Jumaat, 31 Ogos 2012

SELAMAT HARI MERDEKA KE 55 !


Alhamdulilah, hari ni dah pun 31 Ogos 2012. Dan kita telah pun menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55. Semoga negara kita, Malaysia akan terus maju dan aman makmur seperti sediakala. Sama samalah kita berdoa agar kesejahteraan negara ini dapat diteruskan. Dan berdoa agar tiada anasir anasir jahat yang cuba nak merosakkan negara kita ini.

Oh btw, batchmates aku pernah tweet macam ni tau, 

Ahems, kalau hari ni org dah wish Happy Birthday Malaysia, yang 16 Sept tu apa?

Ehemm, tersentap jugak masa aku baca tweet ni. Haha. Well, memang ikut sejarah 31 Ogos ni hanyalah kemerdekaan untuk Tanah Melayu saja. Masa ni Malaysia masih belum terbentuk lagi. Malaysia terbentuk pada 16 September 1963 yang merangkumi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Rasanya semua tahukan. Itulah sebabnya 16 September telah diisytihar sebagai Hari Malaysia. 

Mengikut apa yang aku pernah belajar dulu, memang pemerintah dulu cuba untuk menyamakan tarikh kemerdekaan ini dengan tarikh pembentukan Malaysia. Namun, ada beberapa halangan, makanya 16 September dipilih untuk pembentukan Malaysia. Dussshhh. Tiba tiba rasa rindu nak belajar Sejarah balik. Kalaulah aku masih dalam bidang Sejarah, kan seronok. Huhu. Itulah dulu sombong kata Sejarah bosan. Aishh.

So, apa2pun, kita patut bersyukur kerana negara kita masih lagi aman damai dan makmur dengan rakyatnya yang tersendiri. Ingat, jangan tanya apa yang negara buat untuk awak, tapi apa yang awak dah buat untuk negara. Hehe. Jumpa lagi, jangan mengeluh, still cool. :)

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55 TAHUN! 



doodle credit to: FizGraphic.com




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM