Khamis, 28 Januari 2021

Fully Registered Pharmacist

Hai, selamat malam.

Kembali lagi bersiaran untuk entry bulan Januari 2021. Jadi, harini sajalah nak buat entry ringkas sempena aku dah pun cukup SETAHUN berdaftar sebagai Ahli Farmasi di Malaysia ni. Baru setahun, leklu banyak dan jauh lagi perjalanan career aku dalam bidang farmasi ni haha.  Patutnya nak publish entry ni waktu cukup setahun baru ni iaitu pada 20 Januari 2021 tapi begitulah kita hanya mampu merancang, bukan?! Hehe..

Alhamdulilah, seperti tajuk entry harini, aku sekarang ni dah pun dapat title sebagai Fully Registered Pharmacist bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) buat masa ini. Buat masa ini la ya, masa depan lepas ni belum tahu lagi di mana haha doakan saya dipermudahkan urusan untuk kerja baruuu ya amin :) Al-maklumlah, kerja bawah KKM sekarang ni, semua skim kontrak kannn, jadinyaaa habis kontrak, langkah kaki keluarlahhh dari KKM ni huwaa sedih takpalah mungkin rezeki di tempat lain, siapa tahu, bukan? Hihi, sama samalah kita doakan yang baik-baik saja.


Sebenarnya, ini adalah antara highlight utama aku laaa untuk tahun 2020 dan antara sebab mengapa aku menghilangkan diri dari dunia blog ni hampir dua tahun haha. Dua tahun weh tinggal kan blog ni, orang sekarang pun dah tak baca dah blog blog ni aku ja masih gigih nak menaip kongsi cerita dekat sini huhu. Kira macam dua tahun aku menghilangkan diri tuuu, setahun setengah yang huru hara adalah disebabkan nak habiskan training PRP ni lah, nak jadi Pegawai Farmasi punya pasal hahaha. Kalau tak habis yang ni sia sia sajalah degree aku yang 4 tahun tuuu gituu. PRP tu macam mana? Haha, nanti ada masa aku kongsi lah pengalaman aku berPRP ni, itu punnn kalau masih ingat (mind you, tak semua orang nak ingat zaman PRP diaa balik haha) dan masih larat menaip panjang2, kalau tidak minta maaf la yer hahha >.< Jadi, doakan lah seorang Alyaa ni rajin buat draft entry untuk zaman PRP dia ni hiks.

Banyak yang aku belajar sepanjang setahun yang panjang ini. Bukan mudah, tambah bagi orang yang tidak lah berapa cerdik macam aku ni hehe cuma kena rajin lah membaca itu ini (ya, masih lagi bertatih). Sebab bagi aku, pengalaman itu adalah guru yang terbaik, tak semua yang kita dapat dengan membaca saja, ada perkara perlu belajar hands-on dan bertemu sendiri dekat pesakit dan penjaga. 

Masih jauh lagi perjalanan aku sebagai Ahli Farmasi yang berdaftar ni. Orang kata baru ‘setahun jagung’ haaaa, gitu perumpamaannyaaa hehe. Aku sekarang sedang berada di dalam kontrak kedua bersama KKM, masih menunggu keputusan samada bersama diserap atau tidak. Tapi tidak lah aku menaruh harapan yang tinggi cuma masih belum bersedia untuk cari pekerjaan baru tambah tambah dengan keadaan pandemik sekarang ni. InshaAllah, aku harap ada rezeki yang lebih baik buat aku dan rakan-rakan sekiranya tidak bersama KKM lagi, amin.  

Rasanya sampai di sini dulu entry ringkas harini. Nama pun entry ringkas, kalau panjang panjang kan lain pulak jadinya HAHA. Sehingga berjumpa lagi di lain entry, gerak duluuuu.

Salam sayang,
Alyaa 


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 6 Januari 2021

Januari 2021 ❤️

Assalamualaikum dan selamat petang,


Setelah sekian lama menghilangkan diri dari dunia blog, akhirnya harini aku kembali menaip, kembali singgah ke sini, tempat di mana aku mencurahkan segala idea dan perasaan aku tanpa di adili oleh orang lain. Rindu tidak terkira namun dek kerana sibuk kan dengan perkara lain, maka terpaksalah aku tinggalkan dunia blog ini buat sementara waktu. Kadangkala ada juga la aku datang jenguk lihat sini kalau kalau ada apa apa yang berubah hehe. Terimakasih buat mereka yang masih sudi lagi singgah di blog ni baca entry entry aku yang ada masanya berilmiah ada masanya banyak merepek dan luah rasa haha ๐Ÿ˜‚ 


Bila tengok balik, kali terakhir aku update entry adalah pada Januari 2019. Pheww dah dekat dua tahun jugakk tuuu, haha. Macam macam yang jadi dalam hidup aku sepanjang tempoh tu. InshaAllah ada masa dan kelapangan lepasni, aku highlight kan perkara perkara penting yang terjadi dalam hidup aku sepanjang aku menghilangkan diri ๐Ÿ˜‚ 


Aku akan cuba bukak bahagian bahagian komen yang ditinggalkan dan akan cuba reply mana yang aku mampu dan yang agak latest lah, takmau dah berapa bulan punya komen aku baru nak reply haha acece acah macam ada orang rajin nak tinggalkan komen dekat blog diaaaa wekk ๐Ÿ˜œWalaupun aku agak sepi di blog, aku rajin jugak up story panjang panjang di Facebok atau LinkedIn aku, almaklumlah kalau dah nama nya si blogger, mesti taip caption atau buat posting yang panjang panjang ๐Ÿคฃ 


Rasanya sampai sini dulu aku update entry yang serba ringkas sebagai mukadimah di tahun baru yang indah ini haha. Rasanya masih belum terlewat nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARUUUUU 2021 kepada semua pembaca blog aku (sekiranya masih ada yang membaca hihi). Maaf kalau rasa macam bosan baca entry kalini, almaklumlah baru nak panas enjin balikk hahaha jadinya macam tak berapa nak ada hala tuju sikit lah entry kali ini ๐Ÿ™ƒ


Jumpa lain di entry akan datang dengan kisah kisah throwback sepanjang aku hilang dari radar blog ini hehe, semoga diberi kerajinan macam sebelum sebelum ni amin ๐Ÿคฒ


Salam sayang, 

Alyaa ๐Ÿงก


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Sabtu, 19 Januari 2019

Januari 2019

Assalamualaikum dan selamat malam semuaaa

Wahhh rasa lain betul nak menaip malam ni. Sebab dah lama sangat dah tinggal blog ni. Haha. Terlalu banyak benda yang aku nak share dalam blog ni. Tapi macam kesempitan masa yang ada. Jadinya mana yang sempat aku update dulu lah malam ni hehe ๐Ÿ˜„

So, kemana menghilang duhai Alyaa? Aku ada saja, menjalani kehidupan seperti biasa. Cumanya sekarang ni fokus dah bertukar dari seorang pelajar kepada seorang pekerja. Acece gitteww ๐Ÿ˜‚ Sebelum aku tulis lebih panjang, alhamdulillah sekarang ni kita dah masuk tahun baru 2019. Selamat tahun baru buat semuaaa ! ๐ŸŽ‰ Semoga dengan kehadiran tahun baru ni dapat kita rancang dengan sebaiknyaa dan didoakan semoga perkara yang baik2 saja yang berlaku dengan izinNya inshaAllah amin. Pejam celik pejam celik bulan Januari pun dah nak sampai ke penghujung nya, kan? Haha cepat betul masa berlalu kannn. Semestinya tiada apa yang indah berlaku dalam bulan ni melainkan hanya kerja, kerja dan kerja haha ๐Ÿ˜œ

Jadii berbalik kepada soalan kemanakah aku menghilang 3 bulan lebih daripada menaip entry disini adalah disebabkan aku dah pun memulakan tugas hakiki aku sebagai seorang Provisional Registered Pharmacist (PRP) di sebuah hospital kerajaan. Entry lepas ada dalam bulan 10 kan? Bulan 11 aku dapat tawaran untuk masuk kerja. Waktu tu macam huru hara sikit la sebab hujung bulan 10 aku kena pilih penempatan, 2 minggu lepas tu kena pi kursus dan kemudian lapor diri ke hospital. Jadinya memang kelam kabut sikit kehidupan aku waktu tu. Alhamdulillah sekarang dah boleh katakan agak stabil sikit lah. 

Penyeri hidup aku di hospital ๐Ÿ’‹
Apa perasaan dah dapat kerja ni? Mixed feelings ๐Ÿ˜ซ Pelbagai perasaan bercampur baur. Seronok dan gembira sebab akhirnya dapat penuhi cita2 yang diimpikan dari sekolah, tapi dalam masa yang sama sedih jugak sebab dah takda cuti yang panjang HAHA ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜… Bila dah masuk kerja lagi lah rasa nak cuti lagi, menyesal tak manfaatkan betul2 cuti 3 bulan tu dan sebagainya lah. Haha. Dah masuk kerja ni komitmen dah jadi lain sikit lah. Kena cepat adapt dan belajar banyak benda dalam satu2 masa. Tak boleh main2 dah. Kena serius bekerja sebab bila tak serius, kesalahan berlaku dan boleh melibatkan nyawa pesakit. Huhu. Salah satu risiko kerja bidang ni adalah can't afford any mistake gitulah lebih kurang peribahasanya ๐Ÿ˜ฃ

Rakan2 seperjuangan yang lebih senior ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‡
Sekarang dah hampir 2 bulan lebih bekerja, so far okay. Even if tak okay pun, kena adapt dan cepat2 move on. Haha, biasalah saya budak baru belajar, masih banyak benda perlu tahu dan kena ambil tahu. InshaAllah, harapnya by the time habis PRP, aku dapat grab as much knowledge as I can untuk jadikan aku seorang pegawai farmasi yang bukan saja baik ,tahu buat kerja tapi juga berilmu luas. InshaAllah amin, dengan izinNya ๐Ÿ˜‡

Rakan2 seperjuangan satu batch intake. Belum cukup korum lagi ๐Ÿ’“
Aku rasa sampai sini dulu entry pembukaan aku untuk tahun 2019 ni. InshaAllah lepasni aku nak up satu lagi entry berkaitan recap/highlight sepanjang tahun 2018. Terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang aku rasa perlu aku lakarkan disini sebagai kenangan di masa depan kelak. Doakan aku rajin ya dah alang2 cuti lebih sikit minggu ni HAHA ๐Ÿ˜Ž

Jumpa lagi di lain entry,

Salam sayang,
Alyaa ๐Ÿ’“

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM