Isnin, 20 Januari 2014

Lemas Teluk Bahang : Mangsa terakhir ditemui.



Alhamdulillah, setelah hampir 48jam hilang di lautan akan dibawa arus ombak yang kuat, mayat mangsa terakhir, Ku Ilyas berjaya ditemui kira2 pukul 4.17petang tadi kira2 3.4km dari lokasi kejadian dia dilaporkan lemas.

(Berita selanjutnya boleh baca di SinarHarian.com)

Tahniah untuk pasukan penyelamat atas usaha gigih untuk mencari dan menyelamatkan kesemua mangsa yang terlibat dalam kejadian lemas di Pantai Kerachut, Teluk Bahang ini.

Dan takziah dari kami untuk keluarga mangsa yang terlibat. Semoga kuat dan tabah hadapi semua dugaan ini. Siapa sangka bukan, tujuan ke sana untuk berseronok, akhirnya sampai meragut nyawa. Sudah ketentuan Allah, tiada siapa dapat menghalangnya bukan.

Tiba2 terdetik, kalaulah group kami yang terlibat, macam mana lah kan. Astaghfirullah. Teringat kata2 seorang dari kami, "Ajal tu memang dekat dengan kita, dalam satu kawasan yang sama, Allah pilih mereka untuk menghadapNya dan bukan kita. Allah nak tunjuk dekat kita, jangan terlampau leka dengan keasyikan duniawi. Sama2lah kita muhasabah diri." Insaf sangat rasa, wuwu

Untuk berita yang lain2, boleh rujuk juga di SinarHarian.com













posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

1 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum alyaa...al-fatihah buat mangsa yg terkorban dah ajal mereka agaknya Allah lebih syg mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM