Khamis, 4 Ogos 2016

Cuti Semester !

Assalamualaikum dan selamat petang semua !


Alhamdulillah akhirnyaaaa setelah sekian lama aku asyik tenggelam timbul, aku kini kembali menaip satu lagi entry di dalam blog ni. Yeayy hahahaha. Terlalu sibuk dengan urusan belajar dan sebagainya sehingga lupa akan kehadiran blog ni. Acece, bukanlah lupa tapi tak cukup masa sebenarnya naik taip panjang panjang dekat sini. Banyak luangkan masa taip pepanjang di caption instagram walaupun takda yang membacanyaa haha. 

Apa yang membuatkan aku kembali menaip di sini semestinyaa lah sebab aku sekarang tengah bercuti sehingga bosan yang amat tak da kerja nak buat jadi bloglah jadi pilihannya ! Hiks. Ok tipu sebenarnya sekarang ni aku baru free sikit sebab baru balik holiday dari Sabah (doakan aku rajin untuk update dalam blog haha) sebab tu rasa nak menaip dekat sini hah. 

Banyak sangat benda yang aku ketinggalan dalam dunia blogging sekarang ni; terlalu cepat bergerak sampai tak sempat nak kejar, tak apalah aku hanyalah blogger picisan yang hanya sebulan sekali update di sini HAHA. Bila masa lah aku nak rajin update entry macam dulu yer. Banyak sungguh benda nak diluahkan di sini tapi asyik cerita dalam hati saja huu. InshaAllah jika ditiupkan semangat kerajinan yang lebih masa cuti semester ni, dapatlah aku karangkan beberapa entry ringkas untuk santapan di masa hadapan gitu :P

Muka bahagia sebab dah habis exam HAHA
Cuti semester ni kalau ikutkan aku sibuk juga kena handle beberapa perkara tapi bukanlah sepanjang masa. Ada masa aku akan mereput semereputnya dekat rumah sebab konon konon nak menghargai masa cuti semester yang ada sebab kalini ja dapat merasa cuti semester yang lapang sebelum mula sibuk bila masuk tahun tiga nanti. Bila dah masuk tahun tiga nanti ni, rasanya tiga bulan sekali baru aku dapat update entry la kot sebab dari pengalaman senior senior memang tahun tiga sibuk teramat sangat hahah inshaAllah doakan lah aku dapat survive dengan baiknya nanti. Manatau kekadang bila aku stress, idea nak menaip entry tu macam banyak sikit daripada kebiasaannya hah hehe.

Okeylah, rasanya nak update sampai sini duluu, ada kerja yang perlu diselesaikan sementara waktu ini sebelum aku dapat berjimba dengan blog ni lagi. Hahaha motif nak update sebab nak share gambar2 sama dekat sini inshaAllah gambar2 yang baik2 saja :P

Macam biasa, satu selfie dari aku sebagai tuan punya blog. Yang kenai tu senyum senyum sikit nah bila jumpa :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 12 Jun 2016

Setelah 3 bulan ..

Assalamualaikum dan salam sejahtera ....


Alhamdulillah akhirnyaaaaaa seorang Alyaa berjaya membuka tab blogger dan menekan new post setelah hampir 3 bulan menyepi dari dunia blogging ni. HAHAHA. 

3 bulan berlalu, semestinya banyak benda dan perkara yang berlaku pada aku. Apa2pun, secara ringkasnya, aku masih di sini, alhamdulillah masih lagi berusaha untuk menamatkan minggu 14 kuliah yang bakal tiba esok. Lepas tu selang dua hari, maka bermulalah peperiksaan akhir aku untuk sem ni. Wow macam tak percaya bukan? Ya, aku juga begitu, risau benar kalau tak dapat nak cover semua subjek dalam masa yang singkat macam ni, doakan aku ya kawan-kawan !

Tujuan aku update harini pun sajalah nak sapu sawang sikit dekat sini, rasa macam dah lama sangat tak menaip kan, asyik menaip assignment saja, hiks. Oh satu benda aku nak mention dekat sini, minta maaf pada sesiapa yang tinggalkan komen dekat blog aku serta email private aku sendiri namun tak dapat balasan, maaf maaf maaf sebab aku tersangatlah busy dan ada komitmen lain lagi ditambah dengan kesihatan yang tidak memberangsangkan haritu (nanti aku cerita k)

Ada masa nanti, aku update lagi dengan banyaaakkk cerita dan gambar untuk tatapan aku sendiri di kemudian hari nanti haha k untuk tatapan semua jugak. Sebelum tutup entry ni, salam Ramadhan aku ucapkan buat semua, semoga kedatangan bulan yang mulia ni mampu jadikan kita seorang yang lebih baik daripada bulan sebelumnya. Selamat berbuka puasa ! ;)



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 5 Mac 2016

Hilang lagi?

Assalamualaikum, selamat malam.

Alhamdulillah, akhirnya setelah beberapa hari aku tangguhkan niat di hati untuk update entry dekat blog tercinta ni, akhirnya tercapai jugak hasrat di hati HAHAHA. Hilang lagi? Ya tajuk harini adalah HILANG LAGI?

Apa benda yang hilang tu? Mestilah akuu hiks. Aku menghilang lagi setelah update entry yang lepas. Daripada cuti semester start sampai ke semester baru dah buka, hanya satu entry saja aku mampu buat sebabnya aku sibuk dengan urusan lain, hah gittew :P Aku ada banyak komitmen lain yang menyebabkan aku terpaksa letak tepi blog kesayangan ni aduh aduh sakitnya di situ hehe.  

Salah satu sebab aku asyik menghilang, ni hah. Banyak luang masa dekat mereka huhu
Dan sekarang ni, aku dah pun selamat sampai dan berada di Puncak Alam yang tercinta dan dah pun habiskan minggu 1 untuk semester 4 dengan jayanya. HAHAHA. Macam tak percaya dah masuk semester 4, kan? Jujurnya nak sampai ke tahap ni, memang sangat penat triple penat aku cakap. Huu. Okey dah takmo cerita pasal ni lagi nanti nanti aku rajin aku cerita okey :P
 
Pemandangan untuk 5 bulan inshaAllah :)
Oh ya, untuk sem baru kalini, alhamdulillah aku dapat masuk kolej semula. Syukur sesangat sebab aku dah tak sanggup nak berpura-pura lagi dah. Penat tahu?! Sebab apa aku berpura-pura tu tak perlulah aku ceritakan cumanya yang penting aku nak bagitau kat sini, bukan senang nak jaga hati orang sampai kadang2 bila terlalu jaga hati orang, hati kita yang sakit. Tak gitu awok2? Hehehe.
 
I love Langkawi. Rindu :'(
Okay, sebelum aku masuk semester baru minggu lepas, aku sempatlah pergi bercuti (acah2) dekat Pulau Langkawi. Alhamdulillah, ada rezeki lebih boleh jenjalan dengan family aku sebelum stress menjelma dekat kampus ni hah. Dan sekarang aku sangatlah rindu nak pi Langkawi lagi :( Bukan senang tau nak gi jenjalan sejak2 dah besar ni huu. InshaAllah kalau aku rajin, aku update pasal Langkawi nah (kalau rajin)

Ya, ya, dah sampai perenggan ni baru aku perasan sebenarnya aku dah lari dah tajuk sebenar entry aku. Kahkah. Disebabkan aku malas dah nak edit, jadi korang hadap dan baca sajalah nah (kalau ada yang baca lah kan). Hehehe. Nak cerita apa lagi ni? Malasnyaaa ya Allah nak fikir apa boleh taip lagi kat blog ni padahal berdozen benda aku boleh cerita cuma sejak2 dah tak aktif ni kan, nak susun ayat tu macam susah sikit lah hiks. 

Okeylah, sampai sini dululah aku cerita. Sebab lepasni nak kena berbalas komen yang orang tinggal dekat blog aku ni. Kesian kang kalau tinggal tak berjawab, tak baikk oi. Lepasni inshaAllah lebih mudah aku nak update blog sebab internet boleh tahan laju gittew, cuma mau takmau update ja. Hah, ayuhlah kita lihat kerajinan aku untuk sem kalini. Haha :)


Selfie penutup. Dah rindu :"(

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM