Memaparkan catatan dengan label family day. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label family day. Papar semua catatan

Isnin, 16 September 2013

Rainbow Paradise Beach Resort : Bahagian I

Assalamualaikum, selamat petang, salam 1Malaysia !


Apa khabar semua harini? Wahh, semua nampaknya macam seronok ya harini cuti ? Haha. Samalah aku, seronok juga dapat bercuti panjang sikit kalini. Dapat rehat lebih2 sikit. Hihi

Tapi, rehat2 aku pun kena buat kerja jugak meh. Kena study untuk post test manufacturing nanti. Wuawua, aku masih belum bersedia untuk test Jumaat ni. Sobsob. Harap2 dapat cover untuk semua nanti. Nervous2.

Ok, malas nak cerita panjang, cuma nak kongsikan yang hari Sabtu baru ni aku ada ikut family day company mak aku. Family day ni diadakan di Rainbow Paradise Beach Resort dekat Tanjung Bungah. Siapa2 orang Pulau Pinang atau pernah datang Pulau Pinang ni, taulah tempat ni kat mana. Tak susah sangat pun sebenarnya nak cari. 

Tempat ni best, sangat best. Tapi ada dua benda saja aku takpuas hati kt tempat ni, iaitu dia punya parking lot dan juga kemudahan lif yang disediakan. Aaaa, dua benda ni boleh bikin gaduh ooo. Aku harap pihak pengurusan dapat ambik benda ni sebagai sesuatu yang serius untuk keselesaan pengguna2 nya nanti.

Nak cerita panjang pasal family day ni pun rasa macam boring jugak, sebabnya tak banyak aktiviti pun yang ada. Tetambah untuk kami yang dah besar panjang ni kan. Lagilah rasa pelik sangat. Haha. So, kerja kami bila orang bermain, kami berphotoshoot ! Sempat la jugak posing2 sini sana bagai. Hehe.







Atas ni antara gambar pemandangan yang sempat kami capture pada petang hari hari Sabtu tu. Sangat best tempat ni sebab nya ada pantai ! Aaaa, aku sangat sukakan pantai. Kedamaian, ketenangan aku dapat dari melihat kebesaran Allah ini. Rasa macam dapat lepaskan semua tekanan yang pernah ada dalam diri ini. Hah, gituu. Haha. Ok, itu baru gambar pemandangan, gambar view petang2 kan, nanti untuk next entry aku masukkan gambar kami2 pulak dan untuk aktiviti hari Ahad pula. Hari Sabtu ni sebab dah sampai agak lewat atas faktor2 tertentu, so sempat buat aktiviti sikit2 saja. Hihi. 

Selamat bercuti semua ! :)



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Isnin, 22 April 2013

Pahit Manis Semester 4 Bahagian II

Hooooollaaaa ! Assalamualaikum . . .


Bertemu lagi kita di entry kedua mengenai pahit manis kenangan aku sepanjang semester 4 ni. Al kisahnya lebih kepada aktiviti aktiviti yang ada sepanjang semester 4 aku. Tapi, aku tak ceritakan semua lah. Penat lah nak kongsi2 semua kan. Silap silap nanti blog ni jadi blog minit mesyuarat. Eh, haha. So, aktiviti seterusnya yang boleh dikatakan MENARIK aturcaranya ialah Rx Family Day 2013.

Untuk pengetahuan, setiap tahun Family Day ni boleh dikatakan sebagai acara wajib untuk fakulti aku. Wajib ni maksudnya macam acara tahunan lah. Every 2 sem akan ada Family Day ni. Jadi, sepanjang 2tahun belajar di UiTM, akan ada dua kali lah Family Day ni. Yang lepas, aku dah cerita, kalau rajin boleh rujuk entry2 yang lepas, Februari 2012 rasanya. Hehe.

3 Februari 2013 : Rx Family Day 2013


Alhamdulillah, Family Day kalini berjaya dianjurkan oleh junior2 kami yang diadakan di Taman Belia Pulau Pinang. Well said, walaupun bajet kurang, but they did a great job ! Terimakasih atas perlawaan untuk kami join Family Day kalini walaupun penuh dengan ketidakrelaan. Kenapa ketidakrelaan ? Haha. Biarkan sejarah hitam itu disimpan rapi oleh kami. Syukur, kami sangat2 enjoy di sana. Dan yang paling bestnyaa kat sana sebab ada ........



....................


....................


....................


TARAAAA !!! 

Ada kolam hah ! Bestnyaa lah hai. Serius best boleh main2 kolam ni. Muehehe
(Macam bebudak hah)

Oh, mulanya taktahu pun ada kolam ni. Cuma adalah diorang cakap2 suruh bawak baju extra kot2 ada aktiviti2 yang basah kan. Kita ikutkan sajalah time tu. Gerak awal pagi dari kampus lebih kurang 8.30 pagi (7.45 pagi asalnya) selamat sampai pukul 10 pagi di Taman Belia Pulau Pinang. 

Sampai2 saja tengok orang2 tengah senamrobik, hah kebetulan bas yang aku naik tu sampai awai sekali, so bebudak ni join sekali lah ikut senamrobik tu. Best tau tengok. Haha. Rajin jugak orang orang Penang ni senamrobik hari hari minggu. Hehe.

Landskap + Senamrobik pagi Ahad

Macam biasa, bas sampai awai, kita photoshoot dulu. Kawan selamanyaaa. <3 td="">

My very bestfriend, Aiman. Rinduu. :)
Bila semua dah sampai, dalam 10.30 pagi macam tu, kena berkumpul ikut kumpulan semua tu lah, well macam biasa, nasib aku sangat tak baik tiap kali beraktiviti sebab selalu dapat group yang tak best. Sobsob. Jahat benar aku kan. Haha. Tapi, aku tak main pun sebab main aktiviti nya explorace . Aku kena avoid bab bab aktiviti macam tu masa tu. Muehehe. Btw, explorace tu aku tengok sangat exciting. Baguslah mereka pandai gunakan landskap dan fasiliti kat taman belia tu dengan sebaiknya.

Kawan kawan yang menyertai explorace di family day. :)

Cepat cepat ! Siapkan tugasan nanti lambat sampai garisan akhir. Haha.
So, nak cerita apa lagi eh ? Hah, dalam 12.30 tengah hari macam tu, kami rehat sampailah pukul 2 petang. Argh, bestnyaa. Time ni lah yang adanya nak main main kat kolam, rendam rendam kaki, main main air, tangkap gambaq macam dalam majalah mangga tu. Haha. 

Nampak tak muka eksited nak main kolam. Haha

Kanak kanak riang. Sayang semuaaa. :)

Nampak tak cuaca panas dalam gambaq atas tu ? Hah kau, panas tak panas, ayaq kolam tu sejuk. Haha. Bedal saja sementara tunggu masuk waktu Zohor kan. Muehehe. 

Kolam yang best dan kawan kawan yang happening ! 
Oh ya, sebelum rehat tu, ada acara sukaneka untuk lecturer lecturer , aku tak dapat nak join tengok, tak dapat nak ambik gambaq apa semua sebab masa tu aku kena jaga kawan yang injured kat atas. Sukaneka tu diorang buat kat belah bawah hah. 

Apa yang kami buat time orang lain tengah tengok sukaneka. Hehe

So, lepas solat Zohor apa semua tu, ada acara sukaneka untuk student student pulak lah. Hah, masa ni pun nasib baiklah ada orang yang sudi nak ambik gambaq  guna tablet aku, aku suakan saja, aku tau dia boleh jaga elok elok tabs tu. Hehe. 

Sukaneka student . :)

Lepas habis sukaneka, pelajar lelaki ada perlawanan futsal antara batch, kiranya macam nak rematch balik la dari game haritu. Eh, entahlah aku pun tak pasti tapi lebih kurang begitulah. Haha. Well, macam tradisi, tahun lepas masa kami lawan dengan senior, kami sebagai junior menang, jadi kalini pun samalah. Dah jadi senior, karma berlaku, junior lah menang. Apa2pun, they did a good job ! Semangat saja semua. Haha



Oh ya disebabkan tatkala itu aku dah rasa agak bosan dengan game futsal, urghh macam lama sangat kan diorang main, so aku pun naiklah atas, lepastu ada kawan ajak pergi satu tempat ni. Ngeh3, aku pun nak cuba jugak mulamula tu, tapi takut sebab tau dah akan sakit punyalah kaki ni. Uhuk3. Tempat apa aku pi ? Meh nak tunjukkkk .


...........


...........


...........

TARAAA !!!

Track jalan kaki untuk refleksologi

Refleksologiiiii

Seperti yang aku kata lah kan, mesti tak sampai habis punya. Separuh dah menyerah kalah. Haha. Itu maksudnya aku ni banyak penyakit. Sobsob. Sebab siapa yang asyik rasa sakit bila buat ni ada kemungkinan yang ada penyakit penyakit tertentu. Itu apa yang aku baca dia tulis. Wallahualam betul atau tak. 

Dah habis semua tu kan, acara last sekali adalah acara tarik tali. Acara tarik tali ni boleh dikatakan acara wajiblah tiap kali ada sukaneka. Muehehe. 

SENIOR perempuan menang woi ! Haha

Dan yang terakhirnyaaaaaaa, adalah acara penyampaian hadiah. Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang dirancang. Terimakasih junior atas semangat dan usaha gigih dalam menjalankan program tahunan ni. Kawan kawan yang hadir juga , terimakasih menceriakan hari hari aku waktu tu walaupun hari Selasa tu akan ada midterm untuk ENT300, tapi kita senyum saja datang program kan. Hehe.

Penyampaian hadiah
Kemudahan dan flora fauna di Taman Belia Pulau Pinang

:: Disebabkan gambaq boleh dikatakan agak banyak, so aku terpaksa lah collagekan mereka untuk memudahkan segalanya. Terima kasih sudi baca ::

To be continued . . . . . . . .
Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM