Isnin, 28 April 2014

28042014

Isnin.

Harini dah hari Isnin dah.

Cepatnya masa berlalu.

Sedar2 dah nak habis bulan 4.

Dan juga hampir sebulan sudah aku berkecimpung dalam dunia pendidikan

Bulan April, terimakasih kerana datang dengan baik

Alhamdulillah Ya Allah.

Semoga pengakhiran yang baik juga untuk bulan April ini. Amin

April pergi, Mei datang.

Semoga kehadiran Mei dan juga bulan Rejab

Membawa erti yang lebih baik buat aku dan semua.




Harini Isnin, kelmarin Ahad. Hujung minggu.

Akibat tekanan yang melampau, aku ajak member lepak kat pantai

Tapi tak sangka, terlalu ramai orang sangat sampai takdak privacy, haha

Tekanan akibat bebanan kerja yang sudah ku terima makin banyak

Aku masih cuba untuk sesuaikan diri yang sebenarnya

Cuba stabilkan diri aku yang kadang2 asyik nak mengamuk dlm kelas

Garang, ya aku memang sedikit garang dlm kelas

Entah, aku cuba jadi lemah lembut tapi tak berhasil

Pelajar2 sekarang terlampau aktif

Susah aku nak kawal.

Alhamdulillah, aku masih cuba, semoga Allah permudahkan lagi

Doakan aku untuk terus berjaya dalam bidang pendidikan ini.

Amin :)

Sekian, entry merapu meraban bertajuk 28042014, haha




posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 22 April 2014

Sibuk kah ?

Assalamualaikum dan selamat malam semua.


Alhamdulillah, aku masih mampu nak menaip kat sini telah hampir seminggu lebih menghilangkan diri dari dunia blogging ni. Ya Allah, rindunya rasa. Apa bendalah yang aku sampai sibuk sangat hingga abaikan blog kesayangan aku ni ? Haha

Aku pun sekarang ni seolah olah hilang dalam dunia sendiri, baru perlahan2 nak munculkan diri sekarang ni. Entahlah kemana tenggelam aku pun taktau, haha. Untuk berlaku jujur, aku sekarang ni memang agak sedikit sibuk dengan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru ganti di sebuah sekolah menengah dekat2 sini. 

Hah, sebut ja jadi guru mesti orang ingat kerja senang, mai kerja 7.30 pagi balik rumah pukul 2.00 petang. Oh, sesungguhnya itu semua hanyalah dusta semata mata. Silalah jangan percaya. Aku dulu pun sebelum terima tawaran sebagai guru ganti ni pun, percaya lah bulat2 yang nak jadi cikgu ni senang. Padahal, realiti nya punyalah susah dan agak mencabar terutamanya jika kita tak ada basic pendidikan langsung. Serius aku cakap, bukan senang. 

[Google Images]

Sebab aku sendiri pun bukannya berlatar belakangkan pendidikan, ataupun daripada maktab perguruan, NO ! Kerjaya aku yang sebenar lain, lebih menuntut kepada berhadapan dengan ubat ubatan dan pesakit. Tapi alhamdulillah, aku terima semua ni sebagai satu cabaran hidup buat aku. Sekurang2nya aku dapat cari pengalaman sebanyak yang mungkin dan sekurang2nya aku dah buat didedahkan kepada kehidupan sebenar seorang pekerja kerajaan. Haha. 

Aku masih lagi cuba untuk menyesuaikan diri walaupun dah hampir sebulan aku bertugas. Mana taknya, jadual kerja aku takmenentu masa pulangnya. Dipendekkan cerita pulak, aku ni pi kerja berhantar dan berambil oleh hero aku yang satu ni. Jarak dari rumah ke sekolah pula dalam 20-25minit perjalanan. Jika aku dimaklumkan awal yang aku akan ada program pada petang harinya, aku takdak masalah. Ni dah last2 minit yang terakhir, barulah kata ada perjumpaan segala bagai. Huwaa, kekadang hangin jugak, haha

Oklah, macam dah panjang pulak aku merapu meraban dekat entry yang satu ni kan. Oh sebelum terlupa, sepuluh jari aku susuun mohon ampun dan maaf kalau ada pertanyaan2 yang tak sempat di respons oleh aku dalam keadaan segera. Kalau urgent sangat, PM saja di pages aku okeh? InsyaAllah akan cuba direply secepatnya ;)

Sekian saja dari cikgu garang Alyaa.  





Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 13 April 2014

Saya sudah kembali . . .

Assalamualaikum, selamat pagi

Alhamdulillah, setelah sekian lama aku menghilangkan diri dari dunia blog ni, aku kembali untuk menaip di sini.

Aku masih seperti ni, sihat dan bertambah sihat. Hahaha. Kerja alhamdulillah, getting better. Semoga terus terusan aku berjaya dalam mendidik anak bangsa. InsyaAllah, amin. Samasama kita doakan untuk aku, hehe.




Sekarang ni hujung minggu, dan aku rasa macam nak karang entry yang pepanjang time weekend ni. Tapi still, kena settlekan few things. Kalau nak harapkan aku update time weekdays, memang susah sikit la sebab kerja kan. Hahaha.

Oklah, saja ja nak update entry ni. Nak bagi panas2 jari dulu, huahua. Doakan aku rajin karang entry lagi nah. Rindu nak blogwalking, wuwuwu. Jumpa lagi ! ;)

posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 5 April 2014

In progress ;)

Alhamdulillah, masih mampu aku menconteng di blog ni walaupun agak sibuk. Hehe

So, apakhabar orang orang di sini ? Ada orang tak niii ? Hahaha. Assalamualaikum, selamat malam semuaa ;)

Aku masih disini, masih sihat seperti biasa, syukur kehadrat Illahi. Kerja pun semakin okey, dan harap2nya aku mampu bertahan untuk tempoh 3 bulan ni. Kena tetapkan balik nawaitu, dan niat kenapa aku mengajar. InsyaAllah, Allah ada untuk bantu aku. :)

Ok, tajuk dah baca kan ? Apa yang in progress nya wahai Alyaa ? Hahaha. Untuk memenuhi janji aku yang dulu, aku sekarang masih lagi dalam proses untuk menyiapkan entry2 yang tertunggak itu. Sekarang ni, tengah mengedit gambar dan menapis gambar2 yang ada banyak dalam folder ni, hahaha.

Jadi, kalian semua diharapkan dapat bersabarlah ye. Untuk yang sedang tunggu respons aku pun, harap bersabarlah ya. Akan ku cuba untuk responds secepat mungkin ;)

Dan mohon doakan agar kerjaku dipermudahkan olehNya, hehe. Disebabkan entry2 yang lain masih in progress, jadinya entry2 yang terzahir ini hanyalah sebagai ganti supaya blog ini tidaklah terlalu bersawang rawang yeee.

Almaklumlah, cerita 9bulan yang lepas aku nak coretkan kat sini, semestinya , mengambil masa sedikit, tak gitu bukan ? Hewhew. Janji tetap janji, cuma lambat sikit. Oklah, nak pi sambung edit gambar, bubyeeee. ;)





posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 2 April 2014

Kesabaran .

Kesabaran,

Sabar itu penting,

Sangat penting bagi aku,

Sebagai seorang guru.

Walaupun hanya menjadi guru ganti,

Tapi tak bermakna aku takhadapi segala cabaran seperti yg guru lain hadapi.

Alhamdulillah.

Setakat hari ini aku masih mampu bertahan dan sabar,

Dengan semua perkara dan perangai pelajar2 aku ni.

Moga aku kuat dan kuat lagi lepasni

Kerna aku tahu profesion guru bukanlah suatu yang senang ;)




posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM