Isnin, 20 Januari 2014

Lemas Teluk Bahang : Mangsa terakhir ditemui.



Alhamdulillah, setelah hampir 48jam hilang di lautan akan dibawa arus ombak yang kuat, mayat mangsa terakhir, Ku Ilyas berjaya ditemui kira2 pukul 4.17petang tadi kira2 3.4km dari lokasi kejadian dia dilaporkan lemas.

(Berita selanjutnya boleh baca di SinarHarian.com)

Tahniah untuk pasukan penyelamat atas usaha gigih untuk mencari dan menyelamatkan kesemua mangsa yang terlibat dalam kejadian lemas di Pantai Kerachut, Teluk Bahang ini.

Dan takziah dari kami untuk keluarga mangsa yang terlibat. Semoga kuat dan tabah hadapi semua dugaan ini. Siapa sangka bukan, tujuan ke sana untuk berseronok, akhirnya sampai meragut nyawa. Sudah ketentuan Allah, tiada siapa dapat menghalangnya bukan.

Tiba2 terdetik, kalaulah group kami yang terlibat, macam mana lah kan. Astaghfirullah. Teringat kata2 seorang dari kami, "Ajal tu memang dekat dengan kita, dalam satu kawasan yang sama, Allah pilih mereka untuk menghadapNya dan bukan kita. Allah nak tunjuk dekat kita, jangan terlampau leka dengan keasyikan duniawi. Sama2lah kita muhasabah diri." Insaf sangat rasa, wuwu

Untuk berita yang lain2, boleh rujuk juga di SinarHarian.com













posted from Bloggeroid


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Ahad, 19 Januari 2014

Taman Negara Pulau Pinang ditutup sementara


Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang ditutup sementara kepada pengunjung mulai hari ini.
Ia bagi memberi laluan kepada operasi mencari dan menyelamat dua lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyut ombak kuat di Pantai Kerachut, Teluk Bahang semalam.
Pegawai Penguasa Taman Negara Pulau Pinang, Saat Yaakob berkata, pintu masuk kedua menuju ke taman itu dari kuala Sungai Pinang, Balik Pulau turut ditutup sepenuhnya kepada orang awam.
Tarikh dan waktu taman berkenaan beroperasi semula akan dimaklumkan kemudian selepas operasi mencari dan menyelamat tamat.
Pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat semasa di pusat informasi di luar Taman Negara Pulau Pinang.
Pengurusan Taman Negara itu turut membantu pasukan menyelamat dalam operasi mencari dua mangsa berkenaan.


Siapa yang ada baca atau terdengar berita pasal kejadian yang berlaku di Taman Negara Pulau Pinang, Pantai Kerachut tu semalam? Ya Allah, sungguh sampai sekarang aku masih tak percaya yang kejadian ni berlaku kat sana. Sebab apa? Sebab aku ada masa kejadian tu berlaku ! 

Jujur cakap, kami mulamula tak percaya bila abang bot tu bagitau ada orang mati lemas dekat dengan kawasan tempat aktivti kami tu. Sebabnya tempat kejadian tu memang dekat sesangat dah dengan kami ni hah. Mesti korang tertanya tanya apa aku buat kat sana? Itu lain post aku cerita nah. Lepasni, lepasni, janji, hehe.

Terkebil kebil kami semua bila sampai dekat tempat permulaan hiking ni bilamana ada ramai polis, bomba, ambulans, JPAM, orang awam di sekitarnya. Masa tu barulah masing masing nak percaya. Masa atas bot tu pun memang dah risau jugaklah sebab ombak kuat sangat, bergelora betul. Kami yang atas bot tu pun dok mengucap panjang ja berharap agar takdak perkara tak diingini berlaku. Sebab bot tu memang dok tengggelam timbul tenggelam timbul dah hah. Terhentak kena batu tu takpayah cerita, sakit habis badan badan kami ni, wuwuwu.

Tapi alhamdulilllah, kami selamat sampai dan berlabuh dengan jayanya. Semua orang tengok kami bila masa nak turun bot tu, mungkin ingat kejadian ni melibatkan peserta dari group kami. Apapun, aku berharap pihak Bomba dan penyelamat dapat jumpa semua mangsa yang terlibat. Berita yang kami dapat masa tu, 5 mangsa terlibat, 1 orang mati lemas, 2 stabil di HPP dan 2 lagi hilang belum ditemui. 

Takziah untuk keluarga mangsa yang terlibat. Semoga kejadian seperti ini memberi pengajaran yang kuat buat kami semua, insyaAllah amin .


Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Rabu, 15 Januari 2014

Kerinduan . . .

Rindu itu hadir lagi .

Rindu itu hadir kerana satu perkara itu.

Aku rindu mereka.

Ya, aku sangat rindukan mereka.

Hampir setahun jarak memisahkan kami

Moga tiba satu masa nanti kita akan bertemu bersama dengan hala tuju yang satu.

Dan doaku moga Allah pelihara mereka semua. Amin :)


posted from Bloggeroid

Terima Kasih Daun Keladi. Kalau Sudi, Singgahlah Lagi.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2011/2012. ALL RIGHT RESERVED BY ALYAA IBRAHIM