMH370

Assalamualaikum, selamat malam

Nampaknya sudah lebih 24jam dari waktu kapal terbang MAS MH370 dilaporkan hilang dari radar. Kapal terbang yang membawa muatan 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 orang krew dilaporkan hilang dari radar pada pukul 2.40 a.m, lebih kurang 2 jam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menuju ke destinasi Beijing, China.

Segala usaha sedang dijalankan oleh pelbagai pihak termasuk dari negara2 jiran seperti Indonesia, Filipina, Amerika, China, Singapura dan lain2 lagi. Segala aset telah dikerahkan dalam misi untuk mencari dan menyelamatkan kapal terbang MH370 ini.




Sampai saat ini, pelbagai spekulasi dan keberangkalian yang aku dengar dari pelbagai sumber dan media. Tapi, aku hanya akan percaya jika berita itu sudah pun disahkan. Jadi, aku mohon agar semua rakyat Malaysia, dan awak semua janganlah membuat sebarang spekulasi tanpa disahkan dulu. Please, at least respect the family members that involved in this incident. Pray hard for them, for all of us. I'm begging you. Because we're never know what will happened after this.




Ahli keluarga mereka, dan kita sebagai rakyat Malaysia sangat berharap agar penerbangan MH370 akan ditemui dengan selamat , insyaAllah amin. Jangan pernah putus harapan wahai rakyat Malaysia. Aku juga cuba berfikiran positif bahawa kita akan berjumpa dengan kapal terbang MH370 ini. Dan sekiranya sebaliknya yang berlaku, ayuhlah kita berharap agar kita jumpa segala serpihan2 yang dapat membuktikan bahawa perkara itu sahih. Amin

Jangan lupa wahai rakyat Malaysia, teruskan berdoa untuk mereka dan kapal terbang MH370, moga semuanya selamat, amin.








Sumber gambar : Facebook

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM