Selasa, 28 Januari 2014

Ikhlaskan hati.

Assalamualaikum, selamat malam.

Bila sebut pasal ikhlas ni, memang susah nak diceritakan. Sebab nak timbulkan rasa keikhlasan, tambah2 bila bab2 kerja ni, selalu macam berat sikit kan.

Aku tau, sebab aku pun pernah alami. Bila rasa tak ikhlas tu, mesti nak bentak bentak sangat dalam hati ni, dan hasil yang dapat pun memang tak memuaskan. Tak percaya, cuba buat sendiri. Hehe, (tak digalakkan ya kawankawan).

Sebaliknya yang jadi bila kita kerja dengan ikhlas, niat yang betul, mesti semuanya akan jadi yang terbaik kan. Aku ni pun bukanlah baik sangat, rajin sangat tapi taksalah nak bagi nasihat jugak kan. Hekhek

Aku pernah alami, pernah berada dalam keadaan ikhlas dan tak ikhlas ni tambah2 bila bab2 kerja lah kan. Bab2 lain tu insyaAllah aku tak kisah mana sangat, haha.

Bila aku bandingkan dalam kedua2 keadaan nyg pernah aku lalui, timbul rasa sedar akan pentingnya ikhlas hati dalam setiap tugasan dan kerja kita. Ya, masa mematangkan aku, kehidupan di luar banyak mengajar aku. Kerna itu aku cepat sedar.

Alhamdulillah, timbulnya rasa kemanisan itu bila ikhlas hadir dalam diri, buat kerja pun rasa nak senyum2 sepanjang hari, rasa lapang dada sangat2. :) Rasa nak memberontak takmau kerja pun takdak.

Dan, InsyaAllah, bila sampai satu masa nanti, aku juga kepingan rasa kemanisan yang paling utama iaitu KEMANISAN IMAN. Masih cuba ke arah itu, dan dengan izin Allah, aku tahu aku mampu kecapi. Amin, :)

Moral for today : Ikhlaskan hati dalam setiap perkara yang kita lakukan, kerna hasilnya kelak kadangkala mampu berada di luar otak fikiran kita.





posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM