Thursday, September 27, 2012

Studyyy week alreadyyy begin and yeahhhh me gonna have hectic week !






Assalamualaikum dan selamat malam ! Harini dah pun 27 September 2012. Maknanyaaa tinggal beberapa hari sahaja lagi aku akan menghadapi final exam Semester 3. Oh, takuttttnyaaaaaaaaaaaaaaaa.. T____T

Minggu studyy week aku kalini aku kat kolej. Balik dari Ahad haritu lagi. Tapi, sekarang ni aku ada kat rumah balik. Haha. Tak tahan doe duk kat sana, macam2 jugak la dugaan yang melanda. Well, studyy pulak kadang kadang sampai pukul 2, 3 pagi. Gigih sikit sem ni, nak bagi dapat elok kan. Hehe.

So, mulai saat aku taip ini aku akan umumkan yang aku akan berhenti blogging buat sementara untuk fokus kepada study aku. Aku bukan pelajar yang hebat dan pandai, jadi kenalah studyyy hard sikit. Aku ingin sekali beri kejayaan kepada kedua dua orang tua aku. Aku nak mereka senyum tengok result aku.:)

Kepada semua, aku mohon maaf andai setiap entry aku ada terkasar bahasa, tersalap kata atau dan sebagainyaaa. Doakan kejayaan aku dan rakan2 dalam peperiksaan akhir kalini. Terima kasih. :')






Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, September 22, 2012

Selamat hari Malaysia dan Selamat hari lahir, Alyaa. - 16 September 2012



Alhamdulillah, arini dah masuk 22 September 2012. Dan kini aku dah pun berusia 19tahun 7hari. :) Bersyukur kerana masih dipanjangkan umur hingga saat ini. Mungkin tiada apa yang ingin dikongsikan cumanya macam biasa dapat ucapan ucapan hari lahir dari rakan rakan semua. :) Terima kasih ye semua. Terharu sangat. Yang best sikit tahun ni dapat kek sebijik ! Yeahhhh. Dah besar pun dapat kek. Hehe. Thanks to my parents.. :) 


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Monday, September 17, 2012

Suntikan HPV dos PERTAMA.


Alhamdulillah, aku telah selamat menerima suntikan HPV pada 13 September 2012. Sehari selepas kejadian kebakaran di rumah wan. Mulanya malas jugak nak gerak ke sana, sebab terlampau letih kan. Tapi dah orang panggil jugak, kita pun pergi jugaklah. Tapi masa aku sampai tu, orang dah habis suntik dah. Kiranya student perempuan dari UiTM semua dah disuntik la. Aku jadi orang terakhir. Hehe. 

Nasib baik kejap je suntikan tu~ Sakit tak? Biasa biasa saja. Cuma lepas kena suntik tu, tangan yang disuntik akan jadi lumpuh sekejap la. Sebabnyaa tangan akan rasa lenguh semacam. Takleh nak buat atau angkat benda benda berat. Aku pulak lepas suntik terus drive kereta balik rumah, fuhh memang terseksa jugak lah nak drive guna tangan kanan ja. Tapi aku gagahkan juga.


Oh, yang bestnyaaa.. Aku ni KIDAL. Lepastu kena suntik tangan belah kiri. Aduuuuh, memang tahan jelah sebab memang kena menulis jugak kan. Alhamdulillah, sampai harini masih tiada kesan yang teruk teruk menimpa aku. Syukur. (:

Kad temujanji untuk yang seterunyaaa.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, September 15, 2012

Sekitar Kebakaran 12 September 2012. :'(

Musnah dan hangus terbakar. :'(
Bumbungg habiss.
Dapur
Habis semua barang. Takdapat diselamatkan. :(

Kawasan lepak maklang

Atas rumah

Tangga dapuq.

Bilik.

Bahagian luar rumah
Bahagian dapur dan ke belakang, 

Bahagian atas dekat bilik maklang. 

Bahagian atas rumah. 



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rumah Wan di Kampung Terbakar. :'(

Assalamualaikum dan selamat petang.

Sesungguhnya, malang itu memang tidak berbau. Begitulah nasib yang menimpa kami sekeluarga baru baru ini. Pada tanggal 12 September 2012 kira kira 415pm, rumah wan di Kampung Permatang Bertam, Kepala Batas telah musnah dan hangus dijilat api dalam sekelip mata sahaja. Serius, sampai saat aku menaip ini, 15 September, rasa macam tak percaya yang rumah wan dah takda. Dah hilang dibawa angin lalu. Kalini, dugaan Allah begitu besar buat kami sekeluarga. Sungguh tak diduga, sungguh tak disangka. Namun, kami bersyukur yang wan dan ahli keluarga yang lain selamat walaupun banyak harta benda yang tak dapat diselamatkan buat masa tu. 

Tidak ku duga, begini pengakhiran rumah wan. :'(

Sebenarnya aku nak buat entry ni masa hari kejadian lagi, namun tidak berdaya masa tu. Ditambah dengan bantuan dan sokongan yang diperlukan masa tu. SubhanaAllah, aku terkejut masa terima berita ni. Sebabnya masa hari kejadian, aku ke kampus Bertam untuk selesaikan speaking test aku yang aku bagitau dekat entry sebelum ni kan. Lepas habis speaking test, terus balik rumah sebab mak nak bawak abah ke klinik. Abah demam teruk hari tu. Jadi terpaksa aku jadi driver sementara bawak abah ke klinik. Lagipun, dah tanggungjawab seorang anak kan untuk bantu parents sendiri. Bersyukur juga aku ada masa tu, kalau tak mesti malam tu baru nak ke kliniknya. Huhu. Lepas ke klinik, aku ke pejabat pos untuk renew road tax kereta Avanza dan motor abang aku tu. Lenguh kemain tunggu situ. Nasib baik sempat selesai jugak petang tu. Dek kerana keletihan terlampau dari pagi lagi keluar, aku pun terlelap kat rumah. Lebih kurang pukul 6 petang, adik aku kejutkan aku cakap rumah wan terbakaq. Masa tu, rasa lembik dah lutut. Dalam keadaan mamai, aku tanya betui ka? Rupanya mak aku ada telefon aku pukul 4 lebih selepas dimaklumkan berita tu, cumanya aku yang tak sedar. 

Keratan akhbar Metro 
Selepas solat Asar dan siap siap, terus aku bawak abah dan adik aku ke rumah wan. Masa ni, aku panjatkan syukur kepada Allah sebab aku dah boleh dan mahir bawak kereta. Kalau tak, mesti keadaan jadi lagi kelam kabut. Masa sampai tu, api dah selamat dipadamkan. Memang rasanya dah tak nampak rupa rumah masa tu. Huhu. Kami sampai sana pun, dah takleh nak buat apa dah. Semuanya dah jadi abu. Terus pergi jmpa maklang dan wan. Semua orang masih dalam keadaan terkejut. Alhamdulillah, semuanya selamat. Apa2pun, harta boleh dicari. Namun, nyawa tiada galang gantinya. Walaupun sampai sekarang sayu je tengok rumah tu masa dok buat kemas kemas dan buang barang -barang yang terbakar tu, tapi apa boleh buat. Semuanya dah ditentukan. Kami sekeluarga terima ujian ini dengan kuat dan tabah. Moga ada hikmah di sebalik apa yang berlaku ini. 

Doakan kami supaya dilindungi dari malapetaka yang lain okey? Dan semoga adalah bantuan dari luar untuk membantu wan dan maklang kerana sekarang memang mereka tinggal sehelai sepinggang. Tiada baju dan harta benda lain. Huhu. 

Rumah yang hanya tinggal kenangan. 

Wan yg mengenakan pakaian hasil sumbangan orang kampung. (:
p/s: Gambar yang lain akan menyusul kemudian. Bersama dengan video kebakaran pada hari tersebut. :'(


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tuesday, September 11, 2012

Minggu yang agak super sibuk !

Yeaaaaaaaahhh. Dah lama jugak la tak update blog ni. Kalau dulu, sehari tak update, rasa tak tenteram. Tapi sekarang , bila dah super sibuk, aku dah tak berapa nak fikir sangat dah semua ni. Aku hanya aktif di twitter dan FB dan lebih hebat aktif di twitter. 

Walaupun sekarang ni aku ada kat rumah dengan kelajuan internet yang agak superb, namun bila mengenangkan kesibukan yang melanda sejak akhir akhir ini, maka aku jadi tak tenang nak bukak latptop dan update blog. Hewhew~ 

#Mr Google#


Oh, malam ni pun curi curi je update ni sebab alang alang bukak laptop untuk selesaikan assignment yang tertunggak, tiba tiba terlintas nak update blog. Hehe. Well, minggu ni memang aku agak super sibuk dan super stresssssss ! Banyak benda yang berlaku, padahal hari ni baru hari Selasa. 

Isnin, iaitu semalam. Niat asalnya nak puasa dan memang dah puasa pun. Tapi, akibat sakit yang melanda dan atas nasihat mak, aku terpaksa bukak puasa jugak. Sebab muka dah pucat teramat masa tu, dengan bibir kering lagi. Drive pun taklarat nak pegang stereng. Asyik nak marah marah ja masa tu. Huhu. Masa jawab test lagilah, tak tenteram duduk. Soalan senang pun tak dapat nak jawab. Sedih jugaklah. Memang kemurungan kejap lepas tu. 

Dan alhamdulillah, lepas berbuka puasa aku dah semakin pulih. Pulih yang agak biasa lah. Rasa pedih tu ada lah jugak. Huhu. Lepas tu, harini pulak. Hari Selasa, ada test PHC 214. Yang sangat dan terlampauuu lah susah bagi aku dan jugak mereka. Stresssssssss teramat tau tak ! Huhu.

Oklah, nak update tu je. Nak sambung studyyy pulak. Jumpa lagi nanti. Btw, esok aku ada speakiing test. Doakan aku keyhh. Hehe. Babai~

#Mr Google#


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Friday, September 7, 2012

Saya sudah dapat kata kata semangat saya ! Yeayy !


Be the best and beat the rest ! Yeahhhh ! And never underestimate people surround you.

Kenapa kata kata semangat macam ni? 

Sebab aku seringkali rasa lemah semangat sejak akhir akhir ini. Tambah tambah bila final exam dah dekat. Huhu.

Never underestimate? Sebab orang selalu memandang rendah pada diri yang serba kekurangan ini. Hukhuk.

Btw, thanks FizGraphicdotcom. Hehe. :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Tuesday, September 4, 2012

SEGMEN : Kata-Kata Semangat Saya


Lama rasa tak join segmen. Lagipun, tak dak mood nak buat entryy. Saja curi curi masa kejap nak join segmen ni.

Nickname: Alyaa

Kata kata semangat : 

1) Jangan berhenti berusaha selagi belum sampai pengakhirannya. Berusahalah sehabis baik kerana kejayaan pasti menjadi milik kita suatu hari nanti.

2) Be the best, and beat the rest. And Never underestimate people surround you.

3) D.U.I.T= Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakal. Itulah yang terbaik dalam semua perkara. InsyaAllah. 

Tag :



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Saturday, September 1, 2012

Bergerak ke Kuala Lumpur.

Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk melawat kakak serta menguruskan hal di sana. Doakan perjalanan kami. Semoga selamat pergi dan selamat pulang. :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM