Alhamdulillah, aku telah selamat menerima suntikan HPV pada 13 September 2012. Sehari selepas kejadian kebakaran di rumah wan. Mulanya malas jugak nak gerak ke sana, sebab terlampau letih kan. Tapi dah orang panggil jugak, kita pun pergi jugaklah. Tapi masa aku sampai tu, orang dah habis suntik dah. Kiranya student perempuan dari UiTM semua dah disuntik la. Aku jadi orang terakhir. Hehe.
Nasib baik kejap je suntikan tu~ Sakit tak? Biasa biasa saja. Cuma lepas kena suntik tu, tangan yang disuntik akan jadi lumpuh sekejap la. Sebabnyaa tangan akan rasa lenguh semacam. Takleh nak buat atau angkat benda benda berat. Aku pulak lepas suntik terus drive kereta balik rumah, fuhh memang terseksa jugak lah nak drive guna tangan kanan ja. Tapi aku gagahkan juga.
Oh, yang bestnyaaa.. Aku ni KIDAL. Lepastu kena suntik tangan belah kiri. Aduuuuh, memang tahan jelah sebab memang kena menulis jugak kan. Alhamdulillah, sampai harini masih tiada kesan yang teruk teruk menimpa aku. Syukur. (:
Kad temujanji untuk yang seterunyaaa. |
0 ulasan:
Catat Ulasan