Assalamualaikum dan selamat petang.
Alhamdulillah, akhirnyaaa dapat juga aku taip entry ni, menaip dengan secepat dan sepantas yang boleh. Sependek dan seringkas yang boleh saja untuk tatapan pembaca blog ni. Tulis pepanjang kang tak ada yang nak baca pula kan. Muehehe.
1 Februari 2013 : - Deworming Program
Alhamdulillah, pada 1/2/13 hari Jumaat, fakulti aku, Fakulti Farmasi UiTM Bertam telah buat satu program, kiranya macam lawatan sambil belajar lah, ke Rumah Anak Yatim Al-Wadi untuk bagi ubat cacing kepada anak anak yatim di sana. Bertolak pagi lebih kurang pukul 8.30 pagi dengan tiga buah bas dengan hampir 120 orang pelajar dengan 4 orang pensyarah pengiring.
Syukur, program berjalan dengan lancar. Setiap dari kami dapat seorang adik angkat tak kira lelaki atau perempuan. Tapi aku tak dapat pun sebab tak cukup bilangan anak yatim dengan batch kami. Haha. Senang kerja aku, pi sana duduk tengok orang buat kerja sambil jalan2 pusing rumah anak yatim tu. Ihiks. Untuk mereka yang dapat adik angkat tu, kena ambik segala maklumat tentang adik angkat mereka tu, then based on age kalau taksilap akan dapat ubat cacing samada dalam bentuk tablet mahupun suspension.
Kawan kawan aku bersama adik adik angkat mereka. Sungguh, tiba2 rasa rindu dekat adik adik ni. Ya Allah, selamatkan mereka walau di mana pun mereka berada. Amin. Okay, nak cerita apa lagi ya ? Oh ya, makanan tengahari yang disediakan oleh pengurusan sana sangatlah best, masakan kampung ! Hehe. Sepatutnya, pelajar perempuan kena tolong masak masak sikit tapi bila kami dah sampai dekat tempat dapur tu, semuanya dah tersedia. Kami pun duduk sajalah di situ sambil buat sedikit aktiviti untuk uji ilmu ubat yang kami ada. Madam Normi selaku pharmacist berlesen tolong bantu apa yang kami taktahu. Hehe.
Oh, sedapnyaa kawan baik aku ni duk makan ya. Rindu pulak rasa kat Aiman. :( |
So, kenangan yang aku dapat dalam aktiviti ni ? Banyak jugak, cumanya sangat sekejap saja dapat luangkan masa bersama adik adik ni. Rasa sayu je nak lepaskan mereka masa naik bas tu. Siap main lambai lambai lagi kau. Sedih kan. :') InsyaAllah, ada masa dan ketika kami akan ke sana lagi ya adik adik. Semasa di sana, aku teringatkan saat saat aku berada di asrama dulu, dengan peraturan yang kebanyakan boleh dikatakan samalah dengan mereka di sana. Sebab tu aku boleh rasa serba sedikit apa yang mereka rasa. :)
Cerita pasal Deworming sampai sini sahaja kot, cerita details sangat kan dah jadi panjang berjela pulak, dah macam karangan SPM pulak nanti. Haha.
Seterusnya, nak sambung mengenai Rx Family Day 2013 yang diadakan selang sehari daripada program ni. See, kan aku cakap aku memang busy yang amat tersangat semester 4 ni. Itu yang nak update tika dan waktu selesai satu satu program tu macam susah sikit. Hehe. Aku akan cuba compilekan kat sini saja.
To be continued . . . . . . . . . . ( Akan bersambung . . . . . . )
:: Nota kaki : Harap maaf atas kelewatan kebanyakan entry. Aku agak sibuk walaupun tengah bercuti sekarang ni. Muehehe ::
0 ulasan:
Catat Ulasan