Rabu, 21 Jun 2023

5 bulan berlaluuuuu ~

Assalamualaikum dan selamat malam semuaaaaa ~

Wahhhhh tahu tahuuuu dah bulan Jun yaaaa. Alhamdulillah akhirnyaaaaa setelah 5 bulan berlaluuuuu, baru ada semangat nak menaip kembali dekat sini HAHA, lama betul yaaa aku menyepi kalini, sekaligus meranapkan impian aku nak maintain hapdate blog sebulan sekali hahaha 🤣 Sesungguhnyaaaa kita hanya mampu merancang hihi. Bukan lah bermakna aku tak ingat langsung nak hapdate sini, ingat sangat sangat, tapi sepanjang aku menghilang dari sini, selain sibuk dengan kerjaaa aku juga berada dalam fasa untuk ‘berdamai dengan takdir’ haaa gituuu. Dalam erti kata lain, tengah dalam fasa broken heart (pedih yaaa melalui fasa fasa ini 🥲). I’m getting better, Alhamdulillah. Lama kan ambik masa nak pulih, itu pun belum sepenuhnyaaa haha. Kawan kawan terdekat aku tahu lah kenapa aku begituuuu broken heart (hari hari lagu galau gais, dengar sikit jeee rasa koyak itu hadir - cuba teka lagu apa tuuu haha 😆). Slowly but surely, inshaAllah. Doakan aku terus kuat semangat yaaa hihi maceh 😋 

Btwwww, ada yang rinduuuu keee tuuu sepanjang sis menghilang ? 🤣 Terima kasih laaa yaa masih lagi sudi menjenguk dekat blog ni untuk tahu update pasal diri sis ehek. Dan terima kasih jugaa buat mereka yang email sis dan bertanyakan soalan soalan, harap segala persoalan telah sis jawab dengan jayanyaaa walaupun lambat sikit ek huuu. Dari situ sebenarnya dah dapat beberapa idea untuk next next entry akuu dekat sini (haha idea nya sentiasa ada tauuu, nak menaip itulah kadang2 mood lari sikit mulalahhhh tak fokuss haha) 🤪


Jadi, apa motif update entry harini? Sajaaaa nak bagitauu yang sis masih ada di sini, sedang sedikit struggle meneruskan kehidupan haha. Supayaaa lepasni kalau tiba2 ada entry menarik takda lah orang lalu sini dan fikir ‘Eh, ada lagi dia ni dekat sini?!’ gituuuuu. Alhamdulillah, setakat 5 bulan sis menghilang dari sini,  banyak perkara yang berlakuu; ada yang menarik dan ada yang menyedihkan sedikit hihi. Yang sedih sedih ni, kita simpan sendiri sendiri jeee boleh kan? 🤣 



Antara benda yang bestttt!!! 
(InshaAllah, planing next entry nak share trip pergi Sabahhh 🥳)

Sama seperti entry aku yang hujung tahun lepas, aku masih berharap dan berhasrat untuk teruskan menulis dan menaip di sini untuk tatapan aku di masa hadapan. Untuk mengingatkan aku, sentiasa bersyukur dengan segala rezeki yang Allah kirimkan 🤲  Apa lah sangat nak dibandingkan dengan ujian kecil yang kita kena lalui, kan? Sampai sekarang aku rasa masih ralat tak ambik peluang betul2 update blog masa BPharm dan PRP, bila nak tengok kembali dan ingat balik kenangan dulu, sebahagian nya telah aku hapuskan dari memori haha. Tapi inshaAllah IG masih adaaa menyimpan serba sedikit kenangan muda remajaaa haha, sis sungguh tak percaya sudah menginjak usianyaaa ya, terimbau zaman zaman aktif berblog terutama masa zaman belajar DipPharm dulu (Hi Sir, tengah baca blog saya ke tuuuu 👀) 

Ok lahhhh, aku rasaaaa sampai sini dulu laahhh aku update, seringkas yang boleh hahaha sebab nak kena pergi siapkan kerja yang lain pulaaa. InshaAllah akan cuba update lagi entry entry yang menarikk untuk tebus balikkk 5 bulannn dakuuu menyepi inii hahaha 🤪 Sama sama kita doakan seorang Alya rajinn lagi dan lagi lepasni 😆 Jumpa lagi di lain entry, bye !

Salam sayang,
Alyaa ❤️



Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Selasa, 31 Januari 2023

Januari 2023 - Keracunan Makanan, Aktiviti Cuti CNY

Assalamualaikum dan selamat malam semuaaa !

Wahhhh, akhirnyaaaa aku kembali dengan entry yang baruuu untuk tahun baruuu, tahun 2023 ! Haha Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk menaip dekat sini dan berkongsi serba sedikit cerita tentang aku dan kehidupan akuuu gituu. Pasal isu isu semasa ni malas lah nak komen lebih lebih dekat blog sendiri acece yelah tuuu haha nanti la bila bila aku kupas isu isu yang berkaitan gituhhh acah orang nak baca blog diaa lagii 🤣

Apa2pun, syukur Alhamdulillah akhirnya harini dah pun 31 Januari 2023. Terasa lamaaa yaaa bulan Januari kalini 😂 5 minggu jugak laaa kiranyaa kalau tengok dalam kalendar haha. Hari hari aku berlalu macam biasa sajaaa untuk bulan ni. Masuk kerja macam biasa jugaa. Cumaaa bulan ni diuji sikit dengan sakit uhuk 😭 Tak tahuuu laaa apa puncanyaaa tiba2 sajaa disahkan kena food poisoning (keracunan makanan) setelah TIGA hari aku cirit birit yang maha dahsyat dan jugak sedikit temperature spike malam hari kedua tuuu. Mengalah jugak aku lalu pi lah klinik dekat dengan rumah aku ni sebab tak larat sangat dah nak pergi kerja haritu, sekali Dr kata kena keracunan makanan daaa. Kat rumah masa sakit perut tu aku cuma makan PCM saja nak bagi lega perut, stok ubat hyoscine, lomotil, ORS masa ni memang kering habis, takda kat rumah. Ingatkan gastrik tapi rasa sakit perut tu lain sangat, tak pernah kena sebelum sebelum ni, cirit pulak fuhh tak tahu berapa kali ulang alik ke tandas, kat pejabat sama, kat rumah pun sama. Ada la terdetik nak makan activated charcoal masa ni, siap jumpa dah stok ubat tapi tak termakan 😚 Dr GP prescribe antibiotik dekat aku, Bactrim tauuu, aku macam was was sebenarnya nak makan haha, tapi end up memang aku tak makan punnn hihi. 


Bukan nak melawan cakap Dr cuma masa tu aku terdetik, aku cuba duluuuu makan activated charcoal ni, kalau still tak okay baru aku nak makan antibiotik yang Dr GP kasi ni. Sekalii, Alhamdulillah sangat sangat, lepas makan activated charcoal ni rasa makin okay dannn perut dan cirit birit pun kurang 😭🤲 Ubat yang dari GP tu, aku cuma tak makan antibiotik jeee, ubat lain macam lomotil, domperidone aku makan jaaa. Kenapa Dr kasi domperidone dekat aku? Sebab aku complaint of nausea jugakkk, so dia kasi untuk cover rasa mual dan angin gituuu.

Ok, kemudian masa cuti CNY baru ni, yang 4 hari tuuu kann, aku ada family trip ke Taiping dan Lumut, Perak 🥳 Alhamdulillah, menjadi jugak trip ni setelah pelbagai rintangan dan halangan yang perlu ditempuhi 😂 Plan asalnyaaa, nak pergi 2 hari 1 malam jeee, tetiba pagi nak check out tuuu Abah ajak sambung satu malam lagi, pergi tidur dekat homestay lain haha Alhamdulillah jugak rezeki ada homestay kosong yang jauh lebih murah dari yang aku book sebelum ni huuu. Aku fikirkan mungkin sebab musim orang nak bercuti dan jalan jalan kan, so aku terima lah harga homestay tu sekali dapat yang jauh lebih murah malam kedua tu terasa rasa macam membazir duit banyak untuk tidur satu malam tu saja, tapi takpalah rezeki tuan rumah 😬 

Makanan yang dibawa untuk piknik di Taiping


Hari Sabtu, bertolak dari Penang dalam pukul 10 lebih macam tu (sibuk siapkan barang makanan pagi tu dan memang tak mau rush rush nak rilek rilek saja pergi jalan jalan kalini haha), sampai sana lebih kurang 12 lebih nak dekat pukul 1. Konvoi dengan Maklang aku sekali pi sana baru macam meriah sikit gituuu. Lepastu lepak lepak, makan makan sambil menikmati suasana yang sepoi sepoi bahasaa. Kami piknik dekat bawah pokok dekat Taman Tasik Taiping, sebaik dapat spot cantik bolehlah layan makan nasi lemak bila hujan turun renyai2 hihi sebab pokok tolong tahan air hujan untuk kami haha. Sebaik takda guruh/kilat, tak digalakkan yaaa duduk bawah pokok kalau cuaca buruk sangat.  Dah makan chill semua, ambik gambar, shooting video sikit, sesi fotografi ramai ramai lepastu bersuraiii sebab nak ke Lumut pulaaa lepastuuu. Sempatlah pusing2 Taiping sikit, cantik yaaa Taiping ni redup dan damai jaaa tengok, nanti nak mai lagii tengok tempat2 dan makanan2 menarik di Taiping ! 😍 Idea nak datang Taiping ni pun aku lah yang suarakan sebab aku tak pernah pergi Taiping, teringin nak pergi tengok taman dia yang cantik tuuu hihi Alhamdulillah berkesempatan jugaaa pergi kalini 🥰

Cantik kannn 😍

Dari Taiping, kami singgah ke Teluk Senangin sat nak tengok kawasan sebab tak pernah sampai kann sebelum ni. Manatau nak plan next trip di Teluk Senangin pulak lepasni haha 😂 Takpa, kita berangan duluuuu, angan angan kan percumaaa hihi. Cantikkk jugaaa rupanyaaa Teluk Senangin ni, panjang jugak pantainyaa dan ramai orangg. Ramai juga yang camping dekat sini, menarik tengok khemah masing2. Ada rezeki lebih dan ada masa bolehlah kita cuba cuba camping dekat situ pulak, tak gituuu ehek 🤭

Masa ni dah nak dekat waktu Maghrib, jadi nak nampak ala ala sunset sikit dah ☺️

Sebelum check in homestay, pergi melawat rumah pakcik aku dulu. Sampai homestay jaaa, dah lewat malam dalam pukul 11 lebih macam tu. Plan asalnyaaa nak berBBQ tauuu malam tuu haha. Aku dan adik beradik yang lain teruskan jugak misi kami nak berBBQ malam tuu haha sebab rasa sayang laaa dah bawak stok dari Penang lepastu nak bawak balik sini huuu (masa ni belum tauuu nak sambung semalam lagi haha) 😂 Bolehlah buat ghaso ghaso, dalam pukul 2 pagi semua dah settle BBQ, makan dan kemas hihi. Seronok jugak lah sekali sekala berBBQ walaupun dah lewat malam haha sebaik laaaa porch kereta homestay tu luas bolehlahh bakar2 dalam porch jaaa, senang tak kacau kawasan orang dekat luar 😇

Bolehlah buat ghaso ghaso BBQ hihi

Hari kedua tuuu plan asalnyaaa memang nak ke Teluk Batik lepas checkou homestay, tapi apakan dayaaa hujan turun dengan lebat sekali waktu kami sampai tuuu. Sempat lah redah hujann yang lebat tuuu akhirnyaaa mengalah dan terus pergi checkin homestay kedua dan rehat rehat sajaaa. Terus masa ni tiba2 terasa macam nak buat BBQ 2.0 hahaha yalah malam sebelum tu kan tak semua ada, lepastu menu yang plan pun tak terbuat lagi, jadinyaaa aku dan adik beradik yang lain pun melaksanakan kami punya misi BBQ 2.0 ni haha 😆 Jenuh jugak fikir kat mana nak beli ayam/kambing perap sebab tak berapa familiar dengan kawasan situuu. Memula pergi TF Mart jaa, tapi hanya ada makanan frozen yang lain, last last aku teringat yang AEON selalunyaa ada juai2 benda perap ni. Sebelum tu ada jugak try cari orang yg juai Pak Mat Western kat area situu tapi banyak yang takda stokk itu yang runsing sikit nak cari manaa lagi haha 😂 Alhamdulillah tak salah jangkaan pi AEON Manjung sebab memang ada juai kat situuu hihi beli lahhh serba sedikit untuk kongsi2 makan. Masa beli ni memang tawakal habis la rasaaa macam mana perapan dia, janji dapat buat BBQ 🤣 Tapi syukur, perapan diaaaa memang sedap betuii dan semua orang sukaaa legaaa kami haha kalau tak habislahhh kena bising beli benda tak sedap opps 😮‍💨 

Simple2 sajaaa sebab adhoc plan kan hihi

Selain BBQ, ada jugaaa menu sandwich, koktail buah dan jugaaa spaghetti masak lemak daging salai dan jugaaa odennn pheww banyakk yaa menuu malam tuuu haha memang betul2 simpan ruang dalam perut untuk makan ahaha. Alhamdulillah semua makanan sedap2 malam tuuu 😬


Dipendekkan ceritaaa, esok nyaa hari ketigaaa kami plan nak cubaaa ke Teluk Batik lagi sekalii sebab cuaca agak elok berbanding hari sebelumnyaaaa. Tapi apakan daya, lagi sekali belum rezeki kami nak singgah dan lepak di Teluk Batik 😭 Kalini sebab banyakkkk sangat keretaaaa nak masuk ke Teluk Batik memang jammed terukk, jadi ambik keputusan keluar dari barisan jaaa pi berkelah pi tempat lain. Pusing punya pusing kami lepak dekat kawasan padang luas berdekatan dengan jeti nak ke Pulau Pangkor. Nice jugak kawasan situuu, tenang jaaa duduk bawah pokok hihi 😋 Lepas piknik, bergambar apa semuaa kami punnn berpisahh dan pulang ke rumah masing2. Penatt memang penat yaaaaa tapi seronok hahaha 🤣  Sebelum pi tuuu kemain kata takmau dahhh plan piknik apa semuaaa, sekali otw balik “Okay bah, boleh plan lagi la lepasni kan 🤣”. 

Oklah, rasanyaaaa sampaii sini duluuuuu untuk entry kalini, macam panjang jugakk entryy kalini yaaa hahaha taram lamaaa betul tak menaip 🤣  Jumpa lagi di lain entry inshaAllah 😘

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 31 Disember 2022

Ceritera Hujung Minggu Disember 2022

Assalamualaikum dan selamat malam semuaaaa !

Alhamdulillah, sedar tak sedar rupanyaaaa harini dah pun 31hb Disember 2022. Tinggal berapa jam sajaaa lagi sebelum masuk ke tahun baruuuu fuhhh betul tak sangka rasa cepat sungguh tahun ni berlaluuu, kan? Haha apa apa pun bersyukur sangat sangat masih dipanjangkan umur hingga ke saat ini 🤲  Moga kita terus dipanjangkan umur untuk berbuat kebaikan di atas muka bumi ini, inshaAllah amin amin.

Sebelum tahun bersilih yang baru, marilah aku kongsikan serba sedikit kesibukan aku di dalam bulan Disember ni yang agak padat dengan aktiviti di setiap hujung minggu aku dan jugaa hari hari biasa akuuu haha. Rindunyaaaa wehhh nak update blog macam dulu tapi masa mencemburui kitaa gituhhh jadinyaaa marilah kita throwback serba sikit dekat sini supaya dapat jadikan kenangan di masa depan nanti hihi 🫣

3hb Disember 2022




Aku mulakan bulan Disember 2022 dengan jemputan ke majlis perkahwinan kawan aku di Taman Herba, Kepala Batas. Terkejut jugak masa dapat jemputan tu tak sangkaaa tahun ni dia akan menamatkan zaman bujang diaa haha. Alhamdulillah seronok tengok kawan kawan dan mengorak langkah untuk membina keluarga sendiri. Kenduri dia best sebab banyak pilihan makanan sampingan disamping menu utama nasi minyak haha 😂

10hb Disember 2022


Diikuti rapat dengan majlis perkahwinan sepupu aku di pihak perempuan. Dia dah akad nikah bulan 8 lagi tapi majlis nyaaa baru nak berlangsung dalam bulan ni. Alhamdulillah syukur dapat sponsor kain bajuuuu untuk kenduri hihi, bolehlah tambah koleksi bajuuu dalam almari ahahaha. Lepas habis kenduri ni, kesihatan aku dah agak mula tak stabil sebab tiba tiba demam panas sangat pakej sakit tekak, pening kepala dan lain lain. Dapat lah MC sehari tak silap aku sebab tak tahan sangat nak ke kerja haritu, pi cek rupanya tonsil punyaaanyaaa haha 😂 

17hb Disember 2022


Minggu seterusnya, masih majlis perkahwinan haha. Kalini, rakan belajar satu Master dengan akuuu. Alhamdulillah, tumpang gembira jugaaa dia dah bertemu jodoh. Moga tahun 2023 nanti kami berempat dimurahkan rezeki untuk dapat kerja tetap pulak inshaAllah amin amin, sama sama kita doakan 🤲 Sangat random ya plan nak ke majlis dia sebab hari Jumaat baru gerak dari Penang, pukul 9 malam macam tu sampai KL lepastu esok nyaa terus gerak pergi kenduri, Ahad balik Penang semula haha 😂 Alhamdulillah yang penting dapat tunaikan janji nakpi kenduri dia hihi 🥳

24hb Disember 2022


Tarikh yang kami nantikan sejak beberapa bulan yang laluuu, Alhamdulillah berlangsung dengan baik walaupun beribu halangan yang datang menjelma. Syukur sangat sangat semuanya dipermudahkan, Alhamdulillah 😇 Allah saja yang tahu remuknyaa hati aku sebelum majlis atas sebab sebab tertentuu tapi kena kuat untuk majlis ni. Nahhh, jangan risau, bukan majlis aku hahaha. Majlis pertunangan adik lelaki akuuu. Masih jelas dalam ingatan aku, awal tahun ni aku pernah kata dekat diaa yang kalau nak kahwin dulu, kahwin lah, aku tak kisah. Tup tup, 5 bulan lepastu, bagitau Abah kata nak bawak rombongan pi merisik dan bertunang haha 😆 InshaAllah doakan majlis di pihak kami nanti dipermudahkan yaaa.


25hb Disember 2022


Antara benda yang paling tak terjangka nak ada untuk tahun ni. Ahahha kawan baik aku bertunang!!! Alhamdulillah, so happy for her 😭❤️ Sebab dalam circle kenalan baik aku, dua orang dah kahwin, sorang dah jadi mak orang sorang lagi otw nak jadi mak orang. Jadi kami dok baling dadu siapa orang seterusnyaaa hahaha 🤣 Alhamdulillah seronok sangat sangat tengok kawan kawan dah mengorak langkah bersama pasangan masing2. Wuwuwu lepasni harapnyaaa masih ada peluang nak melepak sama sama lagi amin amin 🤲 InshaAllah tahun depan jugaaa majlisnyaaa, awal sikit dari majlis adik lelaki akuu ehek

31hb Disember 2022


Akhirnyaaaa, minggu terakhir dan hari terakhir untuk bulan Disember dan jugaa untuk tahun 2022 🥳 Menjalankan tugas di luar pejabat bersama masyarakat setempat acece gituuu bunyi macam orang penting 🤣 Alhamdulillah berpeluang jadi wakil untuk mempromosikan Fakulti Farmasi UiTM di Masjid Abdullah Fahim sempena Majlis Ambang Tahun Baru 2023. Seronok juga lah sebab dah lama rasa tak beraktiviti di luar kan, tahun ni banyak duduk depan laptop sajaa sebab sambung belajar haha 😂

Begitulahhhh serba sedikit perkongsian cerita untuk bulan Disember 2022 ni. Sungguh tak sangkaaaa, cepat sungguh masa berlaluuu kann. InshaAllah, ada rezeki minggu depan akuuu upload serba sedikit pencapaian untuk tahun 2022 ni, doakan aku rajin yaaa haha 🤭 Untuk blog ni, target aku masih sama untuk tahun depan, sebulan satu entry. Untuk aku jadikan kenangan di masa hadapan. Rasa sayang sangat nak tutup terus blog ni. Jadi, aku cuba set target supaya tak jadi bersawang sangat hahaha. Doakan supaya aku konsisten yaaa untuk tahun 2023 nanti hihi 🥲 Dannn untuk yang mengenali aku di luar, atau terserempak di mana mana (acah orang kenal kan, haha), tegurlah akuuu dan bagitau kenal dari blog haha I am more than happy to be friends with youuu or to assist you with anything gituuu 🤗  

Penutup kata untuk entry kalini, Alhamdulillah untuk semua yang berlaku pada tahun 2022. Aku bersyukur sangat sangat beberapa target yang aku dah list kan berjaya dicapai 🤲 Yang belum tu, akan ku bawa ke tahun 2023, inshaAllah ✅ Terlalu banyak kenangan manis untuk aku kenangkan di tahun 2022 ini, kenangan pahit dan sedih pun ada jugak tapi aku jadikan ia sebagai pemangkin semangat dan pengajaran untuk hidup aku. Dah nama pun hidup kan, tipulah kalau takda ujian dan cabaran, kita kena tengok dari sudut yang berbeza laaa kan 😬 Moga tahun 2023 ni aku dimurahkan rezeki dengan pekerjaan tetap dan juga kesihatan yang baik untuk terus bersama dengan keluarga akuu, inshaAllah amin amin, doakan akuuu ❤️

Sampai sini duluuuu entry untuk kalini, jumpa lagi di lain entry, di tahun baru 2023 ☺️

Salam sayang,
Alyaa ❤️

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM