Wednesday, November 9, 2011

Keputusan UPSR 2011

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2011akan diumumkan di seluruh negara pada hari Khamis 17 November 2011 ini. Mereka yang menduduki UPSR 2011 boleh menyemak keputusan daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10:00 pagi hari tersebut.
Assalamualaikum semua.

Seperti yang dinyatakan di dalam petikan di atas, nampaknya tak lama lagi keputusan UPSR akan dikeluarkan. Wah2, debaran makin terasa ye. Hari ini pun dah masuk 9 November 2011. Mungkin sekarang ini adik-adik dah tak senang duduk memikirkan keputusan yang bakal mereka terima nanti. Apa-apa pun keputusan itu, semuanya hasil usaha keras adik-adik semua. Alyaa yakin adik-adik semua dah berusaha dengan sehabis baik.

Jangan risau sekiranya adik-adik tidak berjaya mendapat 5A kerana UPSR bukan penentu segalanya. Adik-adik masih punya masa hadapan yang jauh. Masih banyak lagi halangan yang perlu ditempuhi untuk masa-masa hadapan. Yang penting, yakin pada diri sendiri. Jangan mudah berputus asa k?
 *oops, dah macam motivator la pulak. hehe.. *

Btw, Alyaa ada tiga orang sepupu yang ambik UPSR tahun ini. Agak-agaknya bagaimana lah keputusan mereka kan? Alyaa tak bimbang sangat dengan diorang ni sebab semuanya dari baka-baka yang pandai. Hehe. InsyaAllah, kalau ada rezeki, 5A lah mereka akan dapat.

#google images#
Okeylah, rasanya sampai sini dulu entry kali ini. Biasalah, nak tulis panjang2 pun bukan ada yang nak baca. Kan3? Sedih lak rasa. Haha. So, kepada adik-adik yang akan mengambil keputusan UPSR tak lama lagi, semoga berjaya Alyaa ucapkan. ^-^

Sekian.

p/s: Petikan teks dari ePutra

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA