Saturday, July 7, 2012

Kemenangan milik kami. :)


Alhamdulillah, setelah berhempas pulas sini dan sana, cuba buat balingan yang terbaik, akhirnya Fakulti Farmasi berjaya meletakkan diri di tempat yang sepatutnyaa. :) Syukur sangat2 sebab team bowling wanita iaitu aku dengan Amni, player kebangsaan dapat mengharumkan nama farmasi bila kami dapat tempat kedua dalam perlawanan ni. Dan semestinyaalah Amni yang banyak score dalam game kalini. Aku? Kurang sikitlah score sebab aku injured. Bila tukar plaster, jari aku jadi lain macamm je. Tapi still dapat score macam biasa. Oklah tu kan. Sayang aku takdapat score masa game dua dan tiga. Masa ni, aku dah tukar plaster, so rasa lain teramat masa nak baling bola tu. Uhuk3.

Apa-apa pun, aku rasa bersyukur sangat sebab dapat jugak mengharumkan nama fakulti kami yang sering kali dilupakan. Sobs3. Bowling boleh juga dikatakan antara sukan yang diharapkan dapat membawa sinar kepada fakulti dah akhirnya, kami berjaya membuktikan yang kami juga boleh. Sukan-sukan lain, mungkin takde rezeki. Tetapi, boleh dikatakan peserta dari fakulti Farmasi dapat bermain dengan baik sekali. Serius, tak tipu. Jangan risau, walaupun takdapat hadiah, tapi kalian semua dapat sumbang mata tau. Sebelum keputusan sukan bowling tadi, Fakulti kami berada di kedudukan ke 4. Mungkin dengan keputusan bowling ini, dapat menaikkan sedikit kedudukan fakulti kami, insyaAllah.

Bola baling wanita juga berjaya dapat naib juara, sama seperti kami. Syukur, alhamdulillah. Sebenarnya kan, kejayaan team bola baling inilah yang menjadi pembakar semangat kami sedikit sebanyak. Memang dari awal lagi kami aim no 2 sebab kami bukanlah atlet KARISMA macam wakil dari Fakulti Mekanikal yang mendapat johan dalam acara bowling dan juga acara-acara yang lain. Haha. Jadi, usaha kami mengena.

Cumanya aku kecewa sikit bila team lelaki hanya dapat tempat ke 4. Sebabnya, aku rasa diorang main memang tiptop, kalahkan aku kot. Tapi, okey je sebab beza mata diorang dengan tempat ke 3 hanyalah 8 jatuhan pin. So, apa2pun, aku masih bersyukur. Alhamdulillah. 

Oklah, yang itu je nak cerita. Nak berkongsi keseronokan. :) Oh ya, esok pagi akan diadakan perlawanan bola jaring, badminton dan pingpong. Harapnya, diorang dapat sumbang mata lagi pada fakulti. InsyaAllah, amin. Buat yang terbaik ye korang? Hehe...




p/s: kejayaan ini sedikit sebanyak dapat menepis pandangan orang-orang sekeliling yang menyatakan kami pelajar farmasi hanyalah bermain dengan buku. haha. (walaupun kenyataan ni agak benar. hehe..)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

2 comments:

deno said...

wah! deno tak pandai main... huhu T_T

maszull said...

assalamualaikum Nurul...tahniah2 yer menang bowling tu...;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA