Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kali ini Nurul nak kongsikan sesuatu dengan korang semua. Ini hanya untuk tatapan sahaja. Selamat membaca semua. Nurul harap tiada yang anti-anti dengan blog ni nanti.. =)
Oleh Shazwan Mustafa Kamal
KUALA LUMPUR, 25 April - Profil DNA “Lelaki Y” yang ditemui di dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Ketua pasukan pendakwa Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata sampel-sampel DNA yang diambil daripada tiga barang di sel Anwar(gambar) ditahan semalaman pada 16 Julai 2008 sepadan dengan profil DNA “Lelaki Y”.
“Ia mengesahkan bahawa penyumbang tidak diketahui Lelaki Y adalah Datuk Seri Anwar. Ini menunjukkan ada kes prima facie,” katanya ketika menyampaikan hujah penggulungan sama ada Anwar harus dipanggil untuk membela kes liwat keduanya ini.
Yusof juga berkata Anwar adalah tahanan tunggal di lokap ketika tuala,berus gigi dan botol air mineral diambil.
Ahli kimia Dr Nor Aidora Saedon dan Supt Amidon Anan dipanggil sebelum ini untuk mengenal pasti barang-barang berkenaan yang ditanda sebagai bahan bukti.
Pihak pendakwa dalam kes liwat Anwar ini mengemukakan beberapa eksibit bagi mendedahkan identiti “lelaki Y” melalui profil DNA, yang air maninya ditemui dalam dubur Saiful.
Sebelum ini, ahli kimia Nor Aidora Saedon memberitahu mahkamah bahawa profil DNA yang diperoleh daripada berus gigi, tuala dan botol air mineral itu sepadan dengan profil DNA “lelaki Y”.
Anwar, 63, yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Dalam mengetepikan serangan pembela yang mempertikaikan kredibiliti Saiful sebagai saksi utama kes ini, Yusof, Peguam CaraNegara II, yang mengetuai pendakwaan memberitahu bahawa Saiful adalah seorang saksi yang jujur, tegas dan berwibawa.
Katanya, keterangan Saiful menyediakan analogi lengkap berkenaan apa yang berlaku pada petang 26 Jun 2008.
Peguam-peguam Anwar berhujah bahawa kegagalan Saiful untuk meninggalkan kawasan itu menunjukkan saksi berkenaan berbohong yang dia diliwat tanpa kerelaan ataupun perbuatan itu benar-benar berlaku.
“Kegagalan untuk Saiful lari dari lokasi kejadian liwat tidak bermakna kesalahan itu tidak berlaku. Keterangan terbukti condong ke atas tertuduh,” katanya.
“Saiful pergi (ke tempat kejadian) bagi tujuan yang tidak dipertikaian oleh pembela,” kata Yusof yang merujuk kepada kehadiran Saiful adalah untuk menyerahkan beberapa dokumen kepada Anwar.
Kata beliau, ada tanda-tanda bahawa Saiful merupakan mangsa jenayah seksual memandangkan dia diberi “layanan istimewa” oleh Anwar.
“Adalah selamat bagi mahkamah untuk bertindak berdasarkan bukti itu sendiri,” katanya lagi.
Yusof juga berkata, berdasarkan bukti diberikan oleh Saiful, persoalan mengenai bagaimana pelincir KY Jelly digunakan ketika liwat telah dijelaskan dengan terang.
Kata beliau, ia konsisten dengan situasi ketiadaan kecederaan pada dubur Saiful dan tiada paksaan oleh Anwar.
Perbicaraan akan disambung esok di mana Yusof akan menyambung penggulungannya.
Sekian..
Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)