Bertemu lagi kita di entry kedua mengenai pahit manis kenangan aku sepanjang semester 4 ni. Al kisahnya lebih kepada aktiviti aktiviti yang ada sepanjang semester 4 aku. Tapi, aku tak ceritakan semua lah. Penat lah nak kongsi2 semua kan. Silap silap nanti blog ni jadi blog minit mesyuarat. Eh, haha. So, aktiviti seterusnya yang boleh dikatakan MENARIK aturcaranya ialah Rx Family Day 2013.
Untuk pengetahuan, setiap tahun Family Day ni boleh dikatakan sebagai acara wajib untuk fakulti aku. Wajib ni maksudnya macam acara tahunan lah. Every 2 sem akan ada Family Day ni. Jadi, sepanjang 2tahun belajar di UiTM, akan ada dua kali lah Family Day ni. Yang lepas, aku dah cerita, kalau rajin boleh rujuk entry2 yang lepas, Februari 2012 rasanya. Hehe.
3 Februari 2013 : Rx Family Day 2013
Alhamdulillah, Family Day kalini berjaya dianjurkan oleh junior2 kami yang diadakan di Taman Belia Pulau Pinang. Well said, walaupun bajet kurang, but they did a great job ! Terimakasih atas perlawaan untuk kami join Family Day kalini walaupun penuh dengan ketidakrelaan. Kenapa ketidakrelaan ? Haha. Biarkan sejarah hitam itu disimpan rapi oleh kami. Syukur, kami sangat2 enjoy di sana. Dan yang paling bestnyaa kat sana sebab ada ........
....................
....................
....................
TARAAAA !!!
Ada kolam hah ! Bestnyaa lah hai. Serius best boleh main2 kolam ni. Muehehe
(Macam bebudak hah)
Oh, mulanya taktahu pun ada kolam ni. Cuma adalah diorang cakap2 suruh bawak baju extra kot2 ada aktiviti2 yang basah kan. Kita ikutkan sajalah time tu. Gerak awal pagi dari kampus lebih kurang 8.30 pagi (7.45 pagi asalnya) selamat sampai pukul 10 pagi di Taman Belia Pulau Pinang.
Sampai2 saja tengok orang2 tengah senamrobik, hah kebetulan bas yang aku naik tu sampai awai sekali, so bebudak ni join sekali lah ikut senamrobik tu. Best tau tengok. Haha. Rajin jugak orang orang Penang ni senamrobik hari hari minggu. Hehe.
Landskap + Senamrobik pagi Ahad |
Macam biasa, bas sampai awai, kita photoshoot dulu. Kawan selamanyaaa. <3 td="">3> |
My very bestfriend, Aiman. Rinduu. :) |
Bila semua dah sampai, dalam 10.30 pagi macam tu, kena berkumpul ikut kumpulan semua tu lah, well macam biasa, nasib aku sangat tak baik tiap kali beraktiviti sebab selalu dapat group yang tak best. Sobsob. Jahat benar aku kan. Haha. Tapi, aku tak main pun sebab main aktiviti nya explorace . Aku kena avoid bab bab aktiviti macam tu masa tu. Muehehe. Btw, explorace tu aku tengok sangat exciting. Baguslah mereka pandai gunakan landskap dan fasiliti kat taman belia tu dengan sebaiknya.
Kawan kawan yang menyertai explorace di family day. :) |
Cepat cepat ! Siapkan tugasan nanti lambat sampai garisan akhir. Haha. |
So, nak cerita apa lagi eh ? Hah, dalam 12.30 tengah hari macam tu, kami rehat sampailah pukul 2 petang. Argh, bestnyaa. Time ni lah yang adanya nak main main kat kolam, rendam rendam kaki, main main air, tangkap gambaq macam dalam majalah mangga tu. Haha.
Nampak tak muka eksited nak main kolam. Haha |
Kanak kanak riang. Sayang semuaaa. :) |
Nampak tak cuaca panas dalam gambaq atas tu ? Hah kau, panas tak panas, ayaq kolam tu sejuk. Haha. Bedal saja sementara tunggu masuk waktu Zohor kan. Muehehe.
Kolam yang best dan kawan kawan yang happening ! |
Apa yang kami buat time orang lain tengah tengok sukaneka. Hehe |
So, lepas solat Zohor apa semua tu, ada acara sukaneka untuk student student pulak lah. Hah, masa ni pun nasib baiklah ada orang yang sudi nak ambik gambaq guna tablet aku, aku suakan saja, aku tau dia boleh jaga elok elok tabs tu. Hehe.
Sukaneka student . :) |
Lepas habis sukaneka, pelajar lelaki ada perlawanan futsal antara batch, kiranya macam nak rematch balik la dari game haritu. Eh, entahlah aku pun tak pasti tapi lebih kurang begitulah. Haha. Well, macam tradisi, tahun lepas masa kami lawan dengan senior, kami sebagai junior menang, jadi kalini pun samalah. Dah jadi senior, karma berlaku, junior lah menang. Apa2pun, they did a good job ! Semangat saja semua. Haha
Oh ya disebabkan tatkala itu aku dah rasa agak bosan dengan game futsal, urghh macam lama sangat kan diorang main, so aku pun naiklah atas, lepastu ada kawan ajak pergi satu tempat ni. Ngeh3, aku pun nak cuba jugak mulamula tu, tapi takut sebab tau dah akan sakit punyalah kaki ni. Uhuk3. Tempat apa aku pi ? Meh nak tunjukkkk .
...........
...........
...........
TARAAA !!!
Track jalan kaki untuk refleksologi
Refleksologiiiii |
Seperti yang aku kata lah kan, mesti tak sampai habis punya. Separuh dah menyerah kalah. Haha. Itu maksudnya aku ni banyak penyakit. Sobsob. Sebab siapa yang asyik rasa sakit bila buat ni ada kemungkinan yang ada penyakit penyakit tertentu. Itu apa yang aku baca dia tulis. Wallahualam betul atau tak.
Dah habis semua tu kan, acara last sekali adalah acara tarik tali. Acara tarik tali ni boleh dikatakan acara wajiblah tiap kali ada sukaneka. Muehehe.
SENIOR perempuan menang woi ! Haha |
Dan yang terakhirnyaaaaaaa, adalah acara penyampaian hadiah. Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang dirancang. Terimakasih junior atas semangat dan usaha gigih dalam menjalankan program tahunan ni. Kawan kawan yang hadir juga , terimakasih menceriakan hari hari aku waktu tu walaupun hari Selasa tu akan ada midterm untuk ENT300, tapi kita senyum saja datang program kan. Hehe.
Penyampaian hadiah |
Kemudahan dan flora fauna di Taman Belia Pulau Pinang |
:: Disebabkan gambaq boleh dikatakan agak banyak, so aku terpaksa lah collagekan mereka untuk memudahkan segalanya. Terima kasih sudi baca ::
To be continued . . . . . . . .
0 ulasan:
Catat Ulasan