Thursday, August 29, 2013

Ujian dan cabaran, lumrah kehidupan

Hai semua, assalamualaikum.

Entah kenapa tetiba saja rasa nak update blog thru tabs waktu2 macam ni. Rasa macam nak sangat luah semua benda yang tak terluah kat sini.

Siang hari aku gembira, happy, bergelak ketawa dengan kawan2, staff hospital dan semuanya lah. Tapi bila balik rumah, semuanya bertukar seolah2 menjadi mimpi ngeri bagi aku. Aku sendiri taktau kenapa aku rasa macam tu. Ibaratnya pepatah "rumahku syurgaku" itu tiada dalam diari kamus hidup aku. Mungkin hanya aku yang berperasaan begini, atau aku terlalu melayan emosi yang kadang2 betul kadang2 tidak. Entah, aku sendiri takdapat nak tafsirkan.

Tapi, semua ini aku anggap ujian dan cabaran yang Allah turunkan buat aku, untuk uji sejauh mana aku boleh bersabar dan redha atas semua kejadian dan peristiwa yang telah ditakdirkan untuk berlaku. Aku tahu ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku pada aku hari demi hari.


Sebenarnya, aku rasa emosi aku memang tunggang langgang sikit minggu ni sebab penat yang overdose, tambah pula kena bersabar dengan karenah orang yang kita sayang, yang semakin hari rasa semakin hilang sayang itu. Aku respect, sabar dengan semua kehendak dia, tapi dipijak2nya aku, cakap dengan aku mcm cakap dengan kuli yang bayar gaji RM20 seminggu, dan rasa itu sangat tak besttt tahuuu.



Ya, aku mungkin ada buat salah atau silap, tapi apa salahnya cakap dengan baik, tegur sopan2, sekurang2nya ianya boleh diterima dengan baik. Aku ni pun manusia, dan manusia sememangnya tiada yang sempurna ! Jadi, janganlah cari kesempurnaan dalam diri aku kerna semestinya memang tiada !

Pernah dengar frasa "orang yang paling banyak gelak, orang itulah yang paling sedih sebenarnya". Ya, itu aku. Aku tkmahu kesedihan aku dipandang oleh orang lain, hmm sebenarnya tak sedih mana pun, cuma makan hati saja. Hehe. Kalau sedih, mesti menangis kan ? Tak, aku tak menangis, mungkin kerana hati ini sudah cukup kebal untuk menepis segala macam benda yang ada. Dan aku cuba untuk kuat, dengan berdoa selalu agar Allah pinjamkan sedikit kekuatan buat aku hari demi hari.

Ok, selamat malam, semoga mimpi yang indah2 belaka.
Dan semoga hari esok lebih baik dari harini. InsyaAllah, amin. :)


posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM