Jumaat, 27 Julai 2012

Bila Aku Kekangan Masa.

Assalamualaikum semuaa.

Wah.. wah.. wahh.. Rasa macam dah lama gila tak menaip kat sini. Seriuslyy rasa macam  baru ja nak kenai balik dunia blog ni. Haha. Aku tau aku dah lama tak update kan. Maaf sangat-sangat. Bukannya aku taknak upate, tapi aku sangatlah kekangan masa yang teramat. Banyak program dan aktiviti yang perlu dihadiri, ada quiz, test yang berderet-deret, lab report, compounding medicine dan macam macam lagi lah sampai membuatkan aku rasa macam tak cukup masa saja. Haha. Apa2pun, biasalah kan, sebagai pelajar memang itu adalah tanggungjawab aku. Nak tak nak kena biasakan jugak lah. 

Dan, Alhamdulillah, kita dah pun memasuki bulan puasa dan dah masuk hari ke 7 dah kan. Cepatnyaa masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah nak habis 10 malam pertama bulan Ramadhan ni. SubhanaAllah. Aku pun tak tahulah berapa banyak dah amalan yang aku dah buat setakat ni. InsyaAllah, moga lepas2 ni lebih banyak amalan yang dapat kita lakukan bersama. :)

#google#


Ok, berbalik kepada tajuk asal, pasal kekangan masa. Yes, truly said aku memanglah tak punya banyak masa untuk mengupdate blog kesayangan ni. Limited sangat masa aku sekarang ni. Aku kena pandai bahagi2 masa. Dah masuk semester 3 ni, subjek makin susah, makin kena fokus, makin kena banyak study. Kalau quiz pun dah susah kemain, bayangkanlah test pulak macam mana. Memang semputlah nak hapai semua tu. Nama2 ubat, penyakit lagi. Antianginal drug, Anti hypertension, Alpha Blocker, Beta Blockers, Verapamil, Calcium Channel Blockers, Pharmacodynamics, Pharmakinetics, Drug Absorption, dan banyak lagii. Oh Tuhan, ini baru cover utk satu subjek tau. Wuawua. Baru test, aku dah nak separuh gila. Kalau final nanti, memang serabai habislah hidup aku. Haha.

Err, nak update apa lagi hah? Banyak sebenaqnya yang aku nak cerita kat sini, tapi macam dah ingat ingat lupa dah. Nanti kalau idea nak update tu ada, aku ingat nak taip teruslah, malas tangguh2 lagi. At least, terupdate lah jugak kan. Ada orang baca ka dak, itu belakang cerita. Haha. So, rasanya sampai sini dululah aku taip. Lagipun, sekarang ni dah pukul 4 pagi kot. Nak sambung tidur balik kejap lagi, lepas sahur. Hehe. Babai... :)

p/s: Selamat bersahur untuk semua dan Salam Ramadhan. :)



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Jumaat, 20 Julai 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. :)


Alhamdulillah, seperti yang kita tahu , rakyat Malaysia akan mula berpuasa pada hari Sabtu, 21 Julai 2012. Maknanya, esok adalah hari terakhir kita untuk breakfast dan lunch dengan aman tanpa ganguan dari mana mana pejabat agama. Haha. Sebelum tu, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak aku ucapkan kepada semua. Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari yang sebelumnya. Mungkin ini akan jadi Ramadhan yang terakhir kita. Manalah tahu kan. Andai kata tak panjang umur, tak sempat nak jumpa Ramadhan akan datang. Wallahualam. 

Bulan Ramadhan, bulan yang mulia.. Aku harap dengan kedatangan bulan ni, aku mampu dan masih boleh membuat lebih banyak ibadah. InsyaAllah. Semoga kita sama-sama dapat mengimarahkan bulan yang baik ini. :) Kawan-kawan semua, jangan lupa BERPUASA PENUH ye, terutamanya bagi kaum lelaki. Hehe. Kaum wanita takpe, ada alasan lagi untuk tidak berpuasa. Hihi. 

Oklah semua, sempat update yang ni saja. Sekarang tengah sibuk nak study ni. Minggu depan ada test yang menunggu. Hoho.. Babaiiii.. :)

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 18 Julai 2012

Some words for you, blog.


dear blog, sorry to ignore you in these few weeks. i have many things to settle and many quizzes and tests wait for me. please do me some favor. never give up on me. thank you.

source of picture: Mr. Google.

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM