Assalamualaikum, selamat malam
210314 ;
Ok, yang atas ni kiranya macam menu utama lah untuk malam tu. Sedap sangat, aku bagi 10 markah untuk hidangan ni ! Hahaha. Aku suka sangat texture ayam dia, telur dia, nasi dia. Alhamdulillah, aku sangatlah dan teramat kenyang semalam ;) Terimakasih sebab belanja, kalau tak sampai bila pun taktau bila dapat rasa, hehehe.
210314 ;
Last minute planning nak keluar pergi dating dengan orang Hospital Seberang Jaya. Alhamdulillah, tak sangka, dapat juga dating setelah sekian lama tak keluar sesama. Haha. Kami dating beramai ramai ya. Bukan berdua, bertiga tapi berempat. ;)
Konon keluar nak celebrate aku yang dah habis praktikal kat HSJ la kan. Hahaha. Alhamdulillah, semalam mereka belanja aku. Belanja makan malam di Sushi King. Sumpah, masa tanya nak makan kat mana, aku tak tahulah nak bagi idea makan kat mana. Last2 kata nak makan kat Sushi King.
So, kiranya semalam aku telah catatkan sejarah kerna sepanjang 20 tahun hidup ni, ini kali pertama aku jejakkan kaki makan kat Sushi King ni. Hehehe. Almaklumlah, nak makan guna duit sendiri tak mampu. So, bila orang nak belanja, kita ikutkan sajalah.
Sushi ni sushi paling awal diorang ajak aku makan. Best jugak rasanya. Sila jangan tanya sushi ni nama apa ya sebab aku tak pernah tau pun. Haha. Mula2 tu diorang ingat aku tak makan sushi, padahal sushi dekat Jusco, Carrefour tu selalu ja aku makan, hekhek. Bila dah masuk sini, barulah aku tau yang sushi sushi yang berjalan kita nampak tu ada harganya yang tersendiri di pinggan tu. Setiap satu pinggan ada warna masing2 dan setiap warna tu wakili satu harga. Yang aku ingat, warna pink , harga rm4.00 sepinggan. Ada 4 warna pinggan jika tak silap aku.
Ok, yang atas ni kiranya macam menu utama lah untuk malam tu. Sedap sangat, aku bagi 10 markah untuk hidangan ni ! Hahaha. Aku suka sangat texture ayam dia, telur dia, nasi dia. Alhamdulillah, aku sangatlah dan teramat kenyang semalam ;) Terimakasih sebab belanja, kalau tak sampai bila pun taktau bila dapat rasa, hehehe.
Lepas dah makan2 semua, bila pergi bayar, tengok bil, tiba tiba tertelan air liur, dalam hati kata " wuuu, banyak jugak makan malam ni, hahaha. " Itulah main ambik saja kan, hehehe. Alhamdulillah ;)
Tapiii, tak habis lagi tu ni. Habis makan dekat Sushi King, diorang nak pergi Starbucks pula. Yey me ! Dapat belanja lagi. Hahaha. Murah rezeki. Syukur ;) Terimakasih kakak2 kesayangan sekalian. Sayang semuanya. Oh btw, ini pun kira first time aku minum dan jejak Starbucks ni, selama 20tahun hidup. Syukur pada Allah, dikurniakan mereka yang baik hati belanja aku semalam. Terimakasih Kak Darina, Kak Umi, dan Kak Iqa. Jumpa lagi insyaAllah jika panjang umur ;)
posted from Bloggeroid
0 ulasan:
Catat Ulasan