Jumaat, 1 April 2011

Berakhir Sudah Bulan Mac 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, berakhir sudah Bulan Mac 2011. Semoga dengan kehadiran bulan baru ini akan memberi sinar yang lebih baik buat Nurul..

Banyak perkara yang baik dan juga buruk berlaku kepada Nurul dalam bulan Mac ni..



Syukur sangat sebab dah dapat lesen P.

Syukur jugak sebab semua debaran menunggu result SPM terjawab.

Syukur juga sebab rezeki yang baik dalam Bulan Mac ni.

Bulan Mac juga bulan yang memenatkan dan meletihkan kerana menempuh perjalanan yang begitu jauh dan lama. Dari BP, Johor hingga ke Pulau Pinang dan balik semula ke BP, Johor 1 hari sebelum meneruskan perjalanan ke Terengganu untuk mengambil result SPM.

Alhamdulillah, kakak juga dah selamat konvokesyen di PSP.

Erm.. Banyak lagi yang berlaku dalam bulan Mac ni. Biarlah menjadi rahsia Nurul..

Akhir sekali, Nurul berharap lebih banyak lagi perkara-perkara baik yang akan berlaku dalam bulan April ni. InsyaAllah.

Sekian.

p/s: Jangan sambut April Fool taw kawan-kawan. Harammmmm~~~
Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM