Isnin, 1 Mac 2021

Ceritera Vaksin COVID-19 dan PKP 2.0

Assalamualaikum dan selamat malam.


Setelah sekian lamaaa baruu ada semangat semula untuk menaip haha biasalah tu semangat tu dah macam chipsmore, sat ada sat takdak. Jadinya time dia tengah nak ada mood ni bolehlah kita update satu entry kt sini harini hehe. 


Seperti tajuk yang tertera di atas, dan seperti yang semua sedia maklum, Vaksin Covid 19 dah pun sampai di Malaysia baru baru ini. Vaksin yang sampai untuk kelompok pertama ini adalah vaksin keluaran Pfizer. Dan seperti pengetahuan semua juga, vaksin fasa pertama ini juga adalah untuk diberikan kepada barisan hadapan “frontliners” yang sudah bertungkus lumus selama setahun lebih lamanya dengan virus COVID 19 ini. Mohon doakan frontliners yang terlibat agar dipermudahkan segala urusan untuk menerima suntikan vaksin ini (termasuk aku juga inshaAllah). Saat entry ini ditaip dan dipublish, Perdana Menteri kita dan Ketua Pengarah Kesihatan KKM juga telah selamat menerima suntikan vaksin keluaran Pfizer ini. Malah, sudah ada beberapa fasiliti yang membuat suntikan pada barisan hadapan mereka. Rakan rakan terdekat aku juga ada yang sudah menerima vaksin ini. Semoga semua yang dah menerima suntikan vaksin ini baik baik sahaja hendaknya dan tiada kesan sampingan yang tidak baik inshaAllah amin, sama sama kita doakan. Moga dengan kehadiran vaksin ini mampu kembalikan sinar harapan yang baik buat negara kita, Malaysia.

 


Sedikit infografik aku sediakan di sini yang diambil dari laman sesawang COVID-19





Pejam celik pejam celik jugak dah masuk bulan Mac, rasa sat sangat masa berlalu kalini. Mungkin disebabkan oleh PKP jugaa. 18 Mac 2021 ni cukuplah setahun sejak PKP 1.0 diperkenalkan tahun lepas. Walaupun ramai yang terjejas, aku mampu katakan yang PKP 1.0 merupakan antara kejayaan KKM sebab dengan buat keputusan untuk PKP, mampu turunkan kes sehingga 0 pada Julai 2020. Waktu tu seronok sangat tengok kes pun satu digit saja, paling tinggi cecah pun tiga angka, itupun dah tak senang hidup semua pihak terlibat. Tapi itulah kita hanya mampu merancang, Allah penentu segalanya. Kita sekali lagi diduga apabila kes naik mencanak selepas aktiviti di Sabah. 


Lambat tindakan yang diambil sehingga membawa kepada tahun baru 2021 dan sehinggalah terhasilnya PKP 2.0 pada tahun ini. Walau asalnya tidak lah kerajaan mahu untuk laksanakan PKP kali kedua ini, namun atas nasihat dari KKM, dituruti juga kerana risau akan kenaikan kes yang berterusan jika tiada sekatan yang dilakukan. Negeri yang sangat terjejas waktu sebelum bermulanya PKP 2.0 ini adalah Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Sabah yang mana masa tu banyak kawasan dan jadi zon merah dan kena terpaksa diisytiharkan sebagai kawasan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan). Untuk pengetahuan, aku juga pernah menjadi antara penduduk yang dikenakan PKPD sewaktu gelombang kedua di Kedah dulu. InshaAllah jika aku rajin lepasni, aku akan sambung dengan entry berkenaan itu pula.


Sebagai salah seorang frontliners, jujurnya memang agak sedikit kecewa bila kes naik mendadak balik. Sebab cuti kami dibekukan. Hari hari berlalu saat yang lain WFH (work from home), kami di bahagian KKM hari hari pergi kerja, hadap jem, hadap roadblock. Tak best pun sebenarnya. Kami sedar akan tanggungjawab yang dipikul cuma kadangkala terdetik la rasa terkilan itu, tanya lah mana mana frontliners yang terlibat terutamanya doktor2 dan misi2 yang terlibat dengan saringan COVID 19, lagi berat tugasan harian mereka. Haha tiba tiba terpanjang pulak entry sebab terbuat luahan perasaan ya hehe. Maaf, sesungguhnya kami juga insan biasa gituu. Ini cerita masa PKP 1.0 lah. Bila masuk PKP 2.0 ni, dah banyak industri yang bukak dan beroperasi macam biasa sebab MOSTI benarkan. Jadinya situasi dah tak sama macam masa PKP 1.0 dulu. Ikut pandangan aku, PKP kalini teruk sikit la sebab kereta banyak dah atas jalan orang kan keluar pergi bekerja kan tapi roadblock dijalankan jadi nyaaaaa akan jadi jem yang super jem haha. Aku bercakap berdasarkan rutin harian kerja aku yang berulang harihari ke tempat kerja laaa hahahaha. 


Rasanya sampai di sini dululah entry untuk kalini. Karang makin lama menaip, makin merapuuuu pulak entry aku kalini hahaha. Besar harapan aku agar Program Imunisasi COVID-19 ini akan berjalan dengan lancar dan mencapai target seperti mana yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  Buat mereka yang masih ragu ragu akan keberkesanan vaksin, rujuk lah pada mereka yang pakar. Ramai yang sudi membantu sekiranya benar kalian mahukan jawapan untuk persoalan kalian. Jangan cepat menghukum, selidik bagi habis dan seterusnya buatlah keputusan yang sebaiknya untuk diri anda dan keluarga anda. Lagipula, tiada paksaan dari kerajaan untuk suntik vaksin ni, pilihan di tangan masing masing cumanya nanti lepasni akan adalah kekangan yang dibuat oleh mana mana pihak yang terlibat untuk memastikan premis mereka tidak menjadi kluster baru dek kerana tidak mengambil vaksin. Setakat ni yang aku dengar pun, kalau tidak divaksin, tidak boleh ke luar negara. Haaaa, untuk kaki travel mesti rasa tak sabar nak buka border kann hehe inshaAllah sekiranya Program Imunisasi ni berjaya kemungkinan besar border akan dibuka semula, ditambah pula sudah banyak negara luar yang sudah pun vaksin rakyat mereka. 




Baikk sampai di sini dulu coretan harini. Jumpa lagi di lain entry, di lain waktu, semoga lebih rajin untuk update entry lain lagi selepas ini. Amin ! :)


Salam sayang,

Alyaa 


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 28 Januari 2021

Fully Registered Pharmacist

Hai, selamat malam.

Kembali lagi bersiaran untuk entry bulan Januari 2021. Jadi, harini sajalah nak buat entry ringkas sempena aku dah pun cukup SETAHUN berdaftar sebagai Ahli Farmasi di Malaysia ni. Baru setahun, leklu banyak dan jauh lagi perjalanan career aku dalam bidang farmasi ni haha.  Patutnya nak publish entry ni waktu cukup setahun baru ni iaitu pada 20 Januari 2021 tapi begitulah kita hanya mampu merancang, bukan?! Hehe..

Alhamdulilah, seperti tajuk entry harini, aku sekarang ni dah pun dapat title sebagai Fully Registered Pharmacist bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) buat masa ini. Buat masa ini la ya, masa depan lepas ni belum tahu lagi di mana haha doakan saya dipermudahkan urusan untuk kerja baruuu ya amin :) Al-maklumlah, kerja bawah KKM sekarang ni, semua skim kontrak kannn, jadinyaaa habis kontrak, langkah kaki keluarlahhh dari KKM ni huwaa sedih takpalah mungkin rezeki di tempat lain, siapa tahu, bukan? Hihi, sama samalah kita doakan yang baik-baik saja.


Sebenarnya, ini adalah antara highlight utama aku laaa untuk tahun 2020 dan antara sebab mengapa aku menghilangkan diri dari dunia blog ni hampir dua tahun haha. Dua tahun weh tinggal kan blog ni, orang sekarang pun dah tak baca dah blog blog ni aku ja masih gigih nak menaip kongsi cerita dekat sini huhu. Kira macam dua tahun aku menghilangkan diri tuuu, setahun setengah yang huru hara adalah disebabkan nak habiskan training PRP ni lah, nak jadi Pegawai Farmasi punya pasal hahaha. Kalau tak habis yang ni sia sia sajalah degree aku yang 4 tahun tuuu gituu. PRP tu macam mana? Haha, nanti ada masa aku kongsi lah pengalaman aku berPRP ni, itu punnn kalau masih ingat (mind you, tak semua orang nak ingat zaman PRP diaa balik haha) dan masih larat menaip panjang2, kalau tidak minta maaf la yer hahha >.< Jadi, doakan lah seorang Alyaa ni rajin buat draft entry untuk zaman PRP dia ni hiks.

Banyak yang aku belajar sepanjang setahun yang panjang ini. Bukan mudah, tambah bagi orang yang tidak lah berapa cerdik macam aku ni hehe cuma kena rajin lah membaca itu ini (ya, masih lagi bertatih). Sebab bagi aku, pengalaman itu adalah guru yang terbaik, tak semua yang kita dapat dengan membaca saja, ada perkara perlu belajar hands-on dan bertemu sendiri dekat pesakit dan penjaga. 

Masih jauh lagi perjalanan aku sebagai Ahli Farmasi yang berdaftar ni. Orang kata baru ‘setahun jagung’ haaaa, gitu perumpamaannyaaa hehe. Aku sekarang sedang berada di dalam kontrak kedua bersama KKM, masih menunggu keputusan samada bersama diserap atau tidak. Tapi tidak lah aku menaruh harapan yang tinggi cuma masih belum bersedia untuk cari pekerjaan baru tambah tambah dengan keadaan pandemik sekarang ni. InshaAllah, aku harap ada rezeki yang lebih baik buat aku dan rakan-rakan sekiranya tidak bersama KKM lagi, amin.  

Rasanya sampai di sini dulu entry ringkas harini. Nama pun entry ringkas, kalau panjang panjang kan lain pulak jadinya HAHA. Sehingga berjumpa lagi di lain entry, gerak duluuuu.

Salam sayang,
Alyaa 


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 6 Januari 2021

Januari 2021 ❤️

Assalamualaikum dan selamat petang,


Setelah sekian lama menghilangkan diri dari dunia blog, akhirnya harini aku kembali menaip, kembali singgah ke sini, tempat di mana aku mencurahkan segala idea dan perasaan aku tanpa di adili oleh orang lain. Rindu tidak terkira namun dek kerana sibuk kan dengan perkara lain, maka terpaksalah aku tinggalkan dunia blog ini buat sementara waktu. Kadangkala ada juga la aku datang jenguk lihat sini kalau kalau ada apa apa yang berubah hehe. Terimakasih buat mereka yang masih sudi lagi singgah di blog ni baca entry entry aku yang ada masanya berilmiah ada masanya banyak merepek dan luah rasa haha ๐Ÿ˜‚ 


Bila tengok balik, kali terakhir aku update entry adalah pada Januari 2019. Pheww dah dekat dua tahun jugakk tuuu, haha. Macam macam yang jadi dalam hidup aku sepanjang tempoh tu. InshaAllah ada masa dan kelapangan lepasni, aku highlight kan perkara perkara penting yang terjadi dalam hidup aku sepanjang aku menghilangkan diri ๐Ÿ˜‚ 


Aku akan cuba bukak bahagian bahagian komen yang ditinggalkan dan akan cuba reply mana yang aku mampu dan yang agak latest lah, takmau dah berapa bulan punya komen aku baru nak reply haha acece acah macam ada orang rajin nak tinggalkan komen dekat blog diaaaa wekk ๐Ÿ˜œWalaupun aku agak sepi di blog, aku rajin jugak up story panjang panjang di Facebok atau LinkedIn aku, almaklumlah kalau dah nama nya si blogger, mesti taip caption atau buat posting yang panjang panjang ๐Ÿคฃ 


Rasanya sampai sini dulu aku update entry yang serba ringkas sebagai mukadimah di tahun baru yang indah ini haha. Rasanya masih belum terlewat nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARUUUUU 2021 kepada semua pembaca blog aku (sekiranya masih ada yang membaca hihi). Maaf kalau rasa macam bosan baca entry kalini, almaklumlah baru nak panas enjin balikk hahaha jadinya macam tak berapa nak ada hala tuju sikit lah entry kali ini ๐Ÿ™ƒ


Jumpa lain di entry akan datang dengan kisah kisah throwback sepanjang aku hilang dari radar blog ini hehe, semoga diberi kerajinan macam sebelum sebelum ni amin ๐Ÿคฒ


Salam sayang, 

Alyaa ๐Ÿงก


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM