Rabu, 26 Mac 2014

Enjin kapal terbang Malindo Air terbakar . .



Belum habis tentang isu #MH370 yang melanda negara kita, harini kita dikejutkan lagi dengan berita yang juga melibatkan syarikat penerbangan iaitu Malindo Air.

Flight OD 1804 yang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari Subang dikatakan mengalami enjin terbakar selepas 5-7 minit berlepas dari lapangan terbang. Engin di sebelah kiri kapal terbang dikatakan terbakar apabila disedari oleh salah seorang penumpang yang berada di dalam pesawat itu.

Juruterbang mengambil keputusan untuk berpatah balik ke lapangan terbang selepas dimaklumkan mengenai hal ini. Pendaratan cemas dilakukan, dan kesemua penumpang dilaporkan berada di dalam keadaan yang selamat termasuk anak kapal.

Pesawat yang membawa muatan seramai 49 penumpang dan 4 anak kapal kemudiannya dipindahkan ke pesawat yang lain untuk diterbangkan ke Kuala Terengganu. Mereka tiba di sana lebih kurang pukul 11.30pagi tadi.

Sebahagian penumpang, yang merupakan pemain bola sepak Terengganu melahirkan rasa syukur kerana tiada apa2 buruk yang berlaku.

Sama2 kita doakan agar Allah permudahkan segala urusan syarikat penerbangan yang lain, agar penumpang dan anak kapal dalam penerbangan yang lain senantiasa selamat. InsyaAllah, amin

Dan moga Allah permudahkan juga urusan pasukan penyelamat dalam mengenalpasti serpihan2 yang dikatakan dikaitrapat dengan MH370. Amin.


posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM