Khamis, 14 April 2011

Farah AF Bakal Berkahwin Dengan J Hujung Tahun Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

First time Nurul nak post entry pasal artis tau. Hehehe.. Ini pun disebabkan Nurul sangat-sangat respect dengan artis ini. Rasanya semua orang tahu dan kenal dengan Farah AF ni ataupun dikenali sebagai Farah Breep Breep. Dahulu semasa Farah memasuki AF, Farah free hair saja. Namun, alhamdulillah.. Nurul dikhabarkan bahawa Farah dah mula memakai tudung pada hujung tahun lepas kalau tak salah. Nampak manis sangat bila Farah memakai tudung. Malah, menurut Farah, rezeki dia semakin melimpah ruah sejak memakai tudung. Alhamdulillah. Tahniah diucapkan dan semoga kekal dengan imej macam ini.


Berbalik kepada cerita asal. Farah AF Bakal Berkahwin Dengan J Hujung Tahun Ini. Tahniah dari Nurul untuk Farah kerana akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Farah telah pun mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati pada Disember tahun lalu. Namun, Farah merahsiakan tunangnya dan hanya mahu dikenali sebagai J. Ini semua untuk kebaikan dua-dua pihak. Baguslah tu. Sesiapa yang nak tahu, just tunggulah hari bahagia Farah nanti. =)

Bekas pelajar AF Musim Kedua ini, mengakui teruja bercampur risau untuk menantikan detik bersejarah dalam hidupnya. Farah sudah mula sibuk mencari kelengkapan dan persiapan perkahwinannya buat masa sekarang ini. Apa-apa pun, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dari Nurul. Semoga kekal ke anak cucu. ^-^
Untuk maklumat lanjut, bolehlah Klik --------------> SINI

Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM