Isnin, 9 Januari 2012

Tahniah Dr Ezani.. ^-^

Assalamualaikum dan salam malam semua.

Okey, nampaknya MasterChef Malaysia telah pun melabuhkan tirainya. So, tahniah diucapkan kepada Dr Ezani kerana berjaya dinobatkan sebagai MasterChef Malaysia yang Pertama. Waaa.. nampaknya doktor gigi ini amat berkebolehan ye. Bukan setakat jadi doktor, memasak pun pandai. Kat sini pun dah jelas yang doktor ni multi tasking. Hihi..

Dr Ezani telah berjaya menewaskan pesaing terdekatnya iaitu Wahidan, seorang pekebun. Apa yang Alyaa nak katakan, Wahidan pun tidak kurang hebatnya. Cuma rezeki tidak berpihak padanya pada malam itu. Dr Ezani telah mendapat hadiah sebanyak RM 100,000 dan berpeluang menerbitkan buku masakannya sendiri. Memangggg masyukkk la Dr Ezani malam tu. Tahniah3.

Act sebenarnya memang dah jangka yang Dr Ezani nak menang sebabnya dia selalu maintain prestatsi dia. Dan kalau taksalah jarang masuk ke peringkat penyingkiran malah namanya yang pertama diumumkan untuk ke peringkat Final.


p/s: Follower makin berkurang. =(

Sekian.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM