Isnin, 6 Ogos 2012

Beliau masih kebanggaan kami. :') Tahniah Dato Lee Chong Wei.


Assalamualalaikum dan selamat malam

Berlalu sudah debaran perlawanan akhir perseorangan lelaki bagi merebut pingat EMAS di Olimpik London 2012. 

Seperti yang diketahui umum, Dato Lee Chong Wei tewas di tangan Lin Dan dengan 21-15,10-21,19-21 pada perlawanan malam ini. Jelas kelihatan muka kekecewaan di wajah Dato Lee Chong Wei sewaktu penyampaian hadiah seperti dalam gambar di atas.

Dan, rasanya air mata lelaki beliau tumpah dek kerana kekalahan ini. Aku, tengok live dekat TV, berteriak, bersorak dan sebagainya. Aku tengok betapa gigihnya beliau dalam perlawanan malam ni. Berusaha sehabis baik untuk menang, namun semua dah ditakdirkan.

Bagi siapa yang tengok masa rubber set tu, time 20-19 points, masa ni DLCW tetap usaha nak naikkan points supaya dapat setaraf dengan Lin Dan. Masa ni aku dah dapat rasakan yang DLCW akan kalah. Bukan mendoakan, cuma situasi masa tu kuat menyatakan begitu. 

Dan saat bulu tangkis tu OUT, yang mana meletakkan Lin Dan sebagai pemenang pingat emas, terduduk DLCW di gelanggangnyaa. Terduduk tidak bergerak, sampai jurulatih datang dan menenangkan beliau. Aku masa ni, memang tak tahan dah ayaq mata. Rasa sayu semacam ja. Taktaulah pasaipa. Mungkin dapat rasa apa yang DLCW rasa kot. Kihkih.

Namun begitu, aku tetap berbangga dengan DATO LEE CHONG WEI kerana mampu meletakkan Malaysia sampai tahap begini. Aku tetap berbangga sebabnya beliau kalah dengan begitu bermaruah sekali. Dan sebagai rakyat Malaysia, semestinya kita juga berbangga dengan beliau atas pencapaian ini. 

Apa yang aku perasan, dengan sukan ni, kita dapat tengok yang seolah-olah rakyat Malaysia bersatu padu dan unite untuk sama-sama dengan DLCW. Itu sesuatu yang baguss.

Apa-apapun, TAHNIAH sekali lagi kepada DLCW atas kejayaan mendapat pingat perak untuk perseorangan lelaki di Olimpik 2012.



-sumber gambar: Facebook dan Twitter-


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

1 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum Nurul...tahniah buat DLCW...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM