Friday, January 31, 2014

Selamat merehatkan diri.

Assalamualaikum selamat malam

Alhamdulillah, harini cutiiiii ! Phewww, sangat best dapat berehat lama lama harini. Bayangkan dah 4 hari lebih aku tiduq tak cukup gara2 sibuk yang amat sangat. Bila dah cuti harini, memang aku qada' habis tidoq aku yang tak cukup tu, hahaha.

Tapi, satu benda yg tk bestnya, sebab aku tak berapa sihat. Batuk dengan demam selsema. Memang peluang sungguh lah bila dapat satu pakej ni, tiduq lagilah best yang amat, hikhik.

Sampai petang jugak aku berehat, lepas Asaq aku dah aktif balikkk, sebab kawan lama ajak pi pasar malam dekat Bertam Perdana, hehe. Borong sakan jugak kat sana sebab lama tak pi kan. Balik makan sekali ramai2 dengan family. Best sebab dapat jumpa member2 lama, sembang2 lagi, haha

Lepastu lepas Maghrib pulak mak ajak pi Aeon Big. Nak teman kakak pi beli barang. Asalnya nak teman kakak saja, tapi last2 aku yang memborong sakan, memang habis lah duit aku seh. Tak sanggup rasa masa nak keluarkan duit tu, tapi aku memang dah teringin sesangat benda ni, nak tknak aku beli sajalah. Baru pendam takmau cucuk duit dah sebab duit dah tak banyakkkk, takut tkleh nak tampung sebelum start kerja nanti, wuwuwu. Takpelah, berkorban sikit demi benda yang aku nak, hahaha. Bukan selaluuu berbelanja.

Demam yang semakin nak kebah bertambah demam lepas shopping td, muehehe. Memang tekad dah takmau shopping2 lepasni, cukuplah barang dah beli banyak2. Tunggu kerja nanti baru nak shopping2 lagiii.

Ok, penat dah merapu kat sini, nak rehat pulak, esok nak fokus buat report FYP pulakkk, wiwiwi.





posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA