Khamis, 22 September 2022

Unofficially done with Semester 3 MClinPharm ^-^

Assalamualaikum dan selamat pagi semuaaaaa…

Akhirnyaaaa aku kembali setelah senyap hampir sebulan lebih dari update entry dekat sini 🤣 HAHA, aku plan nak update lama dah sebenarnyaaa tapi dek kerana kekangan waktuuu dan rasa malas yang agak menebal dalam diri ini makanyaaaa terpaksaaa lah aku langkau satuu bulann dari update entry dekat blog ni haha. Tiba2 rasa macam janggal yaaa nak taip balik dekat sini, padahal baruuu jaa sebulann lebih tak hapdate blog ahaha. Dalam tak update tuuu sempat juga la aku tinjau2 sini sambil baca entry2 lama untuk dapatkan kembali semangat begituuu 🤪

Ok, untuk entry harini, seperti ditajukk, Alhamdulillah Alhamdulillah aku akhirnyaaaa secara tidak rasminyaaaaa dah berjaya tamatkan pengajian semester 3 aku dalam Sarjana Farmasi Klinikal ini. Kenapa tidak rasmi?! Sebab keputusan belum keluar HAHA 🤭

Harini, 22 September 20222, cukup seminggu lepas aku mengharungi hari Viva Voce akuuu untuk pembentangan projek Master aku. Haaa, jangan ingat buat coursework takda projek kena buat yaaa hihi 🫣 Alhamdulillah, secara keseluruhan aku boleh katakan yang aku dah buat yang terbaik, the rest aku tawakal saja pada Allah. Disebabkan semester akhir ni adalah fully research mode, makanya penilaian 100% berdasarkan final assessment on dissertation, viva presentation dan juga supervisor (penyelia) punya report. Harapnyaaa dapatlah result yang memberangsangkan semester ni haha inshaAllah amin 🤲


So, semester 3 ni macam mana? Haha, I would say survive and surviving 🤣 Begitulaaa ringkasan untuk semester akhir ni ehek. Aku bukak semester baru haritu dalam keadaan kurang sihat, aku on off demam, cerry berry ( aku suspect mcm kena covid lagi sekali tapi tak buat test pun masa tu haha, tapi takdalah teruk sampai masa aku kena covid tahun lepas tu). Alhamdulillah, slowly recovered lepastu dan di minggu ke 3 semester baru, baru aku berkesempatan google meeet dengan supervisor akuuu. Plan asal nak jumpa di kampus tapi keadaan aku masa tu masih tidak mengizinkan, jadinya terpaksa la jumpa atas talian saja. Ada la glitch sana sini di awal semester baru aku haritu sebab aku mcm sedikit lost macam mana nak mulakan proses data collection ni. Masa yang ada agak terhad sebenarnya untuk kami, jadi kalau timeline dah lari memang akan rasa sedikit serabut nyaaa tuuu 😩

Btw, saja nak kongsi dekat sini. Kalini untuk projek Master, aku try jump ke qualitative study pula sebab konon nak cabar diri laa belajar benda baruu hahaha sebabnyaa dua projek yang lepas; masa Diploma dan Degree, aku dah buat quantitative studies, so aku teringin nak try qualitative study pulak nanti boleh lah aku dapat view dua dua method ni macam mana dan tengok which one preferable untuk aku di masa hadapan nanti haha 😆. Disebabkan masa yang terhad, walaupun banyak yang aku dapat belajar, tapi aku rasa masih banyak lagi benda yang aku boleh belajar dalam tempoh masa yang panjang lagi, tapi takpelah lepasni aku try explore lebih laa kalau nak teruskan minat buat qualitative ni sebab so far hati masih terpaut pada SPSS berbanding Nvivo haha 😝

Semester 3 ni aku rasa macam cepat jugak berlaluu, sebab tahu tahu dah kena submit haaa gituuu. Padahal baru jeee habis collect dataa haha. Banyak benda yang jadi sampai aku rasa macam nak give-up jugak lah sikit haha 😂 Nak dapat kerjasama peserta kajian aku yang rata-ratanya adalah golongan warga emas ni susah juga sebenarnya, tambah pulak buat temubual melalui panggilan telefon saja, ramai lah yang tak mahuuu. Aku siap dicop sebagai scammer tauu bila aku nak mintak no akaun untuk transfer duit saguhati dari geran, lepas kena macam tu terus aku bagitau ja kita ada saguhati tapi perlukan no akaun, kalau tak sudi kongsi memang kita tak dapat nak serahkan sagu hati tu. Kebanyakan diorang faham jeee lah bila aku cakap gitu, Alhamdulillah syukur. Aku koyak jugak la sekali tu bila temubual dah selesai, nak bercakap dengan anak tanya pasal ubat mak dia, sekali dia marah mak dia depan2 sebab jawab panggilan aku dan layan aku punya soalan, aduhai dua hari aku koyak fikirkan benda tu hahaa 🥹 Dok fikir apa salah akuuu, aku cuma nak buat kajian sajaa gituuu feeling kekecewaan ahaha

Alhamdulillah, fast forward aku berjaya siapkan temubual dan transkrip temubual untuk dianalisis guna NVivo. Ni belum cerita pasal belajar NVivo ni, yelah dah tukar qualitative kan kenalah tahu nak analyse data guna software apa. Nasib baik latest feature dia senang jugaklah nak faham dan terimakasihh UiTM sediakan free NVivo softwaree hihi 😇. Jujurnya, aku antara yang paling terkebelakang jugak lah semester ni sebab orang lain dah mula write up dissertation aku masih menggigil nak siapkan analysis dan discussion coding dengan SV. Tapi Alhamdulillah, bersyukur jugak sebab SV akuu sangat sangat lahhh membantuuu dalam proses siapkan projek dan dissertation ni 🥹 Cuma aku rasa aku dapat buat lebih baik lagi untuk capai expectations SV aku jika ada peluang dan ruang yang lebih untuk aku explore dan sembang dengan lebih lama dengan sorang2 peserta akuuu supaya aku dapat cungkil lebih banyak benda dari peserta kajian aku. 

Namun aku bersyukur kurang kurang terhasil jugak satu dissertation untuk Master ni setelah pelbagai perkara ditempuh untuk siapkan dia 🤲. Percayalah, tanpa sokongan SV aku dan orang sekeliling, tak mungkin siap dissertation ni dalam tempoh seminggu ++ sebab seminggu sebelum submission aku ke Port Dickson dengan SV aku sebab ada workshop, masa ni aku masih drafting Chapter 4- Results aku dan tgh discuss dengan SV depan depan macam mana nak construct Chapter 5 - Discussion. Masa ni semua benda terumbang ambing, makan ikut dan, tidur pun tak lena haha tak sanggup rasa nak ulang kembali proses ni 🥲

Oklah, aku rasa sampai sini duluuuu lahh entry untuk kalini, terpanjang pulak yaaa. Haha, takpelah untuk tatapan aku di kemudian hari supaya aku tak lupa apa yang aku lalui masa pengajian Master aku ni. Kenangan seumur hidup orang kata hihi. Oh btw aku sekarang tengah dalam proses buat correction untuk dissertation aku sebelum hantar untuk hardbound kan diaaa. Doakan semuanya berjalan lancar buat kami semua yaa !!! 😘 InshaAllah, bila bila rajin nanti akuu up lagi entry pasal submission hardbound pulakk haha 😆

Jumpa lagi di lain entry, bye.

Salam sayang, 
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM