Jumaat, 5 Julai 2013

Episod akhir Sebenarnya Saya Isteri Dia

Assalamualaikum, selamat malam.



Alhamdulillah, akhirnyaaaa setelah sekian lama menanti dari minggu ke minggu, akhirnya tamatlah sudah cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia ni. *bajet macam tengok tiap2 minggu, hehe*

Such a good story so far. Boleh tahan lah untuk standard standard cerita Melayu ni kan. Taklah teruk sangat, cliche sangat, tapi suam2 saja. Untuk yang jenis yang layan2 jiwang, cerita genre macam ni, memang rasa cerita ni okay, best. Haha. Siap memasing berangan nak lelaki yang si Firash Arshad  ni hah. 

Apa2pun, cerita ni macam kurang jalan cerita sikit lah. Iyelah kan, kan si Syaf tu cakap yang dia mengandung, jadinya buatlah satu scene 3,4 tahun kemudian punya, tunjukkan yang mereka bahagia dengan anak2 mereka. Haha.  Dah macam penerbit pulak aku ni. *berangan*

So, malas nak review pepanjang sebab memasing dah tengok kan cerita ni. Untuk yang terlepas episod kalini, boleh lah tengok semula di www.tonton.com.my. Semuanya ada di sana.

Btw, minggu ni semua cerita pakat2 dah habis, semuanya nak happy ending ja. Muehehe. So, kena tunggu cerita baru pulak yang masuk. Tunggu dan lihat sajalah. Haha


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Khamis, 4 Julai 2013

The Apprentice Asia : Team Mavericks menang, Celina dipecat

Assalamualaikum, selamat malam.


Ok, rasanya dah boleh agak apa yang nak aku bebelkan dalam entry ni kan, berdasarkan tajuk yang berjela dekat atas tu. Hehe. So, nak dijadikan ceritanya, semalam lagi nak update entry ni sebab semalam kan episod baru The Apprentice Asia dekat AXN C701, namun  begitu di saat saat akhir, ada sesuatu berlaku dan jadinya terpaksa tangguh entry sampailah ke malam ni. 


Untuk tugasan episod kali ini, mereka ditugaskan untuk membuat rekaan baju uniform untuk pekerja pekerja AirAsia yang terdiri daripada pramugara dan pramugari hujung minggu, pekerja khidmat pelanggan dan juga pekerja pengendali darat. Wah, tugasan nampak mudah, tapi mencabar juga sebenarnya bila mana ianya memerlukan mereka untuk menepati ciri ciri, dan kehendak pekerja2 disamping memastikannya rekaan itu adalah praktikal, fleksible, profesional dan yang pentingnya tak lari dari tema AirAsia itu sendiri.

Jadi jika sesiapa perasan, tiap kali aku buat entry pasal The Apprentice Asia ni, mesti Team Apex yang menang kan ? Kali ni , nampaknya Team Mavericks berjaya membuatkan aku untuk menaip entry ni. Muehehe. Dan buat pertama kalinya, aku sukaaaaaaaaaaaa dengan performance Team Mavericks ni. Rekaan mereka memang agak awesome, simple dan praktikal. Sedap mata melihatnya. 

Tahniah team Mavericks dan sebagai habuannya mereka dapat belajar cara menerbangkan pesawat dalam flight stimulator di AirAsia Aviation Academy. Perghhhh, habuan yang sangat sangat menarik okey bagi aku. Bukan senang nak dapat peluang macam ni tetambah jika ianya bukan bidang kita. Kan3?

Dan disebabkan Team Apex kalah, makanya Celina telah dipecat oleh Tony Fernandes atas sebab dia tidak mudah mesra dengan orang ramai dan oleh kerana organisasi Tony Fernandes adalah organisasi orang ramai, makanya Tony Fernandes beranggapan Celina tidak layak menjadi perintisnya disebabkan khuatir akan berlaku masalah berhadapan dengan orang ramai kelak.



Well, untuk kali ini, aku setuju sesangat. Semestinyaaaaa, Celina patut dibuang, sejak dari dulu lagi sebenarnya. Haha. Tapiiii, aku nak Dian juga dipecat, sebab dia sangat nampak memain. Haish, takbest lah macam tu.

So, untuk episod hadapan tinggal 5 orang lagi, 2 di Team Apex dan 3 lagi di Team Mavericks. Episod akhir akan menjelma tak lama lagi. Agak2nya siapakah pemenang The Apprentice Asia kali ini? Adakah Alex ? Sam? Jonathan ? Andrea ? Dian ? Kalau tanya aku, aku sokong Alexis. Go Alex ! Go Alex ! Haha

Oh, sampai sini dulu aku membebel. Nak pergi kemas barang dan golek2 rehat. Harini agak penatsss. Bubye ~

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 3 Julai 2013

Jun berlalu pergi, Julai menjengah diri

Assalamualaikum, selamat malam


Wahhh, dah berapa hari tak hupdate entry blog ni? Macam lama ja rasa. Hehe. Hmm, tangan ni memang gedik2 ni nak menaip tapi disebabkan malas nak mengecharge laptop, jadinya tertangguh sampai ke sudah. Padahal rasanya banyak cerita yang nak diceritakan disini. Sobsob.

So, sekarang ni pun aku mencuri curi update. Kenapa mencuri? Sebab aku mencuri waktu tidur aku niiii. Sepatutnya sekarang ni aku dah selamat tidur melayari keindahan di alam lain. Haha. Saja nak hupdate, taknak orang tercari cari aku kemana menghilang. *Eh, ada ka yang mencari?* Muehehe

Dipendekkan cerita, sekarang dah pun masuk 3hb Julai. Wahhhh, cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar dah hampir sebulan aku berpraktikal di Hospital Seberang Jaya. Macam mimpi pun ada. Iyalah, masa nak masuk mula2 dulu, kemain nervous lagi kan. Haha. Sekarang ni, dah okeyy dah. Seronok juga sebenarnya walaupun penat ya Rabbi. 


Okay, sebenarnya aku ada banyaakkkkk lagi benda nak taip kat sini, nak kongsi dengan semua orang, tapi masa sangatlah terhad tambah2 sejak akhir2 ni, bilamana aku kena uruskan keperluan adik aku sebab mak dengan abah tengah sibuk uruskan hal rumah baru tu. Hmm, dengan penat balik kerja lagi, nak basuh baju, kemas bilik, blablabla, tengok2 jam dah pukul 11 malam. Jadinya, takkan nak berjaga lagi kan, mata pun dah kuyu, jawabnya tidurlah. Haha.

Apa2pun, selamat datang bulan Julai, selamat datang bulan Ramadhan. Arghhhhhhhh, tak sabaqnyaaa nak berpuasa. Kehkeh. First time pulak puasa di tempat baru, a.k.a hospital. Jadi, rasa nervous sikitlah. Dan alhamdulillah, terimakasih ya Allah atas segala urusan yang Kau permudahkan sepanjang bulan Jun. June behave veryy excellent. With all the things happened, i'm glad i'm here, being part of them. :)

So, malas nak memendekkan entry yang semakin merapu dengan mata yang separuh tutup ni, ingin aku maklumkan sekali lagi, silalah rajin2kan jari jemari anda, exercisekan mereka dengan menekan iklan yang ada di blog picisan ku ini. Hihi. Jasa anda amat saya hargai, dan terima kasihhhhhhhhhhhhh ! 

Wassalam, selamat malam. :)


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM