Assalamualaikum dan selamat petang,
Setelah sekian lama menghilangkan diri dari dunia blog, akhirnya harini aku kembali menaip, kembali singgah ke sini, tempat di mana aku mencurahkan segala idea dan perasaan aku tanpa di adili oleh orang lain. Rindu tidak terkira namun dek kerana sibuk kan dengan perkara lain, maka terpaksalah aku tinggalkan dunia blog ini buat sementara waktu. Kadangkala ada juga la aku datang jenguk lihat sini kalau kalau ada apa apa yang berubah hehe. Terimakasih buat mereka yang masih sudi lagi singgah di blog ni baca entry entry aku yang ada masanya berilmiah ada masanya banyak merepek dan luah rasa haha ๐
Bila tengok balik, kali terakhir aku update entry adalah pada Januari 2019. Pheww dah dekat dua tahun jugakk tuuu, haha. Macam macam yang jadi dalam hidup aku sepanjang tempoh tu. InshaAllah ada masa dan kelapangan lepasni, aku highlight kan perkara perkara penting yang terjadi dalam hidup aku sepanjang aku menghilangkan diri ๐
Aku akan cuba bukak bahagian bahagian komen yang ditinggalkan dan akan cuba reply mana yang aku mampu dan yang agak latest lah, takmau dah berapa bulan punya komen aku baru nak reply haha acece acah macam ada orang rajin nak tinggalkan komen dekat blog diaaaa wekk ๐Walaupun aku agak sepi di blog, aku rajin jugak up story panjang panjang di Facebok atau LinkedIn aku, almaklumlah kalau dah nama nya si blogger, mesti taip caption atau buat posting yang panjang panjang ๐คฃ
Rasanya sampai sini dulu aku update entry yang serba ringkas sebagai mukadimah di tahun baru yang indah ini haha. Rasanya masih belum terlewat nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARUUUUU 2021 kepada semua pembaca blog aku (sekiranya masih ada yang membaca hihi). Maaf kalau rasa macam bosan baca entry kalini, almaklumlah baru nak panas enjin balikk hahaha jadinya macam tak berapa nak ada hala tuju sikit lah entry kali ini ๐
Jumpa lain di entry akan datang dengan kisah kisah throwback sepanjang aku hilang dari radar blog ini hehe, semoga diberi kerajinan macam sebelum sebelum ni amin ๐คฒ
Salam sayang,
Alyaa ๐งก
0 ulasan:
Catat Ulasan