Sabtu, 15 September 2012

Rumah Wan di Kampung Terbakar. :'(

Assalamualaikum dan selamat petang.

Sesungguhnya, malang itu memang tidak berbau. Begitulah nasib yang menimpa kami sekeluarga baru baru ini. Pada tanggal 12 September 2012 kira kira 415pm, rumah wan di Kampung Permatang Bertam, Kepala Batas telah musnah dan hangus dijilat api dalam sekelip mata sahaja. Serius, sampai saat aku menaip ini, 15 September, rasa macam tak percaya yang rumah wan dah takda. Dah hilang dibawa angin lalu. Kalini, dugaan Allah begitu besar buat kami sekeluarga. Sungguh tak diduga, sungguh tak disangka. Namun, kami bersyukur yang wan dan ahli keluarga yang lain selamat walaupun banyak harta benda yang tak dapat diselamatkan buat masa tu. 

Tidak ku duga, begini pengakhiran rumah wan. :'(

Sebenarnya aku nak buat entry ni masa hari kejadian lagi, namun tidak berdaya masa tu. Ditambah dengan bantuan dan sokongan yang diperlukan masa tu. SubhanaAllah, aku terkejut masa terima berita ni. Sebabnya masa hari kejadian, aku ke kampus Bertam untuk selesaikan speaking test aku yang aku bagitau dekat entry sebelum ni kan. Lepas habis speaking test, terus balik rumah sebab mak nak bawak abah ke klinik. Abah demam teruk hari tu. Jadi terpaksa aku jadi driver sementara bawak abah ke klinik. Lagipun, dah tanggungjawab seorang anak kan untuk bantu parents sendiri. Bersyukur juga aku ada masa tu, kalau tak mesti malam tu baru nak ke kliniknya. Huhu. Lepas ke klinik, aku ke pejabat pos untuk renew road tax kereta Avanza dan motor abang aku tu. Lenguh kemain tunggu situ. Nasib baik sempat selesai jugak petang tu. Dek kerana keletihan terlampau dari pagi lagi keluar, aku pun terlelap kat rumah. Lebih kurang pukul 6 petang, adik aku kejutkan aku cakap rumah wan terbakaq. Masa tu, rasa lembik dah lutut. Dalam keadaan mamai, aku tanya betui ka? Rupanya mak aku ada telefon aku pukul 4 lebih selepas dimaklumkan berita tu, cumanya aku yang tak sedar. 

Keratan akhbar Metro 
Selepas solat Asar dan siap siap, terus aku bawak abah dan adik aku ke rumah wan. Masa ni, aku panjatkan syukur kepada Allah sebab aku dah boleh dan mahir bawak kereta. Kalau tak, mesti keadaan jadi lagi kelam kabut. Masa sampai tu, api dah selamat dipadamkan. Memang rasanya dah tak nampak rupa rumah masa tu. Huhu. Kami sampai sana pun, dah takleh nak buat apa dah. Semuanya dah jadi abu. Terus pergi jmpa maklang dan wan. Semua orang masih dalam keadaan terkejut. Alhamdulillah, semuanya selamat. Apa2pun, harta boleh dicari. Namun, nyawa tiada galang gantinya. Walaupun sampai sekarang sayu je tengok rumah tu masa dok buat kemas kemas dan buang barang -barang yang terbakar tu, tapi apa boleh buat. Semuanya dah ditentukan. Kami sekeluarga terima ujian ini dengan kuat dan tabah. Moga ada hikmah di sebalik apa yang berlaku ini. 

Doakan kami supaya dilindungi dari malapetaka yang lain okey? Dan semoga adalah bantuan dari luar untuk membantu wan dan maklang kerana sekarang memang mereka tinggal sehelai sepinggang. Tiada baju dan harta benda lain. Huhu. 

Rumah yang hanya tinggal kenangan. 

Wan yg mengenakan pakaian hasil sumbangan orang kampung. (:
p/s: Gambar yang lain akan menyusul kemudian. Bersama dengan video kebakaran pada hari tersebut. :'(


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

2 ulasan:

Unknown berkata...

sad to hear .. semoga tabah menghadapi ujian ini. Apa punca kebakaran ni?

syukur la tiada nyawa terkorban~

MeiNa berkata...

Alhamdulillah tade yg terkorban . hm , dulu arwah pakcik rumah terbakar kat klang . balai bomba kat sebelah je , tak datang sebab dia cakap kena buat laporan dulu . habis , tinggal sehelai sepinggang .

tengok rumah wan akk tu macam cantik la :O sayangnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM