Sunday, April 3, 2011

Ustaz Amirul dah Tamat...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, akhirnya drama Ustaz Amirul selama 13 episod telah pun tamat semalam.Kesudahannya, sangat menyedihkan kerana Rabiatul Adawiyah meninggal dunia kerana menghidap penyakit ketumbuhan pada rahim.

Sangat sedih bila menonton drama tersebut. Banyak pengajaran dan tauladan yang boleh kita dapat apabila menonton drama Ustaz Amirul..

Kesudian Munirah untuk berkongsi kasih dengan Adawiyah sangat menarik perhatian Nurul walaupun terselit perasaan cemburu dalam hati Munirah.

Namun, semuanya telah ditakdirkan Allah. Setelah Munirah melahirkan anak perempuannya yang diberi nama Rabiatul Adawiyah, sesuatu telah berlaku. Madunya, Adawiyah menghembuskan nafasnya yang terakhir di saat Amirul dan Munirah melayan karenah Rabiatul Adawiyah junior.

Sesungguhnya, Allah Maha Besar dan Maha Berkuasa. Allah telah menggantikan Adawiyah dengan baby Rabiatul Adawiyah junior untuk Amirul. Percayalah, tak semua yang hidup di dalam dunia ini akan kekal lama. Semuanya akan kembali menghadap Illahi..

Antara pelakon yang menjayakan drama Ustaz Amirul ialah:



... Ashraf Muslim...


... Siti Saleha...


...Eira Syazira..

Manis sekali apabila semua pelakon dalam drama ni mengenakan tudung. Sedap mata memandang.. Semoga lepas ni lebih banyak drama-drama yang bertemakan ketuhanan macam drama Ustaz Amirul..

Sekian..




Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

4 comments:

aNiss :):) said...

comel kan SITI SALEHA bertudung.. maniss gituu~

Nurul Alyaa said...

betul3.. suke sangat2 bila diorang bertudung.. =)

dott said...

alamak ! ter-missed plak episod akhir .
anyway , is following you :]
dottsaja.blogspot.com

Hazrina Erin said...

sedihnya tak dapat tgk episod akhir T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA