Isnin, 13 September 2021

Akhirnya, aku POSITIF Covid-19 😭

Assalamualaikum dan selamat malam semuaaa !

Bertemu lagi kita dalam entry baru di dalam bulan yang baruu 😁 Mungkin entry kalini ringkas saja dari akuuu untuk update keadaan semasa aku kalini. Seperti tajuk yang dinyatakan, aku akhirnyaaaa tewas jugaa dan menjadi mangsa kepada virus yang ganas ini; virus COVID-19 😣😩 Masih jelas dalam ingatan aku hari dimana akuu lihat dua garisan yang jelas pada kit ujian kendiri COVID-19 (COVID-19 Self Test Kit). Rasa macam direntap jantung waktu tuu sambil fikir apaaa laaa nasib ahli keluarga aku yang lain pulak lepasni haih 😩  Terutamanya Abah aku laa, sebab aku tahu Abah aku mesti akan fikir macam macam bila anak anak dia kena jangkitan COVID-19 ni 😣

SMS kiriman KKM yang menyentap pagi hari akuu haritu 😭

Buat yang bertanya, aku sebenarnyaa merupakan close contact (kontak rapat) kepada adik aku sendiri; yang disahkan positif melalui test kendiri yang dia buat sebelum dia masuk kerjaa malam (night shift) hari Sabtu malam baru ni (4/9/2021). Masa adik aku bagitau aku pasal result tu, aku tengah berada di rumah sewa aku untuk uruskan bilik sewa aku sebab aku dah last month dah menyewa bilik, jadi agak sibuk la masa tu. Dari rumah sewa aku singgah ke farmasi duluu untuk nak beli oximeter dan thermometer. Dah lama aku plan nak beli untuk letak dekat rumah sebagai persediaan tapi tak terbeli, bila dah adik aku positif tiba tiba ni kena lah beli siap siap. Balik rumah adik aku buat test lagi sekali untuk double confirm dan keputusan masatu masih lagi dua garisan; jadinya confirm lah yang adik akuuu positif dann perlu buat laporan di MySejahtera. Aku pun buat juga ujian kendiri tuu sebab nak pastikan kami ahli keluarga yang lain tak sangkut dengan COVID-19 ni. Alhamdulillah masa tu result aku negatif. Begitu juga dengan keputusan kakak aku dan ayah aku. Alhamdulillah masa ni rasa seronok sangat, sebab yalah at least kuarantin saja tak perlu risauu nak kena jangkitan ka apa kann.

Keputusan ujian makmal aku yang keluar lebih awal dari adik aku 🀧

Tapi, bak kata orang; ku sangkakan panas sampai ke petang, tapi rupanya hujann di tengahari begituu. Malam pertama kena kuarantin tuu aku telah melakukan perkara yang agak bodoh sebenarnya haha bila difikirkan balik, tapi memang dah takdir untuk aku nak kena kan, aku pun redha saja 🀲 Benar SOP yang ditetapkan KKM tu, bila dah kena duduk kuarantin dengan orang positif, sebaiknya elak buat kontak terus dan asingkan segala makanan, minuman alatan dan sebagainya. Kenapa aku cakap macam tuuu? Sebab aku juga terkena ahaha adeh. Salah akuu juga, dari terhindar dari virus, akuu menjemput dia kedalam badan aku sebab aku berkongsi thermometer (alat cek suhuuu) dengan adik akuu 😩 Kebetulan sebenarnya, aku memang dah demam pada 1/9/2021 tuu sehari lepas cuti Merdeka tuu dan aku dapat MC sampai dua hari sehingga 2/9/2021. Waktu ni memang aku sangat yakin aku bukan kena COVID-19 sebab demam biasa biasa sajaaa dan aku rasa tak sedap telinga; ada jangkitan dalam telinga (aku memang yakin waktu ni demam sebab jangkitan telinga (ear infection) yang tak lega lagi walaupun dah on antibiotik). Jadinyaaa dah alang-alang membeli thermometer kan, aku pun ingat nak cek suhu badan aku sama la, tanpa memikirkan masa tuuu yang akuuu dah cek suhu badan adik akuu dan ada air liur diaa di situu 😭 



Negatif COVID-19 pada malam 4/9/2021

Positif COVID-19 pada pagi 8/9/2021

Jadinyaaaa, dipendekkan cerita, hari ke 4 aku menjadi kontak rapat, aku masih sihat sejahtera sempat buat macam macam kerja rumah lagi dan dah plann macam macam wehh almaklumlah dapat rehat panjang sikit sebab kontak rapat kena kuarantin at least 14 hari kann hihi πŸ˜‚ Sekali nyaaa bila dah petang sikit aku dah mula rasa tak sedap badan, rasa lemah lain macam. Dah sampai malam tuu memang badan rasa seram sejukk dah tapi sempatlah lepak di ruang tamu bawah dengan kakak dan ayah aku. Naik atas untuk tidur malam tu; try cek suhu lagi sekali ambik hang; tinggi betul sampai 38.4 ‘C 🀧  Masa ni ikutkan aku memang dah makan antibiotik (terpaksa tunda temujanji aku dengan pakar KPJ sebab dah jadi kontak rapat masa tu), jadinya lagi sekali aku rasa demam sebab jangkitan haha. Malam tu memang tak dapat lena sangat ikutkan sebab badan rasa panas sangat, dah mula batuk dan selsema. Tapi masa ni memang demam yang paling kuat sekali aku rasa, tak pernah demam panas macam ni sekali. 

Suhu badan aku pada malam pertama aku diserang virus yang jahat ituuuu ‼️

Harini dah 13/9/2021. Makanya dah masuk hari ke 5 aku disahkan positif COVID-19 dan sedang berkuarantin di rumah. Sampai sekarang masih belum di panggil untuk ke mana mana Covid Assessment Centre (CAC) di tempat tinggal aku ni; mungkin sebab di negeri aku ni kes tengah mencanak naik sampai tidak terurus. Aku kecewa sikit la sebenarnya sebab pengurusan macam tak berapa jelas sikit di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) di negeri tempat tinggal aku ni. Bayangkan adik aku dah positif sejak 4/9/2021 (Sabtu), tapi hari Rabu (8/9/2021) baru diberi tarikh untuk buat swab test; itu pun RTK Antigen sahaja dan sampai saat aku taip entry ni status dia dalam MySejahtera hanyalah sebagai kontak rapat akuu bukan sebagai kes positif. Kalau kena dekat orang yang tak jujur, mesti akan ambil sambil lewa saja jalan ke sana ke mari yalah dah dalam MySejahtera status masih biruuu “Low Risk, No Symptoms”. Memang tempting betul nak keluar merata waktuu ni πŸ˜… 

Jadi, macam mana aku punya boleh jadi lajuu dan MySejahtera tukar jadi merah? Alkisahnya lepas dah dapat result ujian kendiri tuu, aku terus bagitau dekat boss tempat kerjaaa aku yang aku positif COVID-19. Korang pun tahu kan, aku sekarang ni masih di bawah bumbung KKM, jadinya bila dah jadi staff KKM ni SOP yang ditetapkan dah jadi lain; dah kira jadi top prioriti pulak kes aku ni begituuu. Boss besar tempat kerja aku pun maklumkan yang aku boleh buat swab test (RT PCR) di tempat kerja aku sendiri untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pengesahan positif COVID-19 ni. Pagi 9/9/2021 (sehari lepas aku buat ujian kendiri tu), aku pun pergi buat RT PCR di tempat kerja aku. Dan sebelah malam dalam pukul 10 malam lebih dah terima panggilan pengesahan 😭 Begitulah serba sedikit cerita macam mana aku disahkan positif terlebih dahulu dari adik aku (kiranya MySejahtera aku bertukar merah cepat dari adik aku) dan bagaimana aku dapat pakai gelang pink dulu dari adik akuu haha; pening bukann. Ikutkan 15/9/2021 ni dia dah habis kuarantin tapi masih tak dipakaikan gelang sampai saaat ni dan tiada surat kuarantin diberikan (harap dapat tuntut surat kuarantin lepasni untuk mudahkan urusan kami semua) 🀲

Ini MySejahtera aku dan ahli keluarga yang lain bila masukkan nama adik aku sebagai orang positif COVID-19; ikutkan kami boleh ja melilau pu merata sebab kontak kasual masih bebas ke mana mana begituu tapi kami duduk rumah saja sbb kami tau betapa kontak rapatnyaa kami sekeluarga.

Ok, aku rasa dah panjang sangat aku taip entry untuk kalini. Ini pun taip sesambil tengok Netflix haha sajalah nak share pengalaman kena COVID-19 di sini nanti di masa hadapan bolehlah baca lagi, kenang kenangan hidup di era pandemik ini πŸ˜‚ InshaAllah lepasni aku buat entry lain cerita pasal simptoms yang aku hadapi sepanjang kena COVID-19 ni; apa yang aku buat sepanjang kuarantin, macam mana nak buat bila kena kuarantin di rumah dan lain lain lagi yang berkaitan hehe. Semoga aku terus rajin dan semangat nak menaip. Doakan aku dan keluarga aku cepat sembuh yaaa, diberi kekuatan untuk hadapi ujian yang satu ni amin amin 🀲 Ikutkan aku pun baru ja rasa kuat sikit harini itu yang rasa nak menaip tuuu, sebelum ni banyak rehat sajaaa sebab memang badan rasa lemah sangat, jadi tak bermaya dan rasa nak baring sajaa 😣 Pleaseee semorang yang terlintas dengan entry ni mohon doakan buat aku dan keluarga yaa moga tiada yang serius berlaku pada kami semua amin amin 🀲

Jumpa lagi di lain entry,

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jumaat, 3 September 2021

Ijazah Sarjana Muda Farmasi UiTM (Degree Farmasi) ✨

Assalamualaikum dan selamat pagi semuaaa ✨

Kembali kita lagi dalam entry yang baruuu haha. Aku tak tau kenapa aku tetiba rasa rajin nak update entry kali ni haha tapi sebabkan aku rasa tak lama ja lagi keputusan UPU untuk lepasan STPM/Asasi/Diploma akan diumumkan, jadi aku rasa macam bertanggungjawab nak share sikit pasal Ijazah Sarjana Muda Farmasi a.k.a Degree Farmasi ataupun in English we called as Bachelor of Pharmacy (Hons.) gituuuu. Untuk pengetahuan, aku dah hampir 3 tahun tinggalkan BPharm ni jadi maafkan akuuu kalau entry ni macam boring sikit hahaha; itulah dulu masa zaman belajar malas nak update blog sekarang baru rasa sedikit kerajinan πŸ€ͺ

Kalau nak taip panjang panjang aku rasa macam tak cukup masa nak share dekat sini (sekarang agak sibuk dan kekangan masa haha) tapi aku akan cuba sehabis baik untuk taip dan kongsi secara kasar apa yang bakal ditempuh sepanjang 4 tahun pengajian nanti. Aku cerita secara kasar dan general sajalah sebab kalau cerita satu per satu nanti tak terbaca dalam satu entry ni hehe. Kalau nak baca lebih lanjut boleh pi baca dekat blog junior akuuu, banyak informasi pasal BPharm dekat sanaaa, ini entry Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) UiTM di blognyaaa. Dan jugaaa boleh ke  SINI untuk bacaaa dengan lebih detail tentang silibus BPharm dll. Dan ada banyaakk lagi blog yang berbicara tentang Degree Farmasi dan juga kisah hidup pelajar farmasi ni (kalau ingat nanti aku selitkan dalam entry ni). Can go and check them out okay ! πŸ˜—

Sarjana Muda Farmasi UiTM; UiTM Puncak Alam

Jadi untuk entry aku, aku akan cerita berdasarkan tahun pengajian; dari Tahun 1 hingga Tahun 4 pengajian. Sebab apa? Sebab kalau aku cerita by semester memang penat aku nak menaip dan hampa yang nak membaca nanti HAHA. Dan seperti biasa; disclaimer sesiap; aku bukanlah student yang pintar dan cemerlang juga punya CGPA yang mantap haha, aku hanyalah seorang pelajar biasa yang punya cita cita yang tinggi begituuu. Walaupun aku bukanlah pelajar yang pintar, tapi aku rasa aku perlu bercerita di blog ni untuk bacaan tatapan bakal junior yang akan masuk BPharm ni; untuk tidak mengulangi kesilapan yang aku buat duluu dan boleh dapatkan result yang lebih cemerlang dari akuu hihi. 

Tanpa bertangguh lagi, mari kita teruskan kepada entry kita untuk harini. Dan jugaaa disclaimer lagi sekali; ini aku share berdasarkan pengalaman aku, apa yang aku lalui dan pelajari serta kurikulum pengajian waktu aku belajar dulu. Kalau sekarang dah berubah aku mintak maaf sesiap, mungkin akan berubah sana sini dalam kurikulum pengajian sekarang. (Maaf jugak kalau rasa pishang baca entry akuu haha saja nak update untuk kenangan hihi)

Tahun 1 Degree Farmasi πŸ˜‰

Secara asasnya, Tahun 1 punya pengajian adalah tahun untuk kita diajar asas kepada dunia farmasi. Kenapa aku katakan begitu? Sebab bila tengok balik subjek untuk semester 1 dan semester 2 memang semuanya adalah subjek basic untuk difahami sebelum menempuh cabaran yang lebih besar di Tahun 2 dan ke atas nanti haha. Walaupun begitu, jangan ambik mudah ya adikadik sekalian. Untuk semester 1 memang kebanyakan pelajar boleh score cemerlang, namun akan kecundang sikit bila dah masuk ke semester 2 sebab subjek di semester 2 walaupun nampak macam subjek ASAS tapi agak berat untuk dibawa dan disampaikan dengan baik kalau tak fokus betul betul (cakap berdasarkan pengalaman uhuk). Jika untuk pelajar lepasan Diploma (tak kira samada dari Diploma Farmasi, Diploma MLT, Diploma Mikrob dan sebagainya); boleh dapat pengecualian subjek untuk subjek Agama dan English Semester 1 serta Kokurikulum. Macam aku dulu; waktu Diploma ambik National Kesatria 1-3, jadinya semuaa aku dapat pengecualian, jumlah 5 subjek saja dapat pengecualian gitu. Antara semester 1 dengan semester 2 mana yang lagi susah? Semestinya lah semester 2 haha. Sebab masa aku dulu; aku ambik 22 jam kredit (credit hours) untuk semester 2 dengan jumlah subjek sebanyak 9 subjek haha boleh bayang sendiri la kekalutan waktu tu. Nasihat aku untuk Tahun 1 ni; fokus betul betul dapatkan the very best of CGPA kalau boleh; you will know eventually bila dah di penghujung entry aku nanti ni haha. 

Bergambar bersama classmates waktu lepas habis lab session bersama pensyarah hehe awal awal lab session kan mestilah semangat lebih hiks πŸ˜†

Alang alang aku ada sebut pasal jam kredit (credit hours) dekat atas tuu, jadi aku cerita sikit lah yaaa. Untuk Degree Farmasi ni, maximum jam kredit (credit hours) yang dibenarkan untuk ambik adalah 24 jam kredit sahaja. Untuk setiap semester, perlu belajar subjek teras (core subject), subjek elektif (elective subject), dan juga subjek universiti (university subject) macam English dan Agama. Macam mana penetapan jam kredit ni dibuat? Ok, bila dah sah jadi pelajar BPharm nanti, masa semester 1 kita akan dibekalkan dengan course outline dari kita Semester 1 sampailah Semester 8 (boleh cuba tengok contoh course outline ni dekat dalam blog yang aku dah bagitau dekat atas tu); jadi dari situ kita dah boleh plan kita punya subjek untuk semester akan datang (yang ini untuk subjek elektif kebiasaannya). Boleh ke ambik sampai maximum jam kredit? Haha mestilah boleh kalau mampuuu gituuu, tengoklah aku punya jam kredit masa semester 2 tuu sampai 22 jam kredit haha acah kuat lah konon nak bawak sekali kecundang jugak ahaha (true story 🀣). 

Sedikit tambahan lagi, disebabkan aku adalah bekas pelajar Diploma Farmasi yang masuk ke Degree Farmasi, jadi antara subjek cabaran bagi akuuu (dan aku percayaaa untuk kebanyakan rakan rakan bekas Diploma Farmasi macam aku haha) adalah subjek Organic Chemistry I dan II, Pharmacology AND MEDICINAL CHEMISTRY , Biochemistry serta Pharmaceutics haha. Kalau perasan semua berkaitan dengan Chemistry kann ehek πŸ˜†; begitulah lumrah menjadi pelajar dalam School of Pharmacy hihi; kena master sebetulnya untuk subjek Kimia (Chemistry). Don’t worry; slowly but surely; ramai ja kawan kawan aku dapat survive dengan jayanyaaaa dan score terbaik hehe. Menarik sebenarnya kalau betul betul fokus belajar subjek Kimia ni tambah tambah bila dah belajar later on dengan drug molecule structure; masa ni rasa macam woww begituu jee twist molecule dah jadi ubat lainn haaa gituuu. Sebab tuuu kalau boleh dari Tahun 1 lagi belajar lebih sikit untuk chemistry related subject ni supaya nanti dah naik tahun tak akan jadi susah pada kita hihi. 

Gembira bukan masing masing haha nasib baiklah ada gambar kenang-kenangan πŸ˜‰

Tahun 2 Degree Farmasi 🀩

Ok, tahniah sekarang dah naik ke Tahun 2 Degree Farmasi ! πŸ₯³ Haha, masa ni akan rasa macam senior sikit la sebab akan ada junior baruu yang masuk bawah kitaaa hahaha. Untuk semester 3, jumlah jam kredit adalah 24 jam kredit (yaaa, maximum jam kredit yaaa ) uhuk dengan jumlah subjek sebanyak 10 subjekk hihi bayangkan kelam kabut nyaaa masa tuuu tapi jarang risauu ramai jaaa boleh score dengan baik. Yang penting; bila semester kita ada banyakkk sangat subjek kann; pengurusan masa (time management)  adalah sangat penting. Kena pandai susun keutamaan (priority) yang mana perlu disiapkan terlebih dahulu, yang mana boleh letak tepi sat; subjek mana nak tengok duluu untuk test nanti (mind youuu subjek sampai 10 ni kadang nak habiskan dalam 14 minggu kuliah memang akan cramp habis dan selalu test memang akan tarikh dekat dekat); jadi sekali lagi nak tekankan pengurusan masa tuu sangatlah penting ‼️ 

Subjek subjek di Semester 3 ni bagi akuuu semuaa nyaaa beratt hahaha, tapi kalau aku dapat kongsi sini, top 3 subjek agak susah bagi aku adalah Pharmaceutical Immunology, Principles of Pathology and Peripheral Nervous System and Pharmacotherapeutics (Pharmaceutics II susah jugak ya tapi PNS lagi berat bagi akuuu haha). Untuk pengetahuan juga, mula semester 3 ni dah kena start ambik bahasa ketiga (third language) dari Level 1 sampailah Level 3 (masa semester 5). Untungnya jadi pelajar UiTM ni adalah kerana kita didedahkan untuk belajar bahasa ketiga ni; cuma kena minat sikit la dengan bahasa yang kita pilih kalau tidak nanti kita akan rasa berat nak pikul. Yang penting kenaaa enjoyyy masa ambik bahasa ketigaaa nii sebab masa ni la you get to enjoy other than pharmacy things hehehe 😜 Pilihan third language yang adaa?! Untuk BPharm, seingat akuuu ada Bahasa Mandarin (ramai yaaa berebut nak masuk kelas Mandarin, Alhamdulilah rezeki aku dapat masuk haha), Bahasa Jepunn dan juga Bahasa Perancis, serta Bahasa Arab (ni tak pasti rasa macam ada, ingat ingat lupaaa hihi)

Masih sempat ya selfie sesambil discuss dalam lab haha πŸ˜† 

Masuk semester 4, jam kredit dah jadi bawah 20 jam kredit. Subjek kebanyakan bearable lah tapi aku tak score jugak punnn sebab aku ni banyak main haha takdalah aku banyak aktif ke arah lain jadinyaaa belajar macam tak berapa nak balance sangat huuu. Mungkin kalau boleh undur masa, aku nak buat yang lebih baik dalam BPharm ni haha gituu. Selain tuuu banyak isu peribadi dan isu kesihatan yang buatkan fokus aku hilang terus untuk Tahun 2 ni. Lagi pula, masa Tahun 2 ni aku dah mula duduk di luar kampus, ingat boleh survive la hidup di luar (takda kenderaan pun masatu tapi buat keputusan berani mati sebab tak yakin akan dapat kolej); jadi memang banyak terjejas pelajaran aku. Banyak pengajaran lah aku dapat sepanjang hidup di luar di Tahun 2 ni tambah tambah bila hang kena independent sendiri untuk pi kelas, balik kelas, study, urus persatuan lagi haa gituu. Kalau tanya aku; memang Tahun 2 dalam Degree Farmasi ni adalah tahun pengajian yang paling teruk bagi akuu; perit sampai rasa takmau ulang lagi dahhh sebab tak terbayang penatnya ulang alik naik bas, tunggu bas, bangun awal, balik lambat hurmm kenangan sungguh yaaa (tibeee emosii hehe sorry 😣) Jadi, nasihat akuuu bagi adik adik yang bakal masuk nanti jika peluang duduk di kolej, fight lah sehabis baikk tambah tambah kalau takda transport untuk hidup di luar nanti. (Musim COVID-19 ni masih belajar di rumah, cabaran nya jadi lain lah pulak yaaa)

Antara aktiviti aku dulu; menjadi SMF Farmasi 😝

Lepas habis bincang, kita buat apa? Ya, kita selfie hihi ✌️

Ok, aku rasa agak panjang untuk entry kali ni. Jadi aku akan split jadi dua entry Part 1 dan Part 2 untuk memudahkan bacaan begituuu. Tapi sebelum aku akhiri entry kalini, aku nak share tentang penglibatan akuuu masa aku di Tahun 1 dan Tahun 2. Belajar kena belajar, bersosial punn kena jugakk begituu haha tapi jangan ulang kesilapan aku lah yaaa haha πŸ˜† Tak pandai urus masaaa pastuuu keputusan semester punnn kelaut China Selatan ihiks. 

First event akuuu join waktuuu aku Tahun 1 Degree Farmasi ialah National Pharmacy Sports Carnival (NPSC), waktuu tuuu diadakan di USM, Pulau Pinang. NPSC ni national event yang kumpulkan semua pelajar Degree Farmasi dari semua IPTA dan IPTS yang dibawah naungan MyPSA. Banyak acara sukan dipertandingkan masa NPSC ni. Aku main game apa?! Akuu main petanque sajaa haha. Kemudian dapat join National Gathering Pharmacy Students (NoGAPS) di AIMST University. National event juga libatkan perjumpaan besaran antara pelajar farmasi lepastu buat aktivit sekali gituu. Aku masih lagi junior waktuuu nii tapi dapat peluang joinnn dannn sangat lah best bagi akuu aktiviti yang disediakannn haha, tolonglahhh joinn jika berpeluang hihi (Khabarnya penganjuran tahun ni secara virtual)

Gambar kenangan selepas event pΓ©tanque NPSC 2015 ☺️

Gambar kenangan untuk NoGAPS 2015 πŸ˜—

Di peringkat UiTM, aku terlibat dengan Rx Sports Day. Sukan diadakan dalam kampus untuk Fakulti Farmasi; perlawanan antara batch ada 4 batch kesemuanyaa termasuk juga Alumni yang hadir untuk main futsal. Aktiviti dalam fakulti juga termasuk program orientasi PharmilyUiTM (kira macam sesi senior kenal dengan junior gitu), program Pharmafiesta, Pharmville dan lain lain lagi. Kemudian masuk pulak Sukan Antara Fakulti; main bowling dengan seniors (ya aku sorang ja junior hahaha dahsyat kann 🀣)

Batch aku terlibat untuk RX Sports Day 2016 😚

PharmilyDay UiTM

Fuh, baikkk, sampai sini duluuuu, jumpa lagi di entryy Part 2 yaaa. Tahniah sebab dah berjayaa baca sampai setakat ini hehe. Maaf lah kalau rasa macam tak berilmiah entry ni hahaha almaklumlah dah 3 tahun tinggal BPharm jadi mampu share apa yang masih ingat sajalahhh yang lain boleh refer blog orang lainn hihi.

Jumpa lagi di lain entry.

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM