Wednesday, April 27, 2011

Misteri 10 jari dikerat 'cantik'

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi ini ingat nak share satu lagi berita yang Nurul baru je baca di paper hari ini.



GOMBAK - Kejam! Perbuatan penjenayah terhadap mangsanya semakin sukar dijangka dengan kes terbaru polis menemui 10 batang jari seorang lelaki yang dikerat 'cantik' dibuang atas landasan kereta api berhampiran Taman Sri Putra Emas, Kuang di sini semalam.
Kesemua jari yang dibungkus di dalam beg plastik berwarna putih itu ditemui pada pukul 9.55 pagi oleh pejalan kaki sebelum memaklumkannya kepada kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Difahamkan, jari tersebut telah dilemparkan dari atas Jambatan Jintan tepat ke atas landasan iaitu di Kilometer 363 dari Butterworth ke pekan Kuang.
Siasatan awal polis mendapati, kesemua jari berkulit gelap tersebut diikat menggunakan pita pelekat sebelum dikerat serentak.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika itu pekerja KTMB terbabit hanya menyedari lima batang jari di dalam beg plastik tersebut.
Bagaimanapun katanya, selepas diperiksa, polis mendapati terdapat lima lagi jari yang disyaki dikerat dari dua belah tangan milik seorang lelaki.
"Kita turut menemui sehelai baju T berwarna hitam berbelang putih dengan kesan darah dan sehelai seluar slack," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Dipetik dari Kosmo! Online
Nurul berkata: 
Betapa kejamnya masyarakat zaman sekarang ini. Tidak berperikemanusiaan langsung! Sekarang, nak keluar rumah pun rasa takut.. Huhu..
Sekian..

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

4 comments:

Puan tia said...

takut kan skang... manusia skang xde belas kasihan...

Nur Ardilla Najwa said...

takutnya...ntah2x dia kena kerat mcm kisah Mona Fendi dulu...

Nurul Alyaa said...

@Puan tia

aah. betul tu. takut sgt skrg ni..

Nurul Alyaa said...

@Nur Ardilla Najwa

erm.. tiba2 lak rasa mcm tu kan? isk2, jgn lah mcm tu. kejam sgt la.. huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY NURUL ALYAA