Thursday, August 16, 2012

Gonna miss you, Ramadhan. :'(


Malam ni dah masuk 28 Ramadhan. SubhanaAllah. Kejapnyaa aku rasa. Pejam celik pejam celik dah nak berakhir Ramadhan kalini. Entahlah, rasa macam sayu sikit bila nak habis bulan puasa ni. Mungkin risau tidak ketemu lagi Ramadhan akan datang. :'( Manalah tahu, umur tak panjang kan. Wallahualam. Harapnya masih berkesempatan untuk bertemu Ramadhan akan datang. InsyaAllah.

Harini dah hari Khamis, maknanya tinggal beberapa hari saja lagi sebelum Hari Raya Aidilfitri. InsyaAllah, harapnya Aidilfitri kalini membawa seribu satu makna buat kita semua terutamanya bagi mereka yang akan merayakan raya tahun ni tanpa orang tersayang di sisi. Sayu pulak rasa taip entry kalini sebab tiba2 teringat dekat dua orang kawan satu course kat UiTM yang telah kehilangan ibu tersayang mereka. Tak tahu macam mana keadaan mereka raya nanti. Hanya mampu berdoa agar Allah permudahkan urusan mereka dan mohon agar mereka diberi kekuatan untuk teruskan hidup. :')

Kepada mereka yang masih mempunyai kedua dua ibu bapa, hargailah mereka selagi boleh. Aku pun banyak ambil pengajaran atas apa yang terjadi kepada rakan2 aku selama ni. Insaf rasanya. Aku bersyukur ibu bapa aku masih ada di sisi aku kala ini. Dan aku berdoa agar mereka terus berada di sisi aku masa aku berjaya kelak. Amin~

sumber gambar : Facebook


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

4 comments:

Anonymous said...

Ye laa..sedih woo ramadhan dah nak pi....sedih gak teringat kat si h*f*z member kita tu..Cik Alya, sapa lg sorang yg tu? Akhir kata, awas....anda diperhatikan Cik alya....hahaha...

Kuntilanak bertam

AlyaaIBH said...

@Anonymous

aish, rajin pulak kuntilanak bertam ni comment ye. dah takde keje ke? haha. oh, sorang lagi tu Farahin. budak kelas A.

Anonymous said...

Bila? Awat cheq tak tau....dia ok ka?

AlyaaIBH said...

@Anonymous

masa cuti semester around bulan 5 tu. mmg ramai yg taktau. tp dlm blog ni ada diceritakan. luarannya nmpak okey, tp dlm tak siapa yg tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA