Wednesday, August 29, 2012

Kuliah telah bermula kembali !

Raya tak puas lagi. Dah kena masuk kuliah balik. Aish, jangan mengeluh ya. Dah lumrah sebagai seorang pelajar bukan. Well, minggu ni aku masih lagi di rumah walaupun kuliah telah bermula. Bukannya taknak balik kolej, tapi dah alang alang rumah dekat dengan kampus daripada kolej, so minggu ni aku prefer untuk stay di rumah dulu, dan ulang alik ke kelas dari rumah. Nasib lah abah dan mak memahami kehendak hati anak mereka ini. HAHA.


Bila kuliah bermula, yang bestnyaa bila dapat jumpa balik kawan kawan satu batch selepas dua minggu bercuti raya. Yang tak bestnyaa, bila dapat markah test test yang dijawab sebelum raya haritu. Aish, part ni yang eden lomah sikit ni. Sebab tahu, tak perform dengan baik masa test tu. Dan sememangnyaa, firasat aku tak pernah yang salah setakat ni. Aku dapat markah teruk sangat wehh. Malu rasa dengan diri sendiri. Aku rasa macam aku takpernah belajar apa apa, padahal pulun kemain lagi. Ermmm.. Mungkin bukan rezeki aku kan buat masa ini, so aku cuba untuk pasrah. 
Dan dengan ni, aku dah bertekad ! Untuk buat yang terbaik lagi masa test 2 yang akan datang tak lama lagi dan juga FINAL EXAM yang tak sampai sebulan sahaja lagi. Oh, lemah rasa lutut lutut ni. Tak percaya yang semester 3 akan berakhir tak lama lagi. Kadang kadang terfikir, bersediakah aku untuk FINAL EXAM kali ni? Ermmmm. Berserah dan pasrah serta tawakal je dengan apa yang akan berlaku nanti. Semoga semuanya baik baik belaka. 

Aku juga akan jadi anti social bila nak deactivate semua network socials lepas ni termasuklah blog. Mungkin ambik masa untuk seorang yang tegar internet macam aku ni. Tapi, aku cuba slow2 dulu. Blog aku mungkin lah akan terabai sikit lepas ni. Macam biasalah kan. HAHA. Tapi, aku kena update pasal Syawal di Perak lepas ni sebelum officially deactive blog. InsyaAllah, nanti akan ku update. So, babai. Nak muhasabah diri lagi. Hehe.



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA