Isnin, 20 Jun 2022

Unofficially done with Semester 2 MPharm

Assalamualaikum dan selamat malam semuaaaa 😘

Alhamdulillah ketemu lagi kita dalam entry baruuuu untuk bulan baruuu hihi. Sesungguhnya aku sedang mencuba untuk kekalkan prestasi sebulan satu entry haha 😆 supaya blog ini tidak bersawang sangat 😂 Takpelahhh kalau takda yang singgah blog ni pun, sajaaa aku nak simpan kenangan aku dalam sini nanti bila bila aku rasa rinduuu (eh tiber haha) bolehlah aku jenguk dekat sini balik ataupun jika ada mana-mana entry aku yang masih boleh membantu bagi maklumat untuk orang lain, rasa sayang nak buang semuaa gituu tiber jadi sentimental dan emosi haha 😝 (Tapi aku harap entry aku yang lama-lama tidak dibaca orang lah haha kalau tidak aku kena delete semuaa, biasalah zaman-zaman muda cringe sikit entry pun haha) 

Ok, tanpa melalut dengan lebih panjang lagi marilahhhhh kitaaa teruskan tujuan utamaa kenapa entry ini dibuat hahaha 👀 Seperti yang dinyatakan di tajuk atas, Alhamdulillah Alhamdulillah aku dah punnn selamat habiskannn semester 2 aku dengan tidak rasminyaaa hari Jumaat (10/6/2022) yang laluuu. Kenapa tidak rasmi? Haha semestinyaaaa sebab result masih belum keluar HAHAHA. Please semuaaa yang baca entry ni doakan kami semuaa (satu batch aku) lulusss semuaaa assessment semester ni amin amin 🤲

Aku sebenarnya rancang nak publish entry ni awal lepas saja habis semester harituuu tapi sesungguhnya kita hanya mampu merancang haha, aku bebetul rehat dan bersosial sat sepanjang satu minggu cuti semester ni 😆 Yaaaaa, cuti semester kami hanyalah satu mingguuu haha takpelah janji habis belajar awal ihiks. So, apa yang aku belajar untuk semester 2 ni? Banyak sebenarnyaaa haha, tapi if there is one word to describe this semester, I would choose adapting 😉 Hahaha dalam banyak2 perkataan, aku rasa adapting is the perfect choice of words untuk menggambarkan keseluruhan semester aku ni.  Dari mula semester 2, macam macam perkara dan benda yang jadi 😫 Perancangan asalnya untuk kami lalui 18 minggu latihan sangkutan klinikal (clinical attachment), terpaksa dipendekkan kepada 3 minggu sahaja dan kemudiannya adalah sesi teaching and learning (TnL) online. Bagi aku, agak mencabar sebab bila dah masuk MPharm ni, level dah tak sama macam belajar waktu BPharm dulu, expectations pensyarah pun dah lain untuk kami semua 😅 Secara ringkasnya, aku banyak belajar benda baruuu dalam semester 2 ni walaupun macam dalam keadaan yang agak huru hara bagi aku haha. Tidak lah aku berniat nak ceritakan semuanyaaa dekat sini nanti kang lain pulak jadinyaaaa hahaha bukan boleh tau zaman2 canggih sekarang ni, bahayaaa kalau salah share sikit haha. Yg nak tau cerita lanjut boleh lah pm aku tepi ihiks 😋


Semester 2 aku ni kira agak sibuk sebenarnya, Mula dari 3 minggu latihan sangkutan klinikal (clinical attachment) di HTAR, Klang kemudian nya dalam tempoh 3 minggu tu juga ada proposal submission dan juga defense proposal presentation, lepastuu mulalah TnL secara online yang libatkan 2 minggu untuk setiap rotation. Result semester 1 akuuu juga keluar waktu aku semester 2 ni sebenarnya haha tapi pasal result aku dah sentuh kat entry sebelum sebelum ni jadinya tak sentuh dah la dalam entry kalini haha 😆 Kalau tanya aku, aku rate semester 2 ni tahap susah la jugak ahahaha mungkin sebab background aku sebelum ni kan jadi nak capai tahap Masters tu surely agak mencabar bagi aku. Tambah pula aku antara yang muda dalam servis berbanding rakan2 sekelas yang lain tapi Alhamdulillah depa semua sangat membantuuu bila aku blur ataupun bila antara kami yang blur tak dapat jawab soalan ataupun masa nak siapkan slide presentation tuuu haha 😂 Semester ni jugak emosi memang turun naik laaaa, terutama tiap kali lepas oral case presentation, haha memang koyak dan menangis tu sebati dalam diri orang cakap bila dah masuk belajar Masters ni haha. Rasa kuat macam mana sekali pun mesti akan ada masa rasa down tuuu sampai ehek. Alhamdulillah, aku bersyukur dah lepas fasa tuuuu haha tak sanggup rasa nak ulang semula saat2 ituu 😖

Belum cerita pasal adhoc sesi viva klinikal yang asalnyaaa plan untuk diadakan secara online tiba tiba diubah secara fizikal haha. Tapi Alhamdulillah nasib baik diberitahu sebulan awal sempat jugak la buat persediaan untuk tempat tinggal dan sebagainya bagi yang terlibat kan. Bersyukur jugak berjaya tempuh dua sesi Viva Klinikal seperti yang direncanakan oleh fakulti dan pensyarah buat kami 😬 Bercerita pasal viva, untuk sesi pertama aku jadi pelajar pertamaaaa tauu haha nervous tuuu takyah cerita laa, malam sebelum tu tak berapa boleh tidur, study punn macam dah tak berapa nak masuk otak haha. Untuk sesi kedua tu aku jadi pelajar terakhir, nervous jugakkk laaaa sebab tak boleh expect soalan apa nak keluar ditambah kena kuarantin tanpa boleh pegang phone masa tuu. Pheww.



Apa2pun, aku bersyukur, semuanyaaaa dah berakhir buat masa sekarang ni. Doakan aku dan kawan2 sekelas akuuu berjaya lulus dengan jayanyaaa untuk semester 2 kalini 🤲  Berdasarkan tahap kesusahan semester ni, aku berdoa dan berharap untuk cukup sekadar lulus, itu punnn dah buat aku bersyukur sangat sangat tauuu, jadi please semua yang bacaaa entry niii doakannn kamii hihi terimakasihhh 😘 Aku rasa sampai sini dahulu untuk entry kalini inshaAllah kalau aku rajin lepasni aku cubaaa update entry lagi. Hihi. Aku rasa nak update entry pasal jenjalan lahh pulakk baru rasa semangat sikit nak menaip kannn haha. Oh btww, saat akuuu publish entry ni, Alhamdulillah aku dah masuk semester akhir, semester 3 untuk Master in Clinical Pharmacy aku ni. Doakan jugaaaa kami dapat habiskan semester research ni dengan jayanyaaa dan dapat submit semuanyaa on time, inshaAllah amin amin 🤲

Jumpa lagi di lain entry, bye.

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM