Sunday, June 16, 2013

Minggu ke 2 - Outpatient Department (OPD)

Assalamualaikum dan selamat malam


Selamat hari bapa untuk semua bapa bapa di Malaysia termasuk abah aku yang sekarang ni tengah mengerjakan umrah di Mekah. Semoga semua urusan ibadah di sana berjalan dengan lancar. Cepat balik abah, kami dah rindu ni. Hehe. 

So, malas nak panjangkan entry ni, marilah aku kongsikan serba sedikit mengenai liku liku kehidupan aku sebagai seorang pelajar praktikal di HSJ. Pheww, kemain kau ayat. Haha

Alhamdulillah, dah lepas minggu ke dua dan minggu ketiga akan menyusul pada esok hari iaitu Isnin. Apa yang dapat aku simpulkan untuk minggu kedua ni adalah, kerja makin bertambahhhh. Fuh, kalau before ni boleh relax tengok orang buat filling, minggu ni kita sendiri yang kena buat hah. Macam gelabah jugak mula2 sebab takut salah kan, tapi lama2 kira boleh lah jugak. Cumanya aku suka bertanya, hampir setiap kali rasa macam tak kena aku akan bertanya. Kalau benda tu betul pun, still aku nak bertanya untuk dapatkan kepastian. Taknak main pandai2 ja, kang tak pepasal nama kena panggil dengan senior ppf dan pegawai farmasi masa labelling. Kihkih

Bahagian Farmasi Pesakit Luar

Makanya, kerja2 di OPD akan terus-terusan menjadi sibuk especially hari Isnin sampai Rabu. Tapi Selasa kadang2 tak ramai sangat pun. Act, kalau patient tak ramai pun, kami still ada kerja untuk isikan blue card patient tu. Aku suka buat blue card tu kalau tak buat filling sebab bila buat blue card ni, dapat kenai lebih banyak generic generic name ubat yang sumpah banyak gilaaa. Haha. Sampai aku sendiri rasa pening nak ingat walaupun dah banyak kali buat. Haha

Dan perkara yang paling boleh buatkan jantung aku tercabut ialah bila pegawai farmasi panggil kami berdua, aku dengan Nita dan bagitau yang kami akan ada macam pre test minggu tu jugak. Dah la masa bagitau tu hari Khamis, nak buat pre test hari Jumaat. Fuh, mau tak tercabut jantungnya. Dah la banyak benda nak kena ingat dan hafal. Tak percaya? Meh tengok sebahagian nama ubat yang telah kami SALIN masa hari orientasi sebelum ni





Hah, ini takmasuk lagi cara penyiraan untuk syrup, inhaler, insulin. Pheww, dalam satu malam ingat boleh digest semua benda? Haha, memang idok ler. So, malam tu aku prepare mana yang sempat saja sebabnya aku mengantuk dan letih sesangat dah. Itu pun pukul 12 baru naik katil, biasanya pukul 10 dah selamat berada di alam lain. Haha. 

So, esoknya, Jumaat aku memang pasrah sesangat2. Tapi still dalam hati kata tak jadi kot sebab nampak pegawai tu macam busy semacam dengan buat SPUB tu. Haha. Dah dengan bangganya, aku dengan member aku, Nita masuk substor dekat OPD tu untuk susun stok dengan Local Preceptor (LP) sebab stok masuk banyakk sangat. Sebenarnya, LP kami taktau pun kami akan ada test, dia terkejut gila. LP ni orang yang akan bagi markah kat kami setiap kali abes attach dekat OPD ni. Dipendekkan cerita, bila duk dengan dia, dia pun kata test takadalah harini, jangan risau. You all tolong I jer harini. Haha. Syokk gilaa. Senyum terus sampai balik..

Hmm, macam panjang pulak bercerita kan. Almaklumlah, dah lama tak menaip kan. Banyak lagi sebenarnya nak cerita ni, tapi nanti macam bosan pulak kan. Haha. So, aku rasa lepas2 ni dua hari sekali aku akan update. Baruu best. Haha

Sampai sini dulu aku update. Doakan aku untuk hadapi minggu ke tiga ni dengan jayanya. Dan doakan aku untuk test yang akan datang. Kihkih. Selamat malam dan selamat bekerja untuk esok hari.

Kerja aku bila dah bosan dan malas nak filling. Haha 
Aku suka buat yang ni. Kalau sakit kaki, cari yang ni lah buat sebab boleh duduk. Phew ~





Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM