Selasa, 10 Julai 2012

Kempen Derma Darah Anjuran SOPHYS ! ^__^

Assalamualaikum dan selamat petang. 

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah sebab masih benarkan dan izinkan kita untuk menghirup udara segar pada hari ini tak kira walau di mana kita berada. Oh ya, rasa macam dan lama tak update blog. Sibuk sangat dah sekarang ni. Hehe. Quiz, assignment dan test datang tanpa henti. Tak masuk dengan program-program yang ada lagi. Fuh, penat jugak jadinyaa. Aku pun taktau kenapa jadinya tiba-tiba sem ni aku jadi aktif semacam ja dalam aktiviti. Hehe..

So, aku malas nak cerita banyak-banyak. Aku nak cerita apa yang berlaku hari ini sebentar tadi. Sama seperti tajuk di atas iaitu Kempen Derma Darah anjuran SOPHYS ! Syukur ke hadrat Illahi sebab kami dapat menganjurkan Kempen Derma Darah pada kali ni. Setakat tengahari tadi, semuanya masih berjalan dengan lancar. InsyaAllah, harapnya semua akan baik-baik sahaja sampai esok hari. Dan yang bestnya kali ni, aku jadi Urusetia.. Haha. First time kot jadi urusetia event besar2 kat UiTM Permatang Pauh ni. Hehe.


Dan aku jugak sangat sangat bersyukur dengan blood donation campaign kalini sebabnya aku dapat menderma darah buat kali pertamanyaaa. Hehe. Setelah hampir 3 sem aku tunggu nak derma darah, akhirnya kali ni dapat jugak nak dermakan darah. Itupun setelah fikir 4,5 kali. Hehe. Tak rasa sakit mana pun sebabnya aku memang dah biasa dengan jarum jarum ni. Cumanya tak sangka jarum dia tu besaq jugak. Haha. Nasib baik aku tak tengok jarum tu masa dia cucuk. Lepas dah habis semua baru kawan aku teguq aku, kata besaqnya jarum tu. Hehe. Aku saja takmau tengok. Takut takjadi pulak nak ambik darah. Hihi.

Erm, lepas derma darah ni, ada lagi satu lagi program malam ni. Ceramah oleh Imam Muda Fatah. Jadi urusetia lagi jugak. Alamatnya, letihlah harini. Yang pasal ceramah tu, insyaAllah ada kesempatan malam ni aku upate terus. Oklah, sekarang aku nak rehat dulu. Rasa lemah pulak badan. Hoho. Babai..

Goodies Bag dan bukti derma darah, sijil. Hehe.



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

3 ulasan:

haz berkata...

wahhh.. bgsnye derma darah.. kalau haz x brani.. tkot jarum~ >.<

Tanpa Nama berkata...

sue pon baru je derme darah hari tu. 1st time tu agk takut tp , syukurla xde pape..xkan serik utk mderme darah lagi pasni...

ayut berkata...

jauh bnor kat permatang pauh..klu dekat blh pegi jgk time ni.lame dh xderma :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM