Tuesday, April 19, 2011

Puasa Yang Tidak Kesampaian..

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat pagi semua? Dah sembahyang Subuh belum? Bagus2, kalau dah sembahyang. Hehe..

Sebelum Nurul meneruskan bicara kali ini, Nurul nak tanya satu soalan. Korang perasan tak apa-apa perubahan dekat blog ni? Cepat2.. Siapa cepat dia dapat. Hahaha..Tentang blog ni, Nurul akan cerita next entry ok? Sekarang nak cerita tentang hal yang berlaku pagi ni.

Iaitu Puasa Yang Tidak Kesampaian.


Huhu.. Taknak cerita banyak-banyak sebab kecewa jugak ni. Semalam semangat la nak puasa hari ini lepas kelmarin berjaya puasa sampai Maghrib. Hehe.. Then, dengan semangat yang membara bangun untuk sahur. Abah pulak rajin nak masak bihun goreng. Apa lagi, memang nak makan la ditambah dengan adanya air milo. Tetapi, sedang asyik menikmati hidangan bihun goreng sambil tangan mengangkat gelas untuk minum air milo, tiba-tiba azan Subuh pun berkumandang. Owh!!!!! Tidak.. Macam mana ni? Dah la nak puasa ni.

Dengan muka tak bersalah, tanyalah mak. Mak kata nak buat macam mana. Makan jelah terus. Memang sah-sah tak leh nak puasa sebab sedap sangat nak makan. Hahaha. Dan dengan perasaan sedih dan pilu, Nurul pun meneruskan aktiviti makan bihun goreng itu. Hah! Ambik kau, Nurul. Nak lewatkan sangat sahur tu. Huhu..

So, kesimpulannya kepada sesiapa yang nak melewatkan sahur tu BOLEH, tapi janganlah sampai lewat sangat dan bilal pun dah laungkan azan. Hahaha.








Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA