Sunday, July 7, 2013

Setelah sebulan di OPD . . . [Cerita minggu ke 3 dan ke 4]

Assalamualaikum selamat petang


Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur hingga ke harini dan masih dapat bercoleteh di sini dengan baiknya. Haha. So, apa yang aku nak ceritakan dalam entry ni merupakan cerita yang agak basi , sebab sekarang ni merupakan minggu ke 5 bagi aku di HSJ. Hmm, tak adalah basi mana pun kann, suam2 basi baru. *Eh, ada pulak, HAHA*

Ok, disebabkan aku tau ada yang masih blur2 apa itu OPD, meh aku terangkan serba sedikit. OPD ni stands for Outpatient Department atau dalam bahasa orang melayu, Jabatan Pesakit Luar. OPD ni tempat orang mai ambik ubat lepas dah jumpa doktor. Biasanya doktor akan bagi satu slip putih yang dipanggil prescription ataupun preskripsi, sama ja dua benda ni. Dalam slip tu, ada doktor tulis nama ubat, kekuatan, frekuensi, cara makan dan lain2 lagi. Jadinya, slip itulah yang akan digunakan oleh kami di belakang (baca: penolong pegawai farmasi dan pegawai farmasi) akan gunakan untuk isi ubat2 pesakit yang datang ni. Dan nak dijadikan cerita pulak, HSJ ni kan hospital kerajaan, makanya patient yang datang tersangatlah, amat ramai. Sampai tak menang tangan jadinya, serius tak tipu. 

Area OPD

Hmm, rasanya masa entry minggu kedua praktikal sebelum ni, dah aku ceritakan yang kami dah start buat filling2 ubat kan ? Hah, ini semua bila mana staff di hospital tak cukup minggu tu (cuti, kursus, EL dan lain2), jadinya kami terus diajar untuk buat filling2 ubat, tapi dimulakan dengan kaunter ekspress (bakul merah). Dekat sini, ada lebih kurang 4 warna bakul dan masing2 membawa makna yang tersendiri. [Nanti kena confirmkan balik, tapi setakat ni, yang 4 ni ja selalu jumpa, hehe]

Antara bakul yang selalu buat. Siap ambik 4 lagi. *bajet terer*

Dan alhamdulillah, sekarang ni kira macam dah terer sikit lah bila buat2 filling ni, siap berani buat lunch call kau. Haha. Bila dah confident level tu tinggi sikit, barulah boleh mintak buat lunch call, itupun sebab ada hal kena off awal. Lunch call tu apa ? Lunch call tu kiranya macam orang lain pergi rehat, kita kena kerja. Hah, tapi nanti kita boleh off/balik awal lah kiranya. Lunch call pertama aku masa minggu ke 4, hari Jumaat tu. Perghh, lama tu kena buat lunch call. Tapi, aku terpaksa sebab aku memang nak off awal sebab ada game petang tu. Game apa? Waaa, aku tak cerita lagi eh? Pemalas betui Alyaa ni. Haha. 

Oh, lupa lupak, sebenarnya masa minggu ke 3 tu, aku tak banyak pun buat filling2 ni sebabnya kami kena tolong LP dalam substor, susun2 barang, kemas2 bagi cantik2 sebab orang audit nak datang melawat minggu depan tu. Jadinya, takbanyak sangat benda yang nak diceritakan. Hah, minggu tu jugak aku belajaq cara nak issue out barang untuk stok dekat OPD. Best jugak dapat lepak2 lama dalam substor tu, dapat belajaq banyak benda dan dengaq banyak cerita. Eh, haha. 

Pepagi kena issue out barang dari substor

Susu atur dalam substor. 

Main pass2 barang syok ooo. Haha

Memacam jenis ubat ada hah. Pilih2. [Orang kata kalau ambik juai balik ni, boleh kaya, haha]

Antara ubat yang mahai, EXJADE. RM 2500 ++. Untuk pesakit Thallesemia.

Hmm, nak cerita apa lagi ya? Oh, minggu ke 4 boleh dikatakan banyak jugak buat filling ubat ni. Selain itu, sibuk juga mengisi blue card pesakit ni. Aku ni boleh kira rajin juga buat blue card ni, saja2 nak menambah ilmu di dada walaupun agak bosan sebenarnya. Haha. Eh, lupa pulak, masa minggu ke 4 ni, ada budak baru masuk OPD ni. Member aku sorang, dan budak AUCMS dua orang. Wahh, meriah nampaknya OPD ni untuk sebulan akan datang. Kihkih.





Sooo, nampaknya aku semacam dah bercerita panjang bukan. Jadinya, rasanya macam dah pun nak menutup entry ni untuk kali ni. Kalau tanya aku apa yang aku dapat setelah sebulan berada di department ni, akan aku jawab : Banyakkkkkkkkkkk sangat ilmu baru, dan pelajaran baru yang aku dapat explore dengan lebih dalam lagi. Alhamdulillah, walaupun pada mulanya aku taknak sesangat masuk OPD department ni, tapi sekarang rasa rindu sesangat nak masuk sana balik, buat filling2 ubat bagai. Berat juga rasa hati nak meninggalkan OPD buat sementara waktu ni, tapi takpa, akan kita ketemu lagi OPD, dua bulan dari sekarang. insyaAllah kalau panjang umur. *bajet takselalu lepak OPD sekarang, haha*. Hmm, fyi, sekarang aku dah attach di TPN [Total Parental Nutrition]. InsyaAllah, aku akan buat entry susulan mengenai ni lepas ni. :)

Terimakasih nah sudi baca bebelan aku yang taksudah ni. Syukur, selesai juga sebulan yang pertama. 9 bulan lagi untuk habiskan diploma ! Go go chaiyokkk ! ^___^



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM