Isnin, 1 Mac 2021

Ceritera Vaksin COVID-19 dan PKP 2.0

Assalamualaikum dan selamat malam.


Setelah sekian lamaaa baruu ada semangat semula untuk menaip haha biasalah tu semangat tu dah macam chipsmore, sat ada sat takdak. Jadinya time dia tengah nak ada mood ni bolehlah kita update satu entry kt sini harini hehe. 


Seperti tajuk yang tertera di atas, dan seperti yang semua sedia maklum, Vaksin Covid 19 dah pun sampai di Malaysia baru baru ini. Vaksin yang sampai untuk kelompok pertama ini adalah vaksin keluaran Pfizer. Dan seperti pengetahuan semua juga, vaksin fasa pertama ini juga adalah untuk diberikan kepada barisan hadapan “frontliners” yang sudah bertungkus lumus selama setahun lebih lamanya dengan virus COVID 19 ini. Mohon doakan frontliners yang terlibat agar dipermudahkan segala urusan untuk menerima suntikan vaksin ini (termasuk aku juga inshaAllah). Saat entry ini ditaip dan dipublish, Perdana Menteri kita dan Ketua Pengarah Kesihatan KKM juga telah selamat menerima suntikan vaksin keluaran Pfizer ini. Malah, sudah ada beberapa fasiliti yang membuat suntikan pada barisan hadapan mereka. Rakan rakan terdekat aku juga ada yang sudah menerima vaksin ini. Semoga semua yang dah menerima suntikan vaksin ini baik baik sahaja hendaknya dan tiada kesan sampingan yang tidak baik inshaAllah amin, sama sama kita doakan. Moga dengan kehadiran vaksin ini mampu kembalikan sinar harapan yang baik buat negara kita, Malaysia.

 


Sedikit infografik aku sediakan di sini yang diambil dari laman sesawang COVID-19





Pejam celik pejam celik jugak dah masuk bulan Mac, rasa sat sangat masa berlalu kalini. Mungkin disebabkan oleh PKP jugaa. 18 Mac 2021 ni cukuplah setahun sejak PKP 1.0 diperkenalkan tahun lepas. Walaupun ramai yang terjejas, aku mampu katakan yang PKP 1.0 merupakan antara kejayaan KKM sebab dengan buat keputusan untuk PKP, mampu turunkan kes sehingga 0 pada Julai 2020. Waktu tu seronok sangat tengok kes pun satu digit saja, paling tinggi cecah pun tiga angka, itupun dah tak senang hidup semua pihak terlibat. Tapi itulah kita hanya mampu merancang, Allah penentu segalanya. Kita sekali lagi diduga apabila kes naik mencanak selepas aktiviti di Sabah. 


Lambat tindakan yang diambil sehingga membawa kepada tahun baru 2021 dan sehinggalah terhasilnya PKP 2.0 pada tahun ini. Walau asalnya tidak lah kerajaan mahu untuk laksanakan PKP kali kedua ini, namun atas nasihat dari KKM, dituruti juga kerana risau akan kenaikan kes yang berterusan jika tiada sekatan yang dilakukan. Negeri yang sangat terjejas waktu sebelum bermulanya PKP 2.0 ini adalah Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Sabah yang mana masa tu banyak kawasan dan jadi zon merah dan kena terpaksa diisytiharkan sebagai kawasan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan). Untuk pengetahuan, aku juga pernah menjadi antara penduduk yang dikenakan PKPD sewaktu gelombang kedua di Kedah dulu. InshaAllah jika aku rajin lepasni, aku akan sambung dengan entry berkenaan itu pula.


Sebagai salah seorang frontliners, jujurnya memang agak sedikit kecewa bila kes naik mendadak balik. Sebab cuti kami dibekukan. Hari hari berlalu saat yang lain WFH (work from home), kami di bahagian KKM hari hari pergi kerja, hadap jem, hadap roadblock. Tak best pun sebenarnya. Kami sedar akan tanggungjawab yang dipikul cuma kadangkala terdetik la rasa terkilan itu, tanya lah mana mana frontliners yang terlibat terutamanya doktor2 dan misi2 yang terlibat dengan saringan COVID 19, lagi berat tugasan harian mereka. Haha tiba tiba terpanjang pulak entry sebab terbuat luahan perasaan ya hehe. Maaf, sesungguhnya kami juga insan biasa gituu. Ini cerita masa PKP 1.0 lah. Bila masuk PKP 2.0 ni, dah banyak industri yang bukak dan beroperasi macam biasa sebab MOSTI benarkan. Jadinya situasi dah tak sama macam masa PKP 1.0 dulu. Ikut pandangan aku, PKP kalini teruk sikit la sebab kereta banyak dah atas jalan orang kan keluar pergi bekerja kan tapi roadblock dijalankan jadi nyaaaaa akan jadi jem yang super jem haha. Aku bercakap berdasarkan rutin harian kerja aku yang berulang harihari ke tempat kerja laaa hahahaha. 


Rasanya sampai di sini dululah entry untuk kalini. Karang makin lama menaip, makin merapuuuu pulak entry aku kalini hahaha. Besar harapan aku agar Program Imunisasi COVID-19 ini akan berjalan dengan lancar dan mencapai target seperti mana yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  Buat mereka yang masih ragu ragu akan keberkesanan vaksin, rujuk lah pada mereka yang pakar. Ramai yang sudi membantu sekiranya benar kalian mahukan jawapan untuk persoalan kalian. Jangan cepat menghukum, selidik bagi habis dan seterusnya buatlah keputusan yang sebaiknya untuk diri anda dan keluarga anda. Lagipula, tiada paksaan dari kerajaan untuk suntik vaksin ni, pilihan di tangan masing masing cumanya nanti lepasni akan adalah kekangan yang dibuat oleh mana mana pihak yang terlibat untuk memastikan premis mereka tidak menjadi kluster baru dek kerana tidak mengambil vaksin. Setakat ni yang aku dengar pun, kalau tidak divaksin, tidak boleh ke luar negara. Haaaa, untuk kaki travel mesti rasa tak sabar nak buka border kann hehe inshaAllah sekiranya Program Imunisasi ni berjaya kemungkinan besar border akan dibuka semula, ditambah pula sudah banyak negara luar yang sudah pun vaksin rakyat mereka. 




Baikk sampai di sini dulu coretan harini. Jumpa lagi di lain entry, di lain waktu, semoga lebih rajin untuk update entry lain lagi selepas ini. Amin ! :)


Salam sayang,

Alyaa 


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM